|Masih entry ketot|
Walaupun aku bizi macam sotong kurita,
Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.
Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.
Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’. Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai. Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. – Bernama, 19 Julai, 2013.
![]() |
Adam Zuhairi agugu agugu.. |
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan. - SUMBER.
![]() |
-Gambar Hiasan- |
KAJANG: Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama Kolej Pendeta Za'ba di kampus itu di Bangi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, San Zhong Jai, 21, ditemui mati di tingkat bawah bangunan terbabit oleh rakannya sebelum dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti dan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian sebenar.
“Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan itu tanpa disedari sesiapa. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bunuh diri atau sebaliknya.
“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut dan kami menunggu laporan bedah siasat,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Paknil bangga kerana apa yang terhasil dalam Sawancara ini adalah hasil usaha kami berdua sendiri dengan bantuan dan kepercayaan pihak pengurusan Era. Jika ada yang menyarankan agar sawancara ini diteruskan di slot Riuh Pagi Era, mungkin Paknil terpaksa berfikir sepuluh kali. Bukan kerana Paknil tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan pelawak lain tetapi bagi Paknil, Din sudah meletakkan tahap kerja yang sukar ditandingi orang lain. Lagi pun, nadi untuk Sawancara ini ada pada Din dan Din sudah membawa nadi itu bersamanya- Aznil Hj Nawawi, Harian Metro .
"Album ini mempunyai dua pakej yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM9.90 yang mana kita memberi peluang kepada semua golongan untuk mendapatkannya mengikut kemampuan mereka" , Norman Abdul Halim, selaku pengedar album tersebut. - mStar Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun memberitahu laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalam selaput otak.
“Mangsa turut menghidap asma dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam selaput otak. Punca kematian mangsa tiada kena mengena dengan gam gel berkenaan,” katanya. Katanya, penyakit itu mungkin sudah lama dihidapi mangsa dan hanya menunggu masa untuk menyebabkan kematiannya-Harian Metro.
Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.