Anak Jadi Mangsa

 

SR selalu juga tengok siaran HGTV sejak menginjak dewasa ni. Haha!
Jadi, SR adalah mengikuti beberapa selebriti HGTV ni punya perkembangan semasa.

Yang terbaru ni, kisah Christina Haack, yang dahulunya dikenali dengan Christina El Moussa (Suami pertama) dalam rancangan Flip or Flop. Lepas dia bercerai dengan Tarek El Moussa, dia kahwin dengan Ant Anstead (Suami kedua), dapat seorang anak lelaki bernama Hudson.

Tapi jodoh dia dengan Ant tu amatlah singkat. Maka bercerailah lagi.

Tapi, Ant ni tak puas hati dengan penceraian tu. Christina kata, Ant seorang abuser dalam relationship. Mungkin dari segi mental. Sebab tu Christina tak tahan.

Tapi dah namanya pernah dilabel abuser oleh bekas isteri, dia memang selalu gaslight dan ghosting Christina. Mungkin dia bengang kot, dan tak sangka diceraikan dalam tempoh singkat kan.

Jadi ada aje hal yang dia cari pasal dengan Christina tu.

Baru-baru ni Christina dah berkahwin kali ketiga (murah betul jodoh perempuan ni!), dengan suami baru dia nama Josh Hall pula. Memang selalulah dia upload gambar dia happy sangat dengan life baru dia. Ant pun agaknya berbulu je tengok, lebih-lebih lagi dalam gambar-gambar yang dimuatnaik, ada sekali Josh tu peluk cium si Hudson, anak dia.

Jadi, dia tuduh Christina ni menggunakan anak dia untuk popular, eksploit lah kiranya.

AJe giler!

Dah emak dia kot! Apa salahnya dia nak upload gambar anak dia!

SR tertarik dengan kenyataan Christina, dia kata, Ant tu jenis lelaki yang bila dia dah tak dapat abuse partner dia sewaktu dalam hubungan, dia abuse pula di luar hubungan. Dia tetap nak susahkan pasangan (now bekas pasangan) dia. Kiranya macam tak boleh tengok Christina tu aman lah.

Lelaki macam Ant ni memang ada kan. Ada seseorang yang dekat dengan hidup SR pun macam ni.

Dia suka jatuhkan semangat pasangan dia, dan suka sangat buat pasangan dia down. Dia jarang sangat nak sokong apa-apa minat pasangan dia, dia akan buat sampai pasangan dia rasa macam looser dan last sekali berputus asa.

Kesian orang yang jadi pasangan dia tu, SR bila kenangkan apa yang dia rasa pun, SR sedih. Bila perangai tak elok macam tu, yang jadi mangsa adalah anak-anak dan orang sekeliling. Perit sangat rasanya tau.

EH jap, kalian kalau nak baca berita dari snapshot atas tu boleh baca dekat sini.

Saja je nak borak-borak dengan korang, sebab tetiba teringat penderitaan (yang berjaya ditutup rapi) oleh orang terdekat SR tu. Sebab abuse mental ni, dia tak nampak kesannya dengan biji mata. Tapi kalau boleh diterjemah 'lebam' dalam hati dan otak si yang didera, agaknya memang lunyai.

Moga kita semua terhindar dari perkara-perkara ni. Siapa yang senasib dengan Christina dan orang terdekat SR tu, moga Allah kurniakan kalian kekuatan dan berjaya keluar dari kesengsaraan itu.

Post a Comment

10 Comments

  1. Abuse secara fizikal kita nampak dan boleh rawat tapi abuse dari segi mental perlukan kekuatan mangsa untuk bangkit dan melawan.. Bukan mudah.. Semoga orang terdekat dengan Syaz tu di berikan kekuatan.. Bukan senang..

    ReplyDelete
  2. Kita pun ada member yang mental abuse sepanjang 2 tahun kahwin. Cerai. Berkawan pulak dengan lelaki yg nampak baik/caring tapi kaki kikis. Setahun kenal. Janji nak kahwin..last-last mamat ni kahwin dengan orang lain. Yang sakit hati dapat tau melalui facebook jer. Dah la bawak lari kereta member..nasib baik jumpa..tu pun tersadai kat tepi jalan. Apa punya jantan la..

    ReplyDelete
  3. Cerita-cerita di kaca TV sudah lama saya ketinggalan. Memang terlalu jarang tengok TV.. haha

    ReplyDelete
  4. mental abuse ni lagi terseksa kalau dibandingkan dengan physical abuse.. org mcm Ant tu...kalaulah bunuh tu tak berdosa mmg patut dibunuh je.

    ReplyDelete
  5. bila baca ni teringat kes artis indonesia yang tengah hot sekarang ni yg kene dera dengan suaminya. Lesti kejora tu, nampak di umum macam happy couple je tapi rupanya lakinya kaki pukul. Nasib lah lesti tu jenis terus ke polis takde sorok-sorok memang habis la laki dia tu. Macam kes christina ni nasib dia jenis melawan jugak kalau jenis yg diam je, memang lagi menjadi2 lah xnya tu.

    ReplyDelete
  6. Adoi... uncle ketinggalan bas ni... (malu)

    ReplyDelete
  7. kisah2 dlm rumahtangga ni macam2 kan jodoh masing2

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah memelihara kita semua. Amin!

    ReplyDelete
  9. Susah juga ada manusia yang macam ni. Sampai ke sudah dia takkan senang tengok pasangan dia bahagia.

    ReplyDelete
  10. dulu pun pernah terjebak dengan lelaki macam ni tapi nasib baik lah lepas dah putus tu memang putus terus. Tak ada kena kacau macam si Ant ni. Kesian kalau sesiapa yang berjumpa dengan manusia macam ni.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.