Thursday, September 30, 2021

Kucing Bernama Elin | Throwback Thursday

 Dulu kan, zaman menganggur dulu, punyalah tak ada apa nak buat dekat rumah, selain ada blog personal, aku siap ada blog untuk kucing emak aku. 
Serius!

Dalam blog tu, aku konon-kononnya adalah si Elin, kucing emak aku tu lah.
Penceritaan ringkas dari POV Elin.

Haha!
Emak aku pun seronok sangat kalau masa tu, ada kucing lain datang dan komen.

Ya, korang tak salah baca.
Memang 'kucing' lain tau yang datang komen.
Kah kah kah..

Selalunya blogger yang terdiri daripada tuan-tuan kucing jugaklah, yang turut menulis macam aku jugak, dari POV kucing masing-masing. Dan mereka tu semua memang bukan orang kitalah. Tak ada rasanya komuniti blogger pets ni dari Malaysia. Ke ada ya?

Rata-rata mereka tu blogger dari America.
Tapi, blog tu akhirnya slowly mati sebab aku dah mula bekerja.
Jangan kata blog Elin, blog aku sendiri pun hidup segan mati tak mahu masa tu.

Dan sampailah Julai 2014, Elin mati.


Maka blog Elin pun terus berkubur bersama Elin. 
Dia mati sebab sakit buah pinggang.

Jadi makin lama, blog Elin makin terpinggir.
Sampailah pada hari ni, aku dah lupa dah apa emel dan password untuk log in ke blog Elin tu.

Memang forever hilanglah access pada blog tu.
Cuma boleh visit je lah nampaknya.

Jadi aku bercadang nak reminisce kenangan bersama blog tu, dan of course kenangan bersama Elin dekat blog aku ni balik.

Mungkin over time aku akan masukkan balik gambar-gambar dari blog Elin tu ke sini.

Korang jangan pandang aku pelik pulak tau!
Biasalah zaman muda, ada je akal pelik-pelik hahaha!

Tapi, at least ada jugak kenangan dengan arwah kucing-kucing emak aku tu..
😀 

12 comments:

  1. Alahai kesian pulak si elin ni . Buku pun cantik . Sekarang dah ada peganti untuk si elin ke

    ReplyDelete
  2. 10 tahun juga usia Elin ya. panjang usianya. em orang America memang ramai dedicated kat pets diorang. siap buat IG dan FB dari POV pets masing-masing haha

    ReplyDelete
  3. COMELNYA ELIN KENANGAN MANIS TINGGALANNYA

    ReplyDelete
  4. Comelnya Elin, Banyak jugak cerita Elin kat blog tu dari 2008. Sayangnya tak dapat access.

    ReplyDelete
  5. Ex-colleague ammi memang pencinta kucing. Dalam kereta dia penuh dengan catfood. wet ada yg kering tu ada. Dia kutip kucing jalanan yg buruk tu groom, jaga, bwak gi klinik. Kucing demam dia nangis..kucing batuk dia risau. Aduhaiiii

    ReplyDelete
  6. Huyyyooo..Kucing pon ada blog! Nice...hehee

    ReplyDelete
  7. bestnya elin siap ada blog... cantik dak elin ni.. mmg kesayangan semua org time tu kan?

    ReplyDelete
  8. wuwuu comelnya elin. kalau kucing kita mati mmg heartbreaking sgt kan

    ReplyDelete
  9. Mesti aedih sesangat kan demgan kematian Elin..uihh nama pun bkn main lagi..

    ReplyDelete
  10. Ala.. Syanagnya..
    Tapi okaylah.. Boleh mengenang memori lama elin di sini pula..

    ReplyDelete
  11. alaaa sedihnya... tp untung elin siap ada blog lg utk dia ;-)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot