Tarian Singa di Mydin Senawang | Throwback Thursday | 2020

Cerita ketika masih bebas ke mana-mana tanpa pelitup muka dan SOP. Kisah masa aku pergi 'Sondate' (keluar hanya bedua dengan anak lelakiku), adam, masa ni. Tak ingat tarikh yang tepat, tapi masa ni aku bawa adam keluar berdua ke Mydin Senawang, sambil-sambil beli barang. Teringat pula dulu sebelum zaman Covid-19 ni, dalam sebulan, beberapa kali aku akan keluar berdua je dengan adam atau amir. Saja suka-suka, sambil-sambil meluangkan masa bersembang dengan anak tanpa ayah dia dan anak yang lain. 

Berbalik pada cerita, kebetulan hari sondate kami ni, menjelang Tahun Baru Cina tahun 2020 yang lepas. Masa tu kes jangkitan Covid19 di negara kita masih terkawal. Dan, kebetulan juga masa kami tengah minum-minum dekat food court lepas shopping, tarian singa pun bermula. 

Jadi bawaklah adam pergi dekat sikit dengan tarian singa yang berlangsung dekat foyer Mydin tu. Memang ramai orang yang berkumpul untuk sama-sama menyaksikan tarian singa tu. Adam pulak memang sepanjang hayat dia, tak pernah lagi tengok tarian singa ni depan mata. Selalu dia tengok dalam TV, ataupun dalam episod ke berapa entah siri Upin Ipin.


Aku suruh adam berdiri depan sekali memandangkan dia pun tidaklah tinggi mana lagi masa ni. Ralit juga dia tengok, walaupun ada beberapa kali dia pusing belakang dan cakap telinga dia sakit sebab bunyi gendang kuat sangat haha!



Ada maskot tikus juga yang mengacah-acah singa tu. Tapi tak dapat nak snap sangat muka dia, sebab dia selalu pandang ke singa tu je.


Apa yang aku faham dari persembahan tarian singa tu, singa tu macam tengah mengalami situasi. Lepas tu dia pergi ke kolam biru tu, lompat-lompat lagi,menari-nari, kelip-kelip mata, makan buah limau. Ok sebenarnya aku tak berapa faham pun jalan cerita dia hihi!


Tapi tunggulah juga hampir setengah jam sebab nak bagi adam tengok. Bila fikirkan balik, nasib baik aku tergerak hati untuk tunggu dan tonton tarian singa live depan mata ni sampai habis walaupun tak berapa faham jalan cerita dia. Sebab, rupanya itulah persembahan tarian singa terakhir yang aku dan adam tengok sebelum dunia dilanda pandemik Covid19.

Ada ke lagi persembahan tarian singa waktu PKP ya? Kalau ada, jenuh juga penari dia semua nak bergerak lincah dalam keadaan pakai pelitup muka 3 layer 4 layer kan.


Insyaallah, ada rezeki nanti boleh tengok lagi. Mungkin ada rezeki untuk tengok bersama-sama dengan adik-adik dan ayah sekali. Kan?

Orang Deepavali, aku cerita pasal tarian singa pulak 😂

Post a Comment

13 Comments

  1. cuti deepavali layan hindustan ja syaz

    ReplyDelete
  2. hari deepavali ni cerita pasal tarian singa plak... hehehe

    ReplyDelete
  3. haha. takpelah kita kan Satu Malaysia. Eh salah..Keluarga Malaysia

    ReplyDelete
  4. Ada jugak pengalaman Adam tengok tarian singa secara live. Betul jugak kan, zaman covid ni kalau ada jenuh jugak nak bernafas pakai masak dalam costume kepala dan singa tu.

    ReplyDelete
  5. Nasib throwback, ingatkan salah entri..HAHAHAH..Saya pun suka tengok tarian singa..rasa teruja lah nampak dorang lompat tinggi tinggi gitu...

    ReplyDelete
  6. selalu. tgk. kat. tv tapi.bila. raya cina jln2 kat Mall. mesti. nmpak. buat. persembahan. tarian. ni

    ReplyDelete
  7. Tunggu raya cina nanti tentu ada singa berjoget ni

    ReplyDelete
  8. untungla adam dgn mak adam dpt tgk live tarian singa tuuh.. moga2 dpt ong.. 💸💸💸

    ReplyDelete
  9. seronok layan tarian singa ni kan. lama x tgk

    ReplyDelete
  10. sejak dilanda covid ni memang susah nak tengok tarian singa ataupun naga sebab tak boleh berkumpul kan.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.