Mickey Mouse and Friends Bubbles


Dulu, sebelum covid, kalau bosan-bosan dekat rumah masa hujung minggu, boleh bawa anak-anak pergi ke Taman Tasik Seremban 2 tu untuk beriadah. Selalunya anak-anak mesti minta nak main buih belon tu. Memang ramai sangat-sangatlah orang yang bawak anak untuk main buih belon dekat sana. Memang penjual buih belon ni senang-senang dapat untung hanya dengan jual sebekas air sabun, dia sewakan dua batang peniup belon tu.

 

Tapi tu cerita lama, sekarang memang lama sangat dah tak ke Taman Tasik Seremban 2 tu. Main belon dekat sana apatah lagi. Tapi anak-anak ni kadang-kadang diorang teringat yang diorang pernah main bubbles dekat sana. Bila teringat mulalah diorang teringin nak main tiup bubbles tu kan. 

Jadi setelah beberapa kali diorang minta, zaimi pun belikanlah dua botol cecair sabu bubbles tu. Cap Mickey Mouse and Friends, kalau tak silaplah. Mengikut apa yang tertera dekat botol dia yang berwarna pink tu.


Batang peniup bubbles tu pulak memang dah ada dekat rumah. Itu pun memang zaimi dah beli lama dah. Beli di Taman Tasik Seremban 2 tu jugaklah dulu. Sebab pernah jugak dulu beli cecair bubbles ni, tapi masa tu beli dekat Giant. Memandangkan Giant pun dah lama tak pergi, jadi kali ni zaimi beli dekat shopee je. 

 

Apa lagi memang seronoklah budak-budak ni main. Terutama ayu. Ada masa diorang main bertiga, tapi selalunya ayu masin bubbles tu sorang-sorang je. Dia tak kisah pun main sorang-sorang, asalkan aku ada temankan dia main. Mak ok je, asalkan ayu happy dan masa tu pun omak free tak ada kerja nak buat. Maka terpusing-pusinglah ayu main bubbles ni melepas gian tak dapat main dekat taman. 💓

Post a Comment

8 Comments

  1. Kaya wo menaiaga bubbles tu... uncle dah congak! hahahah

    ReplyDelete
  2. Menarik.. botol mickey mouse tu mmg khas untuk main bubble ke..?

    ReplyDelete
  3. Eh bestnyaaaaa :) Ini org besar pun excited main bubble haha

    ReplyDelete
  4. wah....mcm ni pun ada jual sekarang yer? mcm2 kannn...

    ReplyDelete
  5. Auhai..adik2 manja ni..dapatlah main buih belon kan...alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. kesian ayu..abg2 tak layan dia main bubbles ye

    ReplyDelete
  7. Boleh main hari hari ni bila ada stok bubbles botol besar tu. Seronoklah Ayu.

    ReplyDelete
  8. Stok bubbles besar tahan untuk berapa lama ni ? . Comel juga packaging tu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.