Showing posts with label shopee. Show all posts
Showing posts with label shopee. Show all posts

Tuesday, October 12, 2021

Charms dan Rantai Tangan Kanak-Kanak

Selain membaca buku dan menulis, aku ni sebenarnya ada satu lagi hobi. Nak tau apa? 
😂

Eh sekarang banyak tau kedai emas yang telah wujudkan channel telegram diorang sebagai medium iklan dan jual barang kemas 916 secara online.

Tapi memang kena selidik betul-betullah sebelum meneruskan transaksi membeli emas secara online ni. Sebab barang fake yang siap ada tulis 916 pun banyak terjual sekarang tau. Rupa sebijik emas ori. 

Ok berbalik pada tajuk yang dah tertinggal jauh ni, setiap kali aku cuci mata tengok barang kemas tu semua, si ayu pun kadang-kadang join sekaki 😂

Sedangkan emaknya pun tidak membeli, apatah lagi nak belikan untuk dia setiap kali dia cakap "Mak, ayu pun nak jugak" tu weh 😂

Jadi, disebabkan dia teringin sangat nak rantai tangan pandora yang ada charms tu, maka shopee je lah pilihan yang ada.

Ha, let's order rantai tangan sekali charms!

Monday, October 4, 2021

Tepung ICT Original By Warong Pok Nong

Zaimi order dari shopee.
Dia scroll masa nak beli apa entah, tiba-tiba dia ternampak ada tepung ICT (Ikan Celup Tepung) ni.
Dia beli sekali dengan sos ladanya.

Monday, September 20, 2021

Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

 Giveaway berlangsung dari 09 September 2021 - 10 Oktober 2021.
Jom kita join, terutama pada pencinta (dan pengumpul buku!) jom!

Sunday, September 19, 2021

Pulse Oximeter Lulus MDA

Haritu aku ada cerita tentang pengalaman aku terbeli pulse oximeter yang mungkin fake / palsu, sebabnya bila pulse oximeter tu dikepitkan pada tuala pun, ada bacaan paras oksigen.

Rata-rata yang komen menyatakan sebab aku beli yang murah, memang terkono lah beb!


Jadi setelah berbincang dengan zaimi, kami ambil keputusan untuk beli lagi sekali pulse oximeter ni, tapi yang sedikit mahal dari yang asal tu, dan yang paling penting, kami semak dulu jenis dan jenama oximeter tu di laman sesawang MDA, Medical Device Authority oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sunday, September 5, 2021

Hero Headphone untuk Hero-Hero

Semua sebab pdpr, jadi masing-masing yang dah sekolah dalam rumah ni ada masanya kena memfokuskan diri berteleku depan tablet masing-masing.
Jadi untuk kurangkan gangguan bunyi yang lain, dan juga untuk tak bingitkan rumah dengan suasana kelas online diorang, belikanlah headphone sorang satu.

Monday, August 30, 2021

Penggaru Kepala Ala Irrfan Khan Dalam Qarib Qarib Singlle

Aku baru tengok movie Irrfan Khan nibaru-baru ni.
OMG sweetnya cerita ni.
Bagi aku lah.

Dia bukan jenis love story yang meleweh-leweh macam cerita hindustan cintan-cintan yang lain tau.
Dia jenis sweet sweet cinta orang umur 30an yang realistik.

Irrfan Khan memang lovely sangat dalam movie ni.
Al-Fatihah untuk Irrfan Khan.

Oh by the way, dalam movie ni, ada satu scene yang Irrfan guna satu alat urut kepala dia sambil cakap telefon sampai tertidur.

Dan scene tu sangatlah menarik perhatian aku haha!

Friday, August 20, 2021

Telekung Frozen Budak

Telekung lama ayu dah agak lusuh dan nipis.
Jadi belikan dia telekung baru.
Semua online sekarang, beli telekung online lah jugak ye dok.

Seperti biasalah, ayu memang kalau ditanya nak warna apa, dia mesti jawab pink.

Jadi setelah beberapa pilihan telekung aku telek dekat shopee tu, baca review pembeli semua, maka aku pun decide untuk beli telekung warna pink ni.


Telekung Budak Warna Frozen namanya kalau ikut dekat kedai tu.

Sunday, August 8, 2021

Beli Kerepek Ubi Bbq Online

Ingatkan zaimi beli apalah, tiba-tiba dapat satu kotak besar.
Rupanya dia beli kerepek ubi bbq ni ikut shopee.

5kg pulak tu!

Monday, June 28, 2021

Berus Gigi Robocar Poli

Dah tiba masa untuk tukar berus gigi budak-budak ni haritu, jadi masa scroll shopee, adalah nampak berus gigi Robocar Poli yang ada figurine dekat hujung tangkai dia tu.

Sunday, June 6, 2021

Medisana Infrared Thermometer

Dulu pernah ada thermometer yang check suhu telinga.

Yang tembak dahi pun ada.

Tapi semua dah rosak.

Jadi musim pandemik tu, belilah satu yang baru.

Lagipun tak susah dah nak pergi beli kan, order je lah dekat shopee. 

Tak lama pun, tak sampai seminggu dah sampai.

Friday, April 9, 2021

Friday, November 27, 2020

Saturday, August 29, 2020

Siapa Paling Layak Jadi Model?

 Ini kisah Sabtu lepas, masa menginap dekat Shaftbury Stellar Hotel Putrajaya tu.

Ya masih berkisarkan kisah di Putrajaya, akan ada entry berkaitan lagi ahahaha 😜

Pagi pertama tu sementara bersiap-siap nak pergi sambung jalan-jalan, sajalah suruh budak-budak tu pose.

Sekali sekala omak nak feeling feeling jadi fashion photographer.

Dan sekali sekala nak tengok anak-anak jadi model 😂

Friday, July 10, 2020

Alkisah Basikal

Agaknya berkat PKP, anak aku adam dah sangat tepu duduk rumah, segala movie dan kartun dah tengok, segala komik dah baca, segala skill dalam PC game Street Fighter dia dah mahir, akhirnya, setelah dekat 5 tahun basikal yang zaimi untuk dia tu tersadai je tepi sliding door rumah, minggu lepas, dia dah boleh kayuh.

Ya, dia tak berani nak kayuh sebelum ni.
Habis patah tayar kecik yang di tayar belakang tu sebab dia statik je atas basikal tu, lama-lama senget je ke tepi..gedebab jatuh 😂


Sunday, July 5, 2020

Kerusi Merah Jambu | Kenangan PKP

PKP telah menyebabkan aku buat macam-macam yang tak pernah terfikir dek akal sebelum ni.
I mean bukanlah pelik sangat macam makan mee ikut hidung ke, tapi jujurnya, tak pernah terlintas akan buat perkara tu, macam entry kenangan PKP yang lepas, yang aku beli bawang tu!


Jadi, Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 tu, telah menyebabkan ramai orang kena bekerja dari rumah, atau dalam bahasa mudah yang selalu disebut-sebut adalah Work From Home (WFH), termasuklah aku.

WFH? 
Ya Tuhanku..

Aku sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada filosofi 'Left your work at the office, home is where you have a rest'

Senang cerita, aku bukanlah orang yang bawa kerja balik rumah. Kalau pernah pun, sangatlah jarang.
Walau musim menanda kertas exam setiap hujung semester pun, aku hanya akan marking di office.
Aku takkan serabutkan kepala dengan urusan kerja yang tak mungkin akan habis tu kat rumah.

Jadi bila harus WFH ni, aku jadi bodoh lost seketika.

Nak buat kerja kat mana ni? Meja makan? Oh no.. So not me, aku tak suka 😭

Jadi, cubalah bersila sambil buka laptop di ruang tamu tingkat atas.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot