Pengalaman Beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Dari Shopee

Hai wazzup gais..

Akhirnya SR berjaya juga beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni  minggu lepas. Punyalah lama SR asyik tewas masa nak order dekat shopee Khairul Aming tu tau!

Bila masuk aje shopee Khairul Aming tu, mesti dah sold out. Lama-lama, SR pun macam dah give up nak check stok Sambal Nyet Berapi ni hari-hari.

Tapi, hari tu ada nampak video dari Khairul Aming sendiri, dia mengucapkan syukur atas sambutan, dan dia dah cuba increase dia punya penghasilan Sambal Nyet Berapi dia sehari-sehari.

Hah masa tu baru lah SR kembali teringat dekat Sambal Nyet Berapi ni.
Apa lagi, terus berlari masuk ke Shopee guna jari!

Nampak ada stok. Dia tulis siap-siap, limit empat botol sahaja pada setiap pembeli. Jadi terus add to cart dua botol. Cuba rasa dulu kan. Kot-kot tak kena selera pulak nanti kan.

Tak sampai beberapa hari, terus sampai dua botol Sambal Nyet Berapi nya.

Bungkusan memang elok sangat, tak ada tumpah atau bocor ke apa ke. Dia wrap guna bubble wrap elok-elok. Dalam pembelian SR tu, dia ada bagi sekeping kad yang ada gambar Khairul Aming. Mana entah perginya, Ayu dah ambik. Hahaha!




Review untuk Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni mengikut tekak dan lidah SR adalah, bagi SR sambal dia pedas, tapi masih boleh SR hadang. Pedas lagi rendang kerang yang SR cerita beberapa entry yang lalu.

Sedap sangat masa makan dengan nasi panas-panas walaupun point ini sangat klise. Tapi jujurnya sedap. Makan dengan ikan goreng boleh, ayam goreng boleh, telur goreng boleh. In fact, SR makan dengan telur rebus masak kurma pun sedap jugak hari tu. Tambah pulak timun potong nipis-nipis. Nice sangat.

Dia berminyak juga. Pada yang memang anti makan makanan berminyak, SR tak pastilah penerimaan korang macam mana kan. Tapi bagi SR, okey aje. SR ambil 1/2 sudu besar setiap kali rasa nak makan.

Sekian, review SR!

===

Pernah makan ke Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni? Apa komen kalian?

#bukanpaidreview

PS: Banyak juga kedai shopee yang konon-konon jual Sambal Nyet Berapi Khairul Aming ni tau. Tapi  Shopee Khairulaming Brand yang original, ini: https://shopee.com.my/khairulamingbrand

Post a Comment

14 Comments

  1. Tak pernah nak try. Masa first open order dulu tak sempat beli terus tak try2 sampai sekarang. Review kawan-kawan semua cakap sedap.

    ReplyDelete
  2. Akak x penah mkn☺️
    tp laku keras kan sambal ni
    jd kesukaan ramai

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Akhirnya dapat beli juga ya SR.

    ReplyDelete
  4. tak pernah try, tapi selalu out of stock, maknanya sedap le tu..hehe..

    ReplyDelete
  5. jadi give up nak try sebab selalu sold out haha. jadi nanti nak mintakla sapa2 tolong belikan

    ReplyDelete
  6. tak pernah try tapi ramai betul ya peminat khairul aming ni.. selalu tengok dekat shopee asyik sold out je sambal dia

    ReplyDelete
  7. Pernah order...pernah makan, memang pedas berdesing...tapi okey la cuma bukan kegemaran..dan tak repeat dah..sebab tak tahan pedas

    ReplyDelete
  8. Nak kena cuba sekali ni walaupun saya jual sambal juga. Hihi

    ReplyDelete
  9. Belum berkesempatan nak beli lagi

    ReplyDelete
  10. Pernah try... adik yg dapat beli dedulu.. huhu.. Not bad.. Memang agak berminyak.. tapi ok la pada tekak kami sekeluarga....

    ReplyDelete
  11. apalah ertinya sambal kalau tak berminyak?
    Ammi tengah misi mencari sambal instant utk bersahur hikssss

    ReplyDelete
  12. tak pernah try lg. harap berjaya jgk order nnti..

    ReplyDelete
  13. Selalu nak beli asyik out stock ..berapi sangat ke sambal ni ?

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.