Laila Home Made Rendang Kerang Nogori

Beberapa hari lepas, colleague SR ada open order rendang kerang ni. Jiran dia jual. Jiran dia masak dan jual kot? Jadi SR rasa nama jiran dia Laila seperti yang tertera di paket.

SR pun cubalah order. Sebab bulan puasa kan dah dekat, jadi SR memang tengah mencari-carilah makanan yang boleh menaikkan selera masa sahur nanti. Selalunya kalau bersahur, makanan yang boleh celikkan sikit mata SR adalah telur goreng, kicap, sambal hitam pahang, dan sambal bilis.

Memang tak ado lah SR nak makan havoc kalau masa sahur hahaha!

Jadi, rasa nak tambah satu lagi benda yang mudah dan boleh bangkitkan selera.

Jadi selepas SR cuba Rendang Kerang Nogori ni, pendapat SR adalah:

1. Seperti namanya, pedasnya berdengung!
2. Tapi sedap!

Jadi, mungkin SR akan order lagi untuk bulan ramadhan nanti. Oh ya harganya RM7 sepeket.

Pada yang berdekatan Seremban, bolehlah call sendiri ya 😃

+++

Post a Comment

11 Comments

  1. tang podeh berdongung tu yg sodap tu...

    ReplyDelete
  2. menariknya, tapi tang pedas berdegung tu seram lak

    ReplyDelete
  3. pedas berdengung tu.. mesti sedap..haha

    ReplyDelete
  4. Wah..suka rendang kerang but nak buat leceh kan. Leh try nanti..tq tq

    ReplyDelete
  5. wak kalau bulan puasa tak minat cari yang pedas2
    takut perut meragam

    ReplyDelete
  6. Makan dengan nasi lemak atau nasi impit pasti sedap

    ReplyDelete
  7. RM7 1 peket..murah tu. Nak buat sendiri, byk pulak kerja..So beli yang ready made macam ni, sonang keja..tinggal ngap je..hehe

    ReplyDelete
  8. Senang kerja camni dah ada ready made lauk. Buat stok bulan puasa okay sangat. Tinggal panaskan je. Murah juga tu RM7. Yang penting sedap. Kerang dah lah susah nak cari. Dapat rendang camni memang berbaloi beli.

    ReplyDelete
  9. Pedas berdengung tu kalau makan buat sahur risau hari berpuasa kena lepak tandas je nanti. Perut tak tahan sangat .. ehehehhe ..

    ReplyDelete
  10. rendang kerang suka juga tp tk rmi sgt org jual

    ReplyDelete
  11. Alamak.. Terus rasa serba salah nak beli sebab pedas berdengung.. hehehe..
    Sha kurang sesuai makan makanan yang pedas nie.. Tapi kerang tu..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.