Review Lipstick Mawar Hitam Che Ta

Assalamualaikum wbt

Hai semua, hari ni SR nak ceritakan sikit pengalaman SR beli dan guna gincu Mawar Hitam by Che Ta ni. Pertamanya kenapa SR boleh sampai terbeli lipstick Mawar Hitam Che Ta ni, sebab tertarik dengan bungkusan dia. Kotak dia tu. Elegan sangat di mata SR! Ada pula anak dia Aisyah tu sekali dekat kotak tu, memang cantik sangat nampak kotak tu!

Kedua, SR selalu sangat terbaca good review tentang Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni. Itu yang akhirnya SR add to cart, check out!

 
Ampun sebab gambar dekat atas tu SR tak sempat nak crop. Ala biarlah kan. Berbalik pada review, bila sampai saja bungkusan barang ni dekat rumah SR, terus SR buka. Sebaik sahaja siap buka plastik bagai tu, terus nampak kotak berbentuk segi empat sama macam dekat gambar di atas. 

SR pun belek-beleklah kotak yang cantik tu. Rupanya di tepi kotak tu ada kata-kata dalam bentuk pantun dari Che Ta yang berbunyi...

"Kalau dedak katakan dedak
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau hendak katakan hendak
Tidak aku ternanti-nanti" - Che Ta.

Agittew. Okey, saya hendak, dan saya dah pun dapatkan.


Dekat dalam kotak empat segi sama tu, ada pula kotak kecil yang memuatkan sebatang lipstick tu. Dekat kotak kecil ni pun ada gambar Aisyah yang comel tu.




Black Rose, ada tertulis di casing lipstick tu.

Bila buka sahaja penutup lipstick tu, fuh, terus nampak lipstick warna hitam yang ala-ala viral sekarang kan! Terujalah juga masa tu. Memang terus cuba pakai di bibir.


Lipstick ni warna yang akan terbit di bibir pemakai adalah berbeza-beza jika ikutkan review-review lain yang SR baca. Jadi walaupun warnanya gelap yang hampir kehitaman, bila kita oles di bibir, tak jadi warna hitam pun bibir kita. Kiranya ini bukanlah lipstick untuk gothic look ya! Dan, tak juga warnanya merah hati seperti di bibir Che Ta dekat kotak tu.

Bila SR pakai, mula-mula merah dia sangatlah terang macam siren ambulance! Tekstur dia memang sangat ringan dan tak melekit. Pakai tapi tak rasa macam pakai. Bila terjilat pun tak ada rasa-rasa apa-apa. Dan lepas beberapa minit SR pakai tu, warna dia berubah jadi gelap sedikit, yang SR rasa sesuai dengan muka SR. Macam maroon maroon gitu.


Mungkin kamera SR terlebih memploleskan muka SR tu, tapi warna lipstick tu sama. 

Kesimpulannya, SR suka Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni. Mungkin faktor utama SR suka tu, dia ringan. Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni juga tahan lama bila pakai, tapi lepas makan, kena top up lah balik sikit-sikit bagi dia sekata semula.

Kalau ada yang nak cuba beli dan pakai, boleh beli dekat SHOPEE ni. Banyak kedai shopee lain dah sold out, kedai ni masih ada stok.

Dapatkanlah sebelum stok kedai ni pula habis ye!

Post a Comment

15 Comments

  1. cantik cantik👍👍👍ada 1 warna je ya lipstik RCW ni?

    ReplyDelete
  2. Ramai juga kawan-kawan yang review lipstik che ta ni, tapi tengok SR guna eh cantik pulak. Sebab warnanya nampak sedang elok cantik pulak

    ReplyDelete
  3. Cantik warnanya. Bila tgk lipstik hitam che ta ni teringat video tiktok budak yg curi-curi pakai 'lipstick' emaknya sbb dia igtkan lipstick hitam viral che ta. Rupa2nya pewarna uban si emak hehe. Berdekah2 saya ketawa tengok tiktok tu :D

    ReplyDelete
  4. SR pakai nmpk ok, taklah gelap...tapi Che Ta pakai nmpk gelap ala-ala Morticia dlm the Addams Family..

    ReplyDelete
  5. Cantek warna lipstick nya.. Anak dara Cheta mmg cantek macam ibu dia.. Pak dia pun segak.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Ehhhhh nampak menarikkk..Kena try gak ni ...Hehehe..

    ReplyDelete
  7. Cantik kalernya kan? kalau sy pakai mmg nampak gothic sikit

    ReplyDelete
  8. alaaa hasut lah ni..saja je kan..haha...nak masuk dlm cart jugak ni...

    ReplyDelete
  9. comelnya packaging, siap ada pantun bagai
    nice la ..color tu kena ngan syaz..

    ReplyDelete
  10. Halah halah...dia dah racun laaa....aduyaiii..tapi tu la..Uncle Dania x suka plak Sa pakai lipstick kaler garang2 ni...tapi nak beliiiiiii.....

    ReplyDelete
  11. tengok warna lipstik ngeri, tapi bila tgk syaz pakai lawa laa

    ReplyDelete
  12. bila akak pakai warna dia lain lak eh...bila saya pakai warna dia jadi merah2 pink

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.