Monday, December 6, 2021

Smart Watch COLMI P8 Pro


SR ada beli satu smart watch ni, lama jugalah scroll shopee, godek google semua, untuk beli smart watch yang harganya kena dengan budget SR. SR asalnya nak guna untuk sertai Virtual Run, nak ukur berapa jauh dah berjalan dan yang ada step counter jugak. Itu yang beria nak beli tu. Sebab kalau SR guna treadmill saja dekat rumah, SR malas nak masukkan handphone dalam kocek seluar. Satu sebab lagi, sebab SR nak guna handphone tu untuk tengok Netflix sambil guna treadmil tu. Kalau tak bosan weh! Hahah!
Cari punya cari, akhirnya SR berkenan dengan Colmi P8 Pro ni. Harga dia memang suit sangat dengan budget SR. Review buyer lain pun okey. Jadi, lepas beberapa hari SR order, dia pun sampai.

 

SR beli warna rose gold. Sebab nampak helok pulak yang warna rose gold tu dekat shopee tu kan. Jadi lepas unwrap dan unbox, SR terus check, cukup ke tidak semua item yang patut ada dalam kotak tu. Dalam kotak dia ada User Quick Guide, Smart Watch dan charger dia. Smart watch ni memang charger dia, kepala USB. Dia tak bagi, dia bagi kabel je. Jadi, setiap kali nak caj, SR akan guna handphone SR punya kepala charger. 



Kabel dia tak panjang sangat, jadi kalau nak caj, kena letak elok-elok tapak charger tu. Sebab smart watch tu tak ada lah lekat kuat sangat, senang je nak cabut smart watch tu dari tapaknya tu.


  

Okeylah smart watch ni. Setakat ni, SR berpuas hati dengan dia. Cukuplah apa yang SR nak. Ada separuh orang, dia nak macam-macam fungsi lagi dekat smart watch masing-masing. Boleh cari smart watch yang bertepatan dengan kehendak. 

Smart watch Colmi P8 Pro ni, dia boleh connect dengan handphone, menggunakan bluetooth. SR hanya perlu install apps DaFit di handphone SR. Lepas tu, kena masukkan details untuk log in. On bluetooth, siap! Boleh pakai dan smartwatch ni.

Yang paling SR suka adalah step counter lah kan. Plus dia ada features untuk check pulse, temperature dan juga dia akan remind kita kalau kita dah duduk terlalu lama. Oh ya, dia juga ada features yang check adakah tidur kita berkualiti. Adalah benda yang dia sukat kalau kita pakai masa tidur. Gitu.

Tali jam dia pun lembut dan selesa, tak merimaskan. Dan yang paling best, adalah bateri dia yang tahan seminggu lebih. Tak payah caj kerap-kerap. Sebab ada juga yang SR terbaca di bahagian review smart watch lain di shopee tu, ada yang bateri smart watch tak tahan lama. Pakai pagi, petang dah kiok. Yang ini oklah, tahan sangat baterinya.

Boleh kena air sikit-sikit. Dia kata asalkan jangan bawak pergi berenang. hehe..

13 comments:

  1. menarik sebab banyak jugak fungsinya... tang kira berapa steps pun menarik, kalau guna hp kadang ada masa jenjalan dekat opis ni tak bawak hp

    ReplyDelete
  2. canggihnyer bebenor SR dah sekarang nih.,, ;p

    ReplyDelete
  3. Wah bagus ciri-ciri yang ada. Macam diperlukan sebab jalan petang-petang.

    ReplyDelete
  4. Senang nk detect brape banyak kite berjalan..
    Just nice SR pakai

    ReplyDelete
  5. Smart watch ni memang best guna..macam2 function.Tapi akak jenis jenis selalu lupa nak caj hahaa...Lama PKP kan tak ke mana-mana, sekarang dah boleh keluar memnjang jam takde bateri hahaa.

    ReplyDelete
  6. Warna rose gold, warna favourite. Senang dah ada smart watch ni. Banyak jugak function dia.

    ReplyDelete
  7. cntik smart watch ni.
    syu guna smart watch gak, bateri bleh thn 1 bulan hehe.

    ReplyDelete
  8. smart watch ammi kadang2 stepsnya tak sync dgn yg kat fon

    ReplyDelete
  9. Menarik.. tergoda pula tengok warna dia tu..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot