Sunday, September 5, 2021

Hero Headphone untuk Hero-Hero

Semua sebab pdpr, jadi masing-masing yang dah sekolah dalam rumah ni ada masanya kena memfokuskan diri berteleku depan tablet masing-masing.
Jadi untuk kurangkan gangguan bunyi yang lain, dan juga untuk tak bingitkan rumah dengan suasana kelas online diorang, belikanlah headphone sorang satu.

Kebetulan ada dua jenis, satu Optimus Prime, satu lagi BumbleBee.


Tengok spec dia pun oklah untuk kegunaan anak-anak kelas kan.


Dia memang dah mention siap-siap yang headphone ni adalah children's headphone.

Saiz dia pun kecil berbanding headphone bersaiz normal.


Seller ni pun ok sangat cara dia pack headphones ni.
Kotak sampai elok je, tak ada kemek sikit pun
Mantap.



Dua-dua headphone ni ada mic sekali, dan ada 1 je jack untuk cucuk pada device.

Jadi, kalau guna dekat tablet atau handphone, ok sebab memang lubang jack dia sekali.

Tapi kalau guna dekat desktop yang ada dua lubang berbeza untuk mic dan speaker tu, headphone ni hanya boleh digunakan sebagai salah satu je pada satu-satu masa.



Amir ambil yang kuning, yang BumbleBee.
Adam pulak ambil yang merah biru putih, Optimus Prime.



Span dekat bahagian telinga dia pun lembut, dan boleh juga dilaraskan ikut saiz besar kepala.

Stylish la sikit kononnya.
๐Ÿ˜‚

23 comments:

  1. mana nak cari ni syaz??
    takde link eh?
    mcm menarik ni.. boleh belikan utk uyum n abag aqeem ehehhe

    ReplyDelete
  2. Agak2nya boleh pakai tak utk menahan dari mendengar org sblh berdengkur..๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. wahhh.. kemain design dia... cute betul...

    ReplyDelete
  4. Dua-dua pun cute. Sekarang dah jadi keperluankan.

    ReplyDelete
  5. msti happy hero hero kak syaz dpt headphone sorg 1 ni. lg bersemangat utk pdpr..

    ReplyDelete
  6. Tu hari beli jugak 2 set untuk anak.. Dah ke mana tercampaklah.. Sekejab je diorang guna.. Masa suruh beli beriya-iya sangat..

    ReplyDelete
  7. Comel pulak yang warna kuning tuuuu, moga moga lagi bersemangat anak anak kak syaz pdpr lepas dapat headphone ni hehehehe.

    ReplyDelete
  8. Wow cantiknya headphones dia... :)
    Headphones/earphones memang sangat diperlukan musim pdpr ni.

    ReplyDelete
  9. serius n fokus dgn pdpr anak2 la ni n dh jadi keperluan mrk

    ReplyDelete
  10. share link please Syaz. Macam best je untuk anak buah

    ReplyDelete
  11. Cantiklah headphone dia. Pasti pasni bersemangat nak berPDPR

    ReplyDelete
  12. Cantik design headphone tu . Semakin bersemangat la mereka nak ber pdpr

    ReplyDelete
  13. autobots... transform and roll out!!

    ReplyDelete
  14. Design yang stylish dan sesuai untuk anak anak. Makin semangat lah pasni nak guna PdPR.

    ReplyDelete
  15. haritu ammi gi LowYat beli earphone utk anak-anak..beli hat mur2 je dalam belas2. Sekali tak berbunyi. hampeh tul

    ReplyDelete
  16. Kalau dh macam ni cantik headphone eh..aunty SA pun suka nak beli...bleh pakai dengar lagu kan..hahahah

    ReplyDelete
  17. Atau tidak cemburu ke abang-abang ada fon kepala?
    Bersemangat belajar nanti.

    ReplyDelete
  18. Ambooi bergaya sungguh la depa nk pdpr..heheee

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot