Pages

Search This Blog

Showing posts with label hero. Show all posts
Showing posts with label hero. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Punca anak suka masukkan barang dalam mulut

Adam ni, sejak umur 5 bulan haritu, dia dah pandai genggam barang, makin lama makin,kuat pegangan dia dekat barang-barang tu semua. Ok lah, baguslah kan dia boleh menggenggam. Tapiiiiii... yang menjadi masalahnya, lepas elok-elok genggam, tengok-tengoksikit barang tu, terus je masukkan dalam mulut.

Kalau dia merangkak pun, dia tarik karpet, bantal semua masuk mulut.
Kalau dia sampai kat kaki meja atau kaki kerusi pun, dia akan jilat semua bagai.

Kalau time tengah peluk dia, lepas tu cakap "Sayang mak sikit",
mesti dia akan jilat-jilat muka aku pulak..hahaha!

Ada tak benda ni terjadi dekat anak kecil korang?

Haa.. benda tu actually normal.
Baby memang akan masukkan barang yang dia pegang dalam mulut.
Tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang sifat tu, cuma perlu risau apa yang dia masukkan dalam mulut. Kena selalu pantau lah, kot-kot dia masukkan sampah ke, habuk ke, lipas ke, anak kucing ke.. kan?

Sebab seorang anak kecil masukkan benda dalam mulut dorang adalah sebab dalam banyak-banyak bahagian badan baby ni, mulutlah yang paling banyak saraf. Jadi, bila baby tu curious nak tau apakah rasa barang tu, tekstur barang tu, lembut ke keras ke, manis ke apa ke, dia akan masukkan dalam mulut. Kiranya macam dia nak test barang tu lah.

Selain nak test barang-barang tu, masukkan barang dalam mulut juga adalah disebabkan baby tu nak asah gusi dia. Yelah, first time nak tumbuh gigi. Gusi baby ni semua akan berasa gatal. Di samping dia garu barang-barang tu dalam mulut, memang air liur pun akan menitik-nitik la..

Tengoklah anak aku ni.. memang mulut tu asik nak masukkan benda je..






Haih laaaaaa...
memang mak dengan ayahnya kena rajin lah bersihkan habuk-habuk kat rumah..
Kekadang tu time kitorang tido, tak sedar dia dah bangun.. habis dia gigit hidung aku la, rambut aku lah, kaki akulah..

Yang best pagi tadi nasib aku tersedar..
Tercelik mata tengok2 adam tak ada kat sebelah, selalu paling jauh pun kat kaki kitorang je..
Sekali tengok hambek kau!
Dia dah kat pintu dapur!
Mencicit aku berlari..
Nasib lah sedar..
Kalau tak.. haishh!

Jangan lah dia pergi merayap masuk toilet ke, pergi kat tong sampah ke.. mintak simpang!

Eh mana aku tau semua ni?
Aku baca kat sini. Bolehlah kalau korang nak baca gak.

:)

Monday, March 4, 2013

Gambar Anggota Polis Korban Pencerobohan Sulu di Semporna, Sabah

Seperti yang dimuatnaik di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


Takziah kepada keluarga para wira negara ini.
Kehilanganmu dirasai..


Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.