Akhirnya dapat juga SR cuba Nescafé Cendol Limited Edition yang nampaknya sempat juga mencetuskan rasa ingin tahu SR. Padahal kalau ikutkan, SR bukanlah peminat tegar cendol pun. Hahaha!
Entah kenapa setiap kali nampak makanan atau minuman keluaran edisi terhad, mulalah tangan terasa nak capai. Inilah yang orang panggil FOMO agaknya. Tak cuba, nanti tertanya-tanya pula sedap ke tidak.
Ternampak di Petronas Pasir Pekan
SR pun tak pasti sama ada Nescafé Cendol Limited Edition ini dijual di semua kedai atau hanya di lokasi tertentu. Sebelum ini SR macam tak pernah nampak pun. Hari tu, masa singgah di Petronas Pasir Pekan, ternampaklah beberapa tin tersusun elok dalam peti minuman. Apalagi, terus SR ambil satu. Kononnya nak cuba rasa kopi bercendol. Menarik juga kombinasi tu, kan?
Cuma kelakarnya, SR beli tapi tak terus minum dalam kereta. Pagi tu SR dah minum kopi. Kalau tambah lagi satu tin kopi petang-petang, takut malam nanti mata terkebil-kebil pandang siling sampai ke subuh. Hahaha! Jadi, SR simpan dulu. Esoknya barulah sesi merasa dan menganalisis Nescafé Cendol bermula. Cewah, analisis sangat!
Macam Mana Rasa Nescafé Cendol?
Okay, masuk bahagian paling penting. Sedap ke Nescafé Cendol?
Bagi tekak SR, rasa cendol dalam minuman ini agak nipis. Rasa utama masih lagi rasa kopi Nescafé, manakala rasa cendol tu SR hanya dapat kesan sedikit sahaja, terutamanya di bahagian hujung rasa selepas minum.
Maksudnya, kalau korang beli dengan harapan nak dapat rasa macam tengah minum cendol sebenar bawah pokok, siap ada santan, gula Melaka dan segala bagai tu, memang jangan letak harapan terlalu tinggi. Hahaha!
Ini masih minuman kopi dengan sedikit sentuhan rasa cendol, bukannya cendol dalam bentuk kopi.
Pada SR, rasa cendolnya mungkin boleh dibuat lebih jelas sedikit supaya identiti edisi cendol tu lebih terasa. Tapi mungkin juga formulanya memang sengaja dibuat ringan supaya rasa kopi Nescafé masih kekal sebagai rasa utama.
Sedap Atau Biasa Saja?
Bab sedap ni memang sangat subjektif. Tekak kita semua berbeza. Untuk SR sendiri, Nescafé Cendol Limited Edition ni kategori biasa-biasa saja. Boleh minum, tak ada masalah. Cuma bukan jenis yang selepas habis satu tin, SR terus rasa nak pergi beli lagi lima tin buat stok dalam peti ais. Tapi SR tak menyesal cuba.
Sekurang-kurangnya dah boleh pangkah satu lagi dalam senarai benda yang dibeli akibat FOMO. Heheheheh!
Kalau korang memang penggemar kopi dan suka mencuba minuman berperisa unik, bolehlah cuba sendiri kalau terjumpa. Mana tahu pada tekak korang, rasa cendol tu lebih menyerlah.
Korang dah pernah cuba Nescafé Cendol ni? Rasa cendol dia kuat tak pada tekak korang? Sedap, biasa saja atau terus jatuh cinta? Okey, itu je. Tata!
Penafian: Ulasan ini berdasarkan pengalaman dan cita rasa peribadi tuan blog. Persepsi terhadap rasa mungkin berbeza bagi setiap individu. Produk dibeli untuk dicuba sendiri.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.