Previous post aku tentang persiapan untuk sambutan hari lahir amir tu, aku ada sebut tentang aku dan zaimi ada tiup dan ikat belon-belon tu untuk gantung di dinding.
Tapi disebabkan aku noob dan aku tak rajin nak buat pembacaan masa tu, aku memang tak tau apa namanya pengikat belon tu, dan nama gugusan belon tu. Sampailah tadi blogger Mummy Ayu tanya di bahagian komen. Baru aku terasa nak cari nama sebenar gugusan belon tu, dan tali pengikat plastiknya.
Belon yang telah diikat bersama-sama tu namanya Balloon Garland, atau dalam bahasa melayu dipanggil Kalungan Belon. Kalau silap maaf ya, dan mohon dibetulkan. Hehe.. Dan, tali pengikat plastik yang asalnya aku tak tahu nama dia apa tu, namanya Balloon Strip atau Ballon Garland Tape. Dia memang dah ada lubang untuk dimasukkan belon siap-siap.
Boleh tengok kedai shopee ni kalau nak try beli. Yang kami punya tu memang ada sekali dalam set birthday decoration yang zaimi beli. Dia bukan lembik macam cellophane tape tau, tekstur dia keras macam plastik cawan tealive. Haa dapat imagine tak keras dia macam mana? Hehe..
Masa aku masukkan belon-belon tu dalam lubang Balloon Garland Tape tu, aku main bedal je. Sebab macam aku cakap, aku ikut logik akal je. Aku tak buat pembacaan atau tengok video youtube dulu. Sebab masa tu nak cepat kan. Jadi memang main masukkan je. Sebenarnya kalau tengok di youtube, ada banyak video yang ajar macam mana nak buat Balloon Garland yang cantik-cantik. Sebab tu kadang-kadang korang boleh tengok ada majlis yang guna belon sebagai pintu gerbang, semua dengan teknik masukkan belon mengikut warna yang betul menggunakan balloon garland tape ni.
Macam tulah cara guna ballon garland strip / balloon garland tape tu.
Terima kasih mummy ayu sebab buat saya dapat ilmu baru hari ni hehe..
11 Comments
Aduhai, selama ni kita ingat dia ikat ngan tali jer, kahhhh
ReplyDeleteLah... uncle baru tau ada benda ni... hahaha
ReplyDeletePernah tgk biras buat masa besday anak dia..lps tu belon tu pecah sbb kena cucuk2 dgn jarum oleh sepupu sepapat yg kecik2 dan nakal2..
ReplyDeletewah..nak cari jugak la.tq for sharing!!! selalu problem bila bab gantung2 belon ni..
ReplyDeleteTq kasi info...sbb selama ni birthday anak2 tak penah pun tiup2 belon. Kejam ammi ni
ReplyDeleteBaru tahu tentang balloon garland strip ni. Selalu ingat ikat pakai tali je...
ReplyDeletebyk kemudahan. ada kat shoppee. hehee kan
ReplyDeletebagusnya memudahkan kerja. selama ni gigih la duk tape dgn selotape je. pastu tekan kuat sikit masa nak tempek ke dinding, pecah hahaha
ReplyDeleteHaa baru tahu dia guna benda alah tu, ingatkan ikat guna tali rapia je heheeh
ReplyDeletethank you share . ccl pun baru tahu ni
ReplyDeleteOhh macam tu rupanya. Patutlah cantik je tersusun belon tu. Terima kasih share, nak buat jugaklah nanti kalau celebrate birthday sesape.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)