Balloon Garland Strip

 Previous post aku tentang persiapan untuk sambutan hari lahir amir tu, aku ada sebut tentang aku  dan zaimi ada tiup dan ikat belon-belon tu untuk gantung di dinding.


Tapi disebabkan aku noob dan aku tak rajin nak buat pembacaan masa tu, aku memang tak tau apa namanya pengikat belon tu, dan nama gugusan belon tu. Sampailah tadi blogger Mummy Ayu tanya di bahagian komen. Baru aku terasa nak cari nama sebenar gugusan belon tu, dan tali pengikat plastiknya.


Belon yang telah diikat bersama-sama tu namanya Balloon Garland, atau dalam bahasa melayu dipanggil Kalungan Belon. Kalau silap maaf ya, dan mohon dibetulkan. Hehe.. Dan, tali pengikat plastik yang asalnya aku tak tahu nama dia apa tu, namanya Balloon Strip atau Ballon Garland Tape. Dia memang dah ada lubang untuk dimasukkan belon siap-siap.

  

Boleh tengok kedai shopee ni kalau nak try beli. Yang kami punya tu memang ada sekali dalam set birthday decoration yang zaimi beli. Dia bukan lembik macam cellophane tape tau, tekstur dia keras macam plastik cawan tealive. Haa dapat imagine tak keras dia macam mana? Hehe..

Masa aku masukkan belon-belon tu dalam lubang Balloon Garland Tape tu, aku main bedal je. Sebab macam aku cakap, aku ikut logik akal je. Aku tak buat pembacaan atau tengok video youtube dulu. Sebab masa tu nak cepat kan. Jadi memang main masukkan je. Sebenarnya kalau tengok di youtube, ada banyak video yang ajar macam mana nak buat Balloon Garland yang cantik-cantik. Sebab tu kadang-kadang korang boleh tengok ada majlis yang guna belon sebagai pintu gerbang, semua dengan teknik masukkan belon mengikut warna yang betul menggunakan balloon garland tape ni.


Macam tulah cara guna ballon garland strip / balloon garland tape tu.
Terima kasih mummy ayu sebab buat saya dapat ilmu baru hari ni hehe..

Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Aduhai, selama ni kita ingat dia ikat ngan tali jer, kahhhh

    BalasPadam
  2. Lah... uncle baru tau ada benda ni... hahaha

    BalasPadam
  3. Pernah tgk biras buat masa besday anak dia..lps tu belon tu pecah sbb kena cucuk2 dgn jarum oleh sepupu sepapat yg kecik2 dan nakal2..

    BalasPadam
  4. wah..nak cari jugak la.tq for sharing!!! selalu problem bila bab gantung2 belon ni..

    BalasPadam
  5. Tq kasi info...sbb selama ni birthday anak2 tak penah pun tiup2 belon. Kejam ammi ni

    BalasPadam
  6. Baru tahu tentang balloon garland strip ni. Selalu ingat ikat pakai tali je...

    BalasPadam
  7. byk kemudahan. ada kat shoppee. hehee kan

    BalasPadam
  8. bagusnya memudahkan kerja. selama ni gigih la duk tape dgn selotape je. pastu tekan kuat sikit masa nak tempek ke dinding, pecah hahaha

    BalasPadam
  9. Haa baru tahu dia guna benda alah tu, ingatkan ikat guna tali rapia je heheeh

    BalasPadam
  10. Ohh macam tu rupanya. Patutlah cantik je tersusun belon tu. Terima kasih share, nak buat jugaklah nanti kalau celebrate birthday sesape.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad