Surprise Balloon Delivery Untuk Birthday!

Siapa yang honk dalam entry yang ini hari tu?
Siapa?

Ya, ada juga yang teka dengan betul 👏
Yang honk masa anak-anak tengah enjoy makan kek birthday amir masa tu adalah surprise delivery! Bukan 1, bukan 2, tapi 3 bouquet terus aku order! Nak bagi adil, sebab masa birthday ayu dan adam haritu jatuh pada waktu PKP, birthday ayu pulak masa bulan puasa siap. Jadi memang ada terdetik nak bagi surprise juga, cuma tak berkesempatan. Jadi, sempena birthday amir, order terus untuk belated birthday adam dan ayu. 😁

Dahlah plan punya plan, teragak-agak nak order ke tidak. Sampailah pagi birthday amir tu, baru betul-betul yakin nak order. Kebanyakan bisnes surprise delivery dekat Seremban ni memang dah tulis siap-siap dekat FB / Ig diorang yang No Last Minute Order. Jenuh juga aku cari, scroll sana sini. Sampailah terjumpa page Bouquet3Bradik_Seremban. Dia memang ada tulis yang dia terima tempahan saat akhir, asalkan masa tu dia masih ada slot kosong.

Jadi, aku pun saja cuba nasib. Masa tu memang dah pasrah dah. Andai kata yang ini pun tak available, memang kena tangguhlah hasrat nak surprise anak-anak dulu tahun ni. Selepas sejam aku whatsapp, akhirnya ada response yang mengatakan diorang masih available! Yeayy! Tapi slot petang (3pm-8pm). Aku terus setuju dan pilih design. 

 

Untuk ayu dengan adam, aku pilih design yang sama, cuma tulisan dan warna tema yang lain. AKu pilih set yang ada coklat dan buah-buahan campuran. Itu yang ada epal fuji korea tu! 


Untuk amir, aku pilih design hot air balloon yang ada banyak coklat. Semua design ni percuma kad ucapan sekali. Dan semua gambar yang dekat atas dan masa anak-anak ambil delivery ni dekat luar rumah adalah dari runner tu.


Dia ambil gambar anak-anak, aku curi-curi snap gambar dia hihi


    

  

Alhamdulillah, anak-anak happy walaupun diorang tak terkejut sangat pun hahaha! Sabar je lah. Tak adalah aksi terharu ke apa ke, agaknya masing-masing malu dan segan dengan runner tu. Ayu mula-mula elok je dia kelek surprise box dia, tapi lama-lama dia tak larat. Berat buah tu. Yang runner pun punyalah lama nak ambil gambar, agaknya nak dapatkan gambar terbaik. Yang lucunya, semua gambar tu kening budak-budak berkerut. Panas kat luar masa ni haha!

Apa-apa pun, terima kasih runner! Dan memang terbaiklah sebab Bouquet3Bradik_Seremban ni ambil order surprise delivery area Seremban walaupun order last minute, walau order hari yang sama untuk kita buat surprise tu! Good job! Dahlah cantik pulak tu balloon dan box dia!


  

Lepas runner Bouquet3Bradik_Seremban tu balik, masuk dalam dan sambung bergambar tanpa pakai face mask pulak. Ye lah, tadi tu bergambar dapat tengok biji mata je. SOP masih kena patuh tau! Sesiapa yang berada atau nak suprise kan orang yang berada di Seremban / Senawang, especially yang saat akhir baru teringat ke kan, bolehlah contact Bouquet3Bradik_Seremban. Puas hati 😊


Bergambar kenangan, pertama kali masing-masing dapat surprise delivery sempena birthday. Memang happy lah masing-masing, asyiklah ulang baca ucapan. Coklat dan buah pun dah selamat adam amir dan ayu bedal. Tinggal kotak dan belon je sekarang ni. 

Lepas tu dah petang sikit, nak bergambar dengan masing-masing punya pulak. Okey lah, jom!




Saja seronok-seronok untuk birthday anak-anak tahun 2021 ni. Tahun depan kita fikir lain pulak ya!

Post a Comment

10 Comments

  1. Selamat hari jadi semua. Sedap dapat makan coklat.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat putera dan puteri anda...meriah ya gambar cantik

    ReplyDelete
  3. Seronoknya…meriah bila tiga beradik sama-sama dapat surprise delivery.

    ReplyDelete
  4. HB semua cucu atuk
    Nampak gembira semuanya

    ReplyDelete
  5. mesti seronok je diorang bila dapat suprise bufday macam ni

    ReplyDelete
  6. Comel-comelnya.... bahagia melihat senyum gembira anak-anak kecil!

    ReplyDelete
  7. Haha masuk dlm rumah ja terus bertukar ceria wajah masing2...seronok la tu dpt suprise..

    ReplyDelete
  8. kan betul..surprise delivery. seronok la masing2 dpt sorang 1.
    pernah guna Bouquet3Bradik_Seremban ni 2 kali dah. memang puas hati

    ReplyDelete
  9. suprise menggembirakan 3 beradik

    ReplyDelete
  10. Seronok masing masing dapt surprise. senang sekalikan je mana yang tertangguh. Baguslah dorang ada terima last minit order.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.