Thursday, April 15, 2021

Adam is 8 | Throwback Thursday

April adalah bulan birthday adam.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celi, dah 8 tahun dah kami mebesarkan kurniaan Allah yang sulung ni. 
|entry ini banyak gambar|

Muka mak dan ayah yang comot hahaha!
Sebab sambut pun kat rumah je.
Pakai sauk sajalah mana yang dapat.



Belikan kek dari Harold's Bread, Mango Fussion kot namanya.
Zaimi order thru Food Panda, lepas tu pergi pick up sendiri dekat Mydin Senawang punya branch.

Kek dia super lembut, icing sangat fluffy.
Jadi macam kurang feel makan kek, macam makan krim je LOL!





Sekali sekala melayan anak bergambar haha!



Disebabkan Harold's Bread tu bagi lilin, dah Adam nak nyalakan lilin pulak.
Ini kalau tok ayoh dia tau beli kek siap nyala dan tiup lilin ni, berjela lah kena tazkirah.


Amir yang terlebih semangat.
Dia yang nak tiup lilin tu!

Bila cek video yang rakam masa adam nak tiup lilin tu, memang dia yang tiup lebih.
Adehh..

Itu pun dah pesan, tiup slow je, kalau tak habis air liur adam atas kek yang semua nak makan sama-sama hahaha!




Adalah juga bawak anak-anak pergi makan dekat luar sempena birthday adam tu.
Bawak ke Johan Tomyam.

Orang tak ramai sangat malam tu, duduk pun tepi-tepi je.
Tapi yang tak best tu, sesekali angin bertiup, aroma longkang pulak yang...buweekkk!



Amir entah kenapa nak berkopiah pulak masa ni.
Layankan aje lah.


Birthday boy yang suka minum teh o ais!
Pergi makan mana-mana, mesti nak teh o ais.
Kadang kalau tak ada, order teh o ais limau atau lemon tea.


Sekejap je dah nak remaja tak lama lagi dua abang ni..

 

16 comments:

  1. Selamat hari ulang tahun kelahiran Adam
    Semoga menjadi anak yg soleh...yg membahagiakn org tuanya..yg berjasa pd agamanya

    ReplyDelete
  2. Alolo cute je... Hepi besday Adam :)
    semoga membesar jadi anak yg baik...

    ReplyDelete
  3. Selalu eh makan kat Johan Tomyam..kalau makan kat situ akak suka makan kat bahagian dalam...hehehe...alahai cake tu nampak tebal cream tapi takpe la sebab kek sgt bermakna untuk sambutan birthday kan

    ReplyDelete
  4. Happy birthday, Adam.

    Tapi, kita suka kek cheese harold

    ReplyDelete
  5. Happy birthday abang long adam. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi contoh yg baik untuk adik adik. Aaminnn...

    ReplyDelete
  6. Happy birthday abang adam!
    Semoga membesar jadi anak yang soleh dan taat pada Allah dan ibu bapa :)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir Adam. Semoga menjadi anak yang Soleh.

    ReplyDelete
  8. Comel-comelnya 3 cahaya mata penawar hati! Selamat ulang tahun Adam. Dengar cakap ayah ibu ye, rajib belajar dan moga jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  9. tahniah Adam
    Macam kembar pulak 3 orang tu

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Adam.. kek apa tu syaz? lemon ke?

    ReplyDelete
  11. so sweet gambar tiga beradik tu. hepi birthday Adam! Kita geng April babies!

    ReplyDelete
  12. Happy birthday, Adam! always be a good boy ya :)

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Adam, semoga menjadi seorang anak yang berguna dan berbakti kepada ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  14. Happiest birthday Adam! Semoga menjadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..happy belated birthday Adam! bestnya dia dapat kek besar!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot