Nama tak boleh blah kan? Hahaha...
Kisahnya Sabtu lepas, kami ada singgah untuk late lunch dekat Pusat Perniagaan Paroi. Masing-masing dah penat dan kelaparan sebabnya kami tak lunch waktu tengahari. Sibuk pusing Seremban cari kasut bola untuk adam.
Ya Allah susahnya nak cari kasut bola untuk saiz kaki adam! Saiz kaki dia besar 1 size dari kanak-kanak, dan kurang 1 size dari dewasa. Sampai ke sudah tak jumpa. Itu yang last sekali singgah sini untuk makan.
Kalau diikutkan kenapa kami ke sini, sebab nak makan nasi lemak ayam berempah. Tapi masa kami sampai, tak siap lagi pula. Jadi order nasi goreng. Zaimi memang nak juga makan nasi lemak tu, dan kami buat keputusan untuk makan slow-slow sampai nasi lemak tu siap. Dia nak tapau. Haha!
Jadi sementara tu, dia order Cucur Spider.
Ha macam tu lah rupa Cucur Spider tu.
Yang panjang halus terjulur-julur tu lah 'kaki' labah-labahnya.
Anak-anak SR, amir aje yang makan. Lagi dua orang kata geli dan takut. Sebab diorang terbayang labah-labah betul yang digoreng. Ahahah!
Zoom sikit rupa Cucur Spider.
Sebenarnya, Cucur Spider ni adalah cekodok taugeh. Agaknya tak sedap nama cekodok taugeh, dia letaklah nama yang bombastik macam Cucur SPider tu kan.
Untuk sepinggan 1 hidangan Cucur Spider yang bernilai RM5 tu, bagi SR, bolehlah bagi 2 bintang / 5 bintang. Dekat tekak SR, rasa dia amatlah biasa. Nama dah gempak, kalau rasa kasi lagi mantap pun ok juga. Itu adalah review jujur dari SR. Kalau nak makan saja-saja bolehlah, tapi kalau memang nak makan sebab tengah craving nak makan benda sedap, baiklah korang order dia punya Nasi Lemak Ayam Berempah dia.
Ha itu memang padu terbaik!
Memang SR bagi 10/10 bintang!
Gerai yang ada Cucur Spider dan yang SR rekomen Nasi Lemak Ayam Berempah dia ni terletak dekat medan selera yang sebelah Pusat Perniagaan Paroi. Manalah tahu, ada yang datang ke Seremban, dan tercari Nasi Lemak yang sedap di Seremban kan, bolehlah ke sini.
Nak cari Cucur Spider di Seremban pun bolehlah ke sini, mana tahu masa SR datang ni aje dia belum sedap, lepas-lepas tu dah sedap kan? Who knows?
Nama warung dia adalah Dapur Tok Teh. Ada nombor telefon dekat gambar, bolehlah kalau sesiapa nak call atau Whatsapp.
Selain nasi lemak ayam berempah dia, nasi goreng kampung dan sirap limau ais dia pun padu. Perghhh sedap! Memang teringat-ingat.
Selain Dapur Tok Teh ni, sederet dia ada banyak lagi warung lain. SR tak pernah cuba lagi warung yang lain. Kalau sesiapa pernah cuba dan ada makanan yang sedap, kongsilah dengan SR ya!
Ada masa boleh SR ajak zaimi dan anak-anak serbu!
16 Comments
oh oh oh... cemana la boleh baca cucu spider, ingatkan jumpa spider kecik, hihi.
ReplyDeleteSedap tak cucur spider tu?
ReplyDeletenasib baik bukan panggil cucur spender..hehehehehe..
ReplyDeletenak google jap kat mana diamnya Pusat Perniagaan Paroi ni... padahal kalau balik Seremban skrg ni tiap pagi sabtu mesti kat Kombes dan sarapan kat area stadium tu
ReplyDeleteSedap nampaknya taugeh banyak terjulur
ReplyDeleteComel jew rupa cucur spider tu!
ReplyDeletehahahaa... boleh pula comel dua orang tu percaya kaki labah-labah goreng
Ingatkan spider betul2 buat cucur
ReplyDeleteDah dapat ke belum kasut tu?
ReplyDeleteRangup kali spider tu.. haha
ReplyDeleteooo..taugeh tu yg mcm spider, ingat kan apa la tadi. tak pernah lagi gi sini..leh try ni.. tq tq!
ReplyDeleteComel je cucur spider hehehe
ReplyDeletenama gempak...mesti ramai nak cuba...hehe..
ReplyDeletehahahaha saya suka makan taugeh mungkin cucur spider ni akan jadi fav saya
ReplyDeletePusat perniagaan Paroi? area mana erk? hahaha..SA confuse jap..tu la lama sangat tinggalkan seremban
ReplyDeletemula2 ingat mcm rupa roti jala tu kan mcm sarang labah2 heheheh
ReplyDeleteOhh cekodok taugeh rupanya . Cicah dengan sos cili sedap ni
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)