Showing posts with label makan tengahari. Show all posts
Showing posts with label makan tengahari. Show all posts

Wednesday, 23 November 2022

Dine In di SOI 55 Thai Kitchen Sunsuria City Sepang

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Tengah ternanti-nanti siapakah pemenang giveaway SR Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh ke tu? Hehehe...

SR pun sama, letih dah SR menanti. Dakwat di jari bukti keluar mengundi hari tu pun dah menggelupas, keputusan pilihan raya kali ini masih belum ada ketika SR menaip post ini.

Siapalah gerangan agaknya ya?

Tak apalah, semoga yang akan dilantik nanti bisa memajukan negara. Insyaallah.

Kali ini SR nak berkongsi pengalaman SR dan keluarga Dine in di SOI Thai Kitchen Sunsuria City, Sepang. Kami makan tengahari di sini pada hari yang sama kami check in untuk menginap di Bell Suites Sunsuria City tempohari.

Sunday, 2 October 2022

Makan Tengahari di Fuel Shack IOI City Mall

#throwback

Assalamualaikum wbt semua!

Makan apa tengahari ni? SR tak tahu lagi nak makan apa. Lauk ayam paprik yang SR masak tengahari semalam pun ada lagi beberapa ketul, SR dah panaskan.

Teringat pula kisah dua bulan lepas kot, SR dan Zaimi bawa anak-anak ke IOI City Mall, sebabnya kami nak ke All It. Nak beli sesuatu dekat sana. Jadi bila dah confirm beli, staf All It minta kami pergi jalan-jalan dulu dalam 1 jam sebab dia nak set up.

Perut pun masing-masing dah berkeroncong kelaparan,  pergi round dekat kawasan outlet makan tu, hampir semuanya penuh melimpah dengan pelanggan.

Malas dah nak fikir, kami terus aje masuk ke outlet Fuel Shack.

Sunday, 25 September 2022

Brunch di House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori, Ulu Bendul, Negeri Sembilan


Assalamualaikum wbt...

SR dan zaimi sebenarnya dah beberapa hari perasan, ketika kami dalam perjalanan ke/ dari Kuala Pilah, ada satu kedai makan baru yang dibuka dekat depan kedai cendol di Ulu Bendul tu. Kalau dari arah Seremban ke Kuala Pilah, kedai ni selepas tempat mandi di Ulu Bendul tu. Memang kedai makan yang tepi jalan besarlah kiranya.

Jadi semalam, lepas sahaja anak-anak lelaki SR habis kelas taekwondo, terus bawa anak-anak ke sini. Disebabkan waktu pun dah pukul 11 pagi, kiranya macam kami datang untuk brunch. Breakfast + lunch sekaligus!

Wednesday, 14 September 2022

Cucur Spider

Nama tak boleh blah kan? Hahaha...
Kisahnya Sabtu lepas, kami ada singgah untuk late lunch dekat Pusat Perniagaan Paroi. Masing-masing dah penat dan kelaparan sebabnya kami tak lunch waktu tengahari. Sibuk pusing Seremban cari kasut bola untuk adam. 

Ya Allah susahnya nak cari kasut bola untuk saiz kaki adam! Saiz kaki dia besar 1 size dari kanak-kanak, dan kurang 1 size dari dewasa. Sampai ke sudah tak jumpa. Itu yang last sekali singgah sini untuk makan.

Kalau diikutkan kenapa kami ke sini, sebab nak makan nasi lemak ayam berempah. Tapi masa kami sampai, tak siap lagi pula. Jadi order nasi goreng. Zaimi memang nak juga makan nasi lemak tu, dan kami buat keputusan untuk makan slow-slow sampai nasi lemak tu siap. Dia nak tapau. Haha!

Jadi sementara tu, dia order Cucur Spider.

Tuesday, 23 August 2022

Yong Tau Fu Giant Kuala Pilah

Minggu lepas, ada sekali waktu lunch, SR, zaimi dan ayu pergi makan di Food Court dalam Giant Kuala Pilah. Zaimi teringin nak makan sizzling, ayu masa tu tak nak pula makan apa-apa, agaknya masih kenyang sebab dia breakfast agak banyak hari tu.

SR pun sebenarnya tak tahu nak order apa, tujuannya nak bawa ayu jalan ke Giant tu je, sebab kebetulan hari tu dia ikut SR ke ofis. Lepas round food court comel tu tiga, empat kali, SR rasa nak cuba Yong Tau Fu lah.

So, let's.

Monday, 25 July 2022

Makan Tengahari di Ar Robah Maju, Senawang

 Assalamualaikum semua, salam Isnin!

Apa khabar, sihat-sihat selalu hendaknya buat semua yang singgah di entry SR ni. Musim demam masih belum reda sepenuhnya. Anak SR 2 orang je yang dapat pergi sekolah hari ni. Seorang lagi kami masih cutikan. Minggu lepas, kami lima-lima beranak tumbang.

Memang dasyat penangan demam dan batuk yang kami kena sekeluarga. Seminggu lebih juga ambil masa untuk betul-betul kebah walau masih bersisa. Harapnya musim demam ni segera berlalu. Sudahlah terbaca semalam pasal Monkey Pox yang dah menjadi perhatian serius pihak WHO. Haih seram! 

Berbalik pada tajuk entry, kisah ni tiga minggu lepas punya cerita sebenarnya. 

Sunday, 3 July 2022

Kodai Hijau: Kedai Makan Tengahari di Sendayan

Assalamualaikum wbt...

SR sebenarnya terjumpa Kodai Hijau ni masa terbit perasaan malas nak masak lauk tengahari di hujung minggu. Ajak zaimi makan di kedai sahaja asalnya. Jadi, zaimi pun bawa kami ke arah Sendayan. Memang sengaja niat nak cari kedai makan baru yang kami tak pernah cubalah kiranya. 

Dari arah Seremban, kami nampak kedai ni di sebelah kanan, atas bukit sikit. Jauh sikit ke dalam, tapi masih boleh dilihat dari jalan besar selepas masuk ke Sendayan.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE