Assalamualaikum wbt...
SR sebenarnya terjumpa Kodai Hijau ni masa terbit perasaan malas nak masak lauk tengahari di hujung minggu. Ajak zaimi makan di kedai sahaja asalnya. Jadi, zaimi pun bawa kami ke arah Sendayan. Memang sengaja niat nak cari kedai makan baru yang kami tak pernah cubalah kiranya.
Dari arah Seremban, kami nampak kedai ni di sebelah kanan, atas bukit sikit. Jauh sikit ke dalam, tapi masih boleh dilihat dari jalan besar selepas masuk ke Sendayan.
Orang agak ramai, tapi Kodai Hijau ni sangatlah luas. Banyak kerusi dan meja. Selepas usha lauk apa yang ada, terus terpa ambil nasi. Haha!
Lauk-lauk berunsur masakan Negeri Sembilan. Memang menggamit selera SR yang tengah kelaparan masa tu.
Style Kodai Hijau susun lauk-pauk dia yang berkuah. Bau memang mengancam. Perut berkeroncong terus berdangdut.
Ada lagi lauk-pauk yang diletakkan di sini. Banyak sangat seleksi lauk-pauk untuk makan tengahari di Kodai Hijau ni tau.
Yang paling SR tak tahan dan tak sabar nak ngap, lepas ternampak tempoyak daun kayu ni. Memang fav SR. Bae sangatlah tempoyak daun kayu ni di hati (dan tekak) SR!
Nasi?
Ambil sendiri. Senduklah berapa banyak senduk yang kalian nak.
Anak-anak pula memang nak makan nasi ayam aje. Adam, amir dan ayu memang pantanglah nampak nasi ayam. Memang itu ajelah yang dia order. Nasi campur ni diorang kurang sikit.
Ada juga beberapa jenis kuih-muih.
Belakang amir tu ada juga ulam-ulaman dan sambal belacan.
Nasi ayam tu order saja, nanti staf akan hantar ke meja. Tapi nasi campur, kena bawa bayar dekat kaunter. Kira dekat situ, dan bayar siap-siap. Bayar sekali dengan nasi ayam. Order air pun sebelah kaunter bayaran tu aje. Ada cendol dan ABC juga. Jadi sebelum bayar tu orderlah air siap-siap. Selesai bayar, selalunya air memang dah siap, ambil terus bawa ke meja.
Lepas tu apa?
Lepas tu makanlah uolls! Hehe...
Happy face sebab tak payah masak tengahari tapi dapat makan sedap.
Hahaha!
Masa ni zaimi dah tukar tempat duduk dengan adam. Sebab macam pelik pula amir duduk meja yang kedua (dia cantum dua meja) tu sorang-sorang. Macam anak orang lain pulak bila sekali pandang hahaha!
Ada surau juga. Tapi SR tak jenguk pula surau dia okey ke tidak. Siapa pernah cuba, bolehlah share dengan reader di bahagian komen.
Luas tau kawasan parking Kodai Hijau ni. Memang tak risaulah nak parking. Cuma dia tak adalah bumbung bagai. Kalau hujan, bawa payung sendiri okey? Heheh...
Sinki dia ada handwash yang pekat. Bukan macam handwash kedai makan yang cair gila tu. Memang terbaik. I like!
SR memang sukalah Kodai Hijau ni. Recommended pada sesiapa yang ke Sendayan, kot-kot pergi melawat Masjib Sri Sendayan yang baru dan cantik yang ada vibe Madinah tu, bolehlah singgah makan tengahari di sini.
Ini BUKAN PAID REVIEW ya.
Kedai sedap, kita kongsi.
😁
11 Comments
Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteHappylah tak payah masak,tak payah basuh pinggan dan tak perlu ngemas dapur
Nampak rambut en zaimi tu dah panjang sangat tu....
ReplyDeletecantik juga deko kedai ini...memang selera makan juga boleh bertambah
ReplyDeleteTempat yang luas dan bersih adalah satu permandangan yang baik untuk pelanggan. :)
ReplyDeleteMemang nampak keluasan kedai dan parkingnya tu, mudah la orang nak datang bila luas gitu kan. Lauk ada pelbagai pilihan memang rambang mata la jadinya, bagus juga di letakkan harga sesiap takdelah nanti terlebih ambil terperanjat tengok bil nya kan. Lepas ni boleh pergi lagi lah bila dah tahu ada kedai best gini kan SR
ReplyDeleteseronok makan klu banyak lauk..:)
ReplyDeletenampak selesa sgt..org pun x ramai.
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeletekan. tak sah kalau handwash nyer tak cair! geram betul la.
ReplyDeletebetter tak payah letak handwash kalau gitu.
luas. selesa. lauk nampak sodap!
lamo dah aida tak masuk seremban tau.
sejak MIL da meninggal, kami lalu aje. tak nyinggah dah :(
Memang hijau kedainya.. Menarik..
ReplyDeleteTempat Sha pula ada nama kedai "Atap Hijau".. hehehe
Macam pernah singgah...tapi x ingat plak bila...
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)