Makan Tengahari di Ar Robah Maju, Senawang

 Assalamualaikum semua, salam Isnin!

Apa khabar, sihat-sihat selalu hendaknya buat semua yang singgah di entry SR ni. Musim demam masih belum reda sepenuhnya. Anak SR 2 orang je yang dapat pergi sekolah hari ni. Seorang lagi kami masih cutikan. Minggu lepas, kami lima-lima beranak tumbang.

Memang dasyat penangan demam dan batuk yang kami kena sekeluarga. Seminggu lebih juga ambil masa untuk betul-betul kebah walau masih bersisa. Harapnya musim demam ni segera berlalu. Sudahlah terbaca semalam pasal Monkey Pox yang dah menjadi perhatian serius pihak WHO. Haih seram! 

Berbalik pada tajuk entry, kisah ni tiga minggu lepas punya cerita sebenarnya. 

SR saja ajak zaimi dan anak-anak makan dekat luar. Pertamanya SR tak berapa rajin nak masak. Sebab lain, anak-anak kata dah lama tak makan tengahari di kedai. Jadi bila zaimi setuju, SR pun terus masukkan semula ayam yang tengah defroze dekat sinki tu, masuk dalam peti sejuk semula. Haha!

Mula-mula macam tak tahu juga nak makan di mana, bila dah sampai kawasan taipan Senawang, baru dapat idea nak makan mamak. Mula-mula pergi ke Ishak Maju dekat sebelah Mydin Senawang tu. Tapi ayam goreng habis pulak. Terus masuk kereta semula, gerak ke Ar Robah Maju ni.

Zaimi terus ambil nasi kandar dia. Anak-anak pula order Nasi goreng Cina + Ayam Goreng. Kalau order nasi goreng ayam, nanti nasi goreng tu warna oren-oren kan? Budak-budak ni tak berapa nak gemar nasi goreng yang tu. Tapi kalau nasi goreng cina, laju makannya.


SR order Nasi Goreng Ayam. Okeylah, sedap. Rasa dia cukup serba-serbi.



Sekali-sekala pekena mamak ni sedap juga kan. Kadang-kadang sampai dah tau nak masak apa. Kadang-kadang macam bosan dengan masakan sendiri pun ada. Ke semua tu hanya alasan yang diciptakan oleh otak SR sebab SR dilanda kemalasan?

Hahaha!

Semoga minggu ini lebih baik dari minggu-minggu sebelumnya!

Post a Comment

8 Comments

  1. nasi goreng cina ramai yg suka

    ReplyDelete
  2. Bukan kemalasan...

    Nak merancak kan ekonomi negara...

    ReplyDelete
  3. Betul2.. bila hari2 kena masak, sampai dah kering idea nak masak apa. Sekali-sekala makan di luar mmg best.

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera. Pinjam ayat power Wak.

    ReplyDelete
  5. ok la tu, sesekali gantung kuali..

    ReplyDelete
  6. SA selalu gak lepak kat sini...nanti bila2 bleh la lepak sama...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)