Laicikang Laksa Tempurung Senawang

Besar kan gelas laicikang ni?
SR beli dekat  Kedai Laksa Tempurung yang terletak di Coco Drive, Taman Bandar Senawang.

Masa tengah order laksa, ternampak ada laicikang dalam menu. Terus SR rasa nak try.

Sebab order untuk take away, jadi laicikang dibungkus dalam big cup macam ni. Boleh terus sedut, sebab belah atas penutup dia tu ada lubang untuk big straw. 

Kertas putih tu pula, tak sealed pun dengan cup, boleh cabut dan buang dengan mudah sebelum celup straw.

Rasa dia memang fresh dan sedap. Taklah manis berdengung, sedang-sedang dan sedap-sedap aje rasanya.

Ada buah pala 2 biji, ada nata de coco, ada kwmbang semangkuk, ada kacang-kacang... Ada macam-macam lagi dalam dia, SR yang tak ingat. Sebab ralit sangat sedut dan kunyah isi dia 😂

Laicikang ni sebenarnya agak beri kenangan dan nostalgia untuk SR. Sebabnya masa SR kecik-kecik dulu, emak SR suka order laicikang. Lebih-lebih lagi kalau masa tu dia tengah tak berapa sihat dan batuk-batuk atau sakit tekak.

Emak SR suka sangat makan yang kembang semangkuk tu. SR tak pastilah apa nama ria yang sebenar 😂

Tapi emak SR selalu order laicikang suam. SR pula memang suka ais. Segalanya SR nak ada ais. Keh keh keh... Minum kopi pagi-pagi pun SR gigih ketuk ais tau 😆

Itulah sahaja kisah laicikang big cup SR. 

+++

Sekejap aje dah habis weekend 2 hari.
😪

Post a Comment

8 Comments

  1. memangg kesukaan ni laicikang.
    Akak suka kalau laicikang yg byk bhn2. buah kabung, laici, longan he he sb kadang bila beli alahai aimple bhnnya . Tak puas rasa

    ReplyDelete
  2. Semalam nak beli laksa kat sini tapi tutup..call org tu tutup dah katanya..next time la cuba

    ReplyDelete
  3. cendawan putih tu kan yang kembang semangkuk

    ReplyDelete
  4. Nikmat ni dapat minum musim panas. Lagi bila banyak isi. Lagi syok.

    ReplyDelete
  5. Suka gak minum laicikang. Sama la, klu minum masa cuaca panas wajib order yg sejuk. Terasa lega & nyaman je lalu kat tekak.

    ReplyDelete
  6. suka kalau x manis sangat, sedang2 saja..

    ReplyDelete
  7. bulan puasa sedap layan ni...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.