Assalamualaikum wbt
Cerita sambungan dari SR bawa ayu tengok movie Garfield di GSC IOI City Mall 2 Putrajaya hari tu. Habis tengok wayang, SR dan ayu memang dah kelaparan. Ayu kata nak makan nasi, SR pula rasa nak cuba kedai yang SR tak pernah makan lagi.
Jalan punya jalan, ternampak KyoChon. Apa lagi, tengok kerusi meja pun masih ada kosong, terus masuk.
Disebabkan kami berdua aje, kami dapat tempat duduk yang seperti di gambar ni lah. Okey je, selesa. Sebab kami order pun tak berapa banyak. KyoChon ni adalah kepci Korea lah senang cerita. Kedai yang berasaskan ayam goreng, tapi selera korea.
Originated from “hyanggyo”, “Kyo” means wisdom and enlightenment. “Chon” means village or town. Hyanggyo refers to an ancient school where our ancestors used to study in Korea and it used to be found in every town. “Kyochon” has been chosen as our name to express the Korean styled impression. To study the joy of taste everywhere in Korea, Kyochon was born in Gumi, South Korea, in 1991.
Mula-mula tu tak tau juga nak order yang mana, paradox of choice. In the end, SR order set 6pcs Wingette & Drumette Combo. Add on 1 nasi kosong. Cukuplah nak makan berdua dengan si ayu.
Air pula, ayu sibuk nak air warna pink tu 😂 SR minta air mineral aje. Lepas dah dapat semua makanan, kami pun beduklah! Sedap juga ayam KyoChon ni gais. Ayu pula berkenan sangat dengan nasi dia, macam sushi katanya. Gaul pula dengan sup dan lobak putih dia tu, pergh sedap!
Memang bersembang dan melayan si kecik ni makan ajelah. Dia memang sukalah kalau dapat keluar makan berdua macam ni. Tak ada abang-abang yang kacau dia nak cakap apa pun. Kalau tak, abang-abang suka mengusik!
Total makan berdua dengan ayu di KyoChon pada hari tu adalah sebanyak RM38+ aje. Sebab ambil 1 set aje kan, cuma tambah nasi. Okeylah bagi SR harganya. Yang pasti, dapat luangkan masa dengan ayu.
Tentang rasa ayam kepci Korea ni, okeylah, kenalah dengan tekak SR. Rasanya boleh repeat. Hahaha! Siapa pernah makan KyoChon?
Angkat tangan!
Sedapnyer
BalasPadamSelamat menjamu selera
Macam menarik juga tu menunya nanti boleh la try jugak.
BalasPadamberhampiran rumah ada 1 restoran kyochon ni. awal2 dulu nak try beli, tapi search takde sijil halal.. bila tau dah dapat halal jakim, laju² kita order. hihi.. boleh tahan juga rasanya.. sos pedas dia oklah, tidak terlalu pedas.
BalasPadamcomel sungguh si ayu ni...
BalasPadamMe time berdua ..seronok laa ayu ..tidak abangnya suka mengusik yer
BalasPadamAyam goreng Korea ini memang sedaaap. Saya pun sejak tak nak makan franchise ayam goreng yg famous itu, beralih ke ayam goreng Korea atau lokal. Sedaap. Sama garing bahkan terkadang lebih sedap rasanya. Kyochon ini juga ada di jkt. 👍
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.