IKLAN PENGAMBILAN PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER 2013



Ada kekosongan kerja sementara dekat UiTM Negeri Sembilan ni.
Siapa yang tinggal area berdekatan Kuala Pilah, daripada duduk saja-saja kat rumah dan tak buat apa-apa tu bolehlah memohon kot?

Meh aku paste iklan yang aku dapat dari emel:

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Iklan pengambilan Pembantu Pengawas bagi Peperiksaan Akhir September 2013 (pra diploma & diploma) telah dibuka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ada dikalangan adik beradik / saudara / rakan kenalan tuan/puan berminat untuk memohon jawatan ini, boleh mendapatkan borang di  Pejabat Am HEA, UiTM Caw. Negeri Sembilan mulai 28 Ogos 2013 (Rabu).

Berikut merupakan antara syarat-syarat perlantikan  :

1. Warganegara Malaysia (Bumiputera) berumut 17 tahun keatas dan tidak melebihi 30 tahun.
2. Sihat tubuh badan dan komited dengan tugas diberikan.
3. Kelayakan minimum SPM atau tamat tingkatan 5
4. Pelajar UiTM/ bekas pelajar UiTM/ Staf UiTM tidak dibenarkan memohon
5. Kadar elaun RM 4.00 sejam
6. Taraf jawatan adalah sementara. (mengikut tempoh peperiksaan dari 25/09/2013 - 13/10/2013 )


Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 September 2013  (Khamis).

Terima kasih  
Nor Zakiahanim Zakaria              
Penolong Pendaftar
Unit Peperiksaan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Negeri Sembilan
Tel:: (06) 4832113 / 2259 | Fax :: (06) 4842521/2273
Email ::
zakiahanim@ns.uitm.edu.my

Ok, bolehlah try kepada yang berminat..

p/s: meriah sungguh UiTM ni tadi sebab Pak Nil datang..hew hew hew..