Pages

Search This Blog

Showing posts with label makanan bayi. Show all posts
Showing posts with label makanan bayi. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Kebaikan Broccoli Sebagai Makanan

Serius, broccoli ini adalah antara sayur yang aku sangat suka makan.
Sedaplah woi!



Memang kalau ada broccoli ni, lajulah suap.. sikit tak cukup.

Selain sedap, broccoli ni memang ada khasiatnya tau.
Antara khasiat broccoli adalah:

  1. Menguatkan rambut sebab banyak Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium.
  2. Kulit awet muda dan lebih bermaya sebab ada glucoraphanin, Vitamin B, Vitamin E dan juga beta karotene.
  3. Pelindung UV, dengan menyapukan extrak broccoli pada kulit.
  4. Mengurangkan risiko kanser kerana mengandungi myrosinase, iaitu sejenis anti-kanser, tapi ianya boleh hilang jika broccoli terlebih masak.
  5. Agen nyahtoksik, kerana mengandungi glucoraphanin, gluconasturtiin and glucobrassicin yang berfungsi untuk menyingkirkan toksik yang ada dalam badan.
  6. Mencegah serangan jantung dan strok kerana mengandungi fiber yang boleh mengurangkan kolestrol dalam badan.
  7. Membantu menurunkan berat badan kerana mempunyai sejenis fiber yang boleh mengekalkan kandungan gula yang seimbang dalam badan.
  8. Boleh mencegah osteoporosis kerana broccoli kaya dengan kalsium.
  9. Membantu mengurangkan alahan dan alergik kerana mempunyai kaempferol dan asid lemak Omega-3.
  10. Mengekalkan penglihatan mata yang baik dengan mengandungi Vitamin A yang banyak.
  11. Sebagai antioksidant, mewah dengan Vitamin C selain dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit Alzheimer. SUMBER
Haa.. maka rugilah barang siapa yang asingkan broccoli di tepi pinggan itu..
Terutamanya laki akulah..
Mesti tak makan punyalah broccoli dia..kekeke..
Rugilah.. lepas ni makan tau!

Untuk baby pun elok bagi broccoli ni untuk bagi baby suka makan sayur, jangan bagi sawi kat baby.. nanti bila dia rasa pahit, dia akan set kat otak dia bahwa sayur ni pahit dan tak sedap, so no need to eat.. ha takmo lah macam tu kan..

Eh tapi bila baby dah 8 bulan ke atas lah paling sesuai bagi broccoli ni.. sebelum tu tak digalakkan tau!


Tuesday, November 26, 2013

Aksi Seksi Dalam Kereta Merah

Sekarang ni makan memang takmau duduk diam-diam dah si adam ni..
Memang harus duduk dalam walker merah dia tu..haha..

Lepas tu makan mesti comot..
Nak buat bunyi 'brrr' la..
Nak makan mainan la..
Nak tangkap sudu lah..
Nak gerak sana sini..

Lepas makan mesti baju dah tak rupa baju..
haha..

Harus tukar tak pun mandikan je si adam ni..

Ini kejadian seksi semalam lah ni..
Dah sudah makan, dah cabut baju tapi still nak duduk dalam kereta merah dia tu..
Bila tertekan butang je, keluar lah lampu macam siren dengan lagu-lagu..
Lagu teddy bear lah, marry had a little lamb lah, bingo lah..
Kekadang tertekang butang honk, dia ada bunyi macam kereta tengah drift..
Lagilah si guguman ni tak nak keluar dari walker tu..






Dah separuh bogel pun nak duduk gak dalam tu..
Aiyak!

Guguman?
Oh tu gelaran manja kat adam..kikiki

Gugu tu bunyi yang adam buat masa dia dalam 2-3 bulan dulu..
Lepas tu aku suka julang dia ke atas dengan tangan, buat dia macam tengah terbang tu..
So nampak macam superhero, instead of Superman, aku panggil dia Guguman..

:P

p/s: lasak weiiiii Adam Zuhairi sekarang.. go go Guguman!

Thursday, October 31, 2013

Panduan Pilihan Makanan Untuk Bayi 6 Bulan ke Atas

Memang sejak Adam dah menjangkau umur 6 bulan ni, rasa excited semacam.
Ye lah, budak tu dah boleh makan, bukan setakat minum susu je.. :)

Adam Zuhairi!


Aku memang tak sempat nak buat research pasal pemakanan bayi ni, makanya dengan yakin aku dengan laki aku pergi Giant beli bahan-bahan..

Awal-awal dulu bagi Cerelac je kat Adam, masa tu nak ajar dia macam mana nak makan.. tapi bila discuss dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya dah jadi emak orang ni, actually cerelac tu tak bagus untuk baby..

Baru den tau.. huhu..

So, jom lah masak sendiri untuk anak..

Dah pergi tanpa research kan, aku pun beli lah ikan tenggiri, broccoli apa semua..

Hamek kau.. rupanya belum boleh..hik hik.. malu rasanya..

So guna untuk goreng nasik ayah adam je lah.. :P



So check balik, aku pun ada beli cauliflower tu..
ha.. masib cauliflower dah boleh bagi..

So, aku pun buat bubur nasik, rebus cauliflower dengan kismis..
Lepas tu blend semua sekali..
Alhamdulillah adam makan :D

So aku nak share kat sini panduan apa yang boleh dan apa yang belum boleh untuk budak 6 bulan ke atas.. kecuali Pork tu lah.. sah sah haram.. huu..



Dan jangan letak garam gula ye untuk baby..
Tak elok untuk buah pinggang si manja anda..

Cewah!

Dan ada jugak 4 days rule masa mula-mula nak introduce certain new food. Maksudnya kena bagi makanan yang sama selama 4 hari. Dari sini baru boleh detect anak tu allergik atau tak kat makanan baru tu..

Selamat memasak!


Wednesday, October 16, 2013

Top 100 Resepi Makanan Bayi 6 - 12 bulan

Hemoih hemoih...


Lama sungguh aku tak blog.
Sibuk la..
Last few weeks student final exam.
Kelam kabut lah buat carry mark, jaga exam, tanda kertas exam semua.. bla bla bla..

Balik rumah memang tak lah kan nak bukak laptop ke apa..
Tak larat kot.. dengan nak mengurus si kecik tu lagi.. urus rumah.. basuh sidai lipat baju..
Sapu rumah serba sikit.. layan bapak si kecik lagi..hahah..

Eh.. layan sembang pun kira layan apa.. hiks..

Zaimi memang lagi kesian lah..
kod dia tarikh exam memang dah hujung2..
nak balik Kota Bharu untuk raya haji memang tak sempat lah kan..
Jadi untuk pertama kalinya zaimi tak raya haji dengan family dia..
rezeki aku kot nak raya haji dengan mak abah dekat semenyih.. yea!

Harini rabu pergi kampus.. mak oi punyalah lengang.
Lengang yang gila2 punya, sampai kau nak parking kat petak mana pun kau boleh pilih.. hahah..
memang mood kerja pun tak berapa mari.. sebab nak update file ni memang memerlukan iltizam yang tinggi.. cewah bahasa :P


Cek nuffnang, tengok2 ada 6 CPUV.. alhamdulillah..
rezeki anak..haha..

Eh apa yang aku dah kelaut dah ni, tajuk yo yo aw je top 100 baby food recipes..

Actually hari jumaat haritu aku ada order buku dari MPHOnline..
Sejak Adam dah masuk 6 bulan ni, seronok pulak tengok dia makan cerelac tu..
Lepas tu nak try lah bagi puree..
sajalah beli buku recipe ni.. penulis dia Christine Bailey..
Aku beli online je suruh pos kat kampus.. nak pergi ke MPH tu tah bila..

Jadi harini buku tu dah sampai.. weeeee!

Best weh!
AKu teruja kot!
Tak sabar nak try bagi adam makan recipe2 ni..
Dia memang buku resepi untuk budak 6 hingga 12 bulan..
Easy purees & first food for 6-12 months gitu..

Menariknya sebab, selain bahan-bahan dan gambar-gambar, dia ada letak jugak waktu preparation dengan waktu cook.. dan ada info2 mengenai makanan mana harus bagi, makanan mana patut avoid.. which is for me very good sebab aku kan ibu baru.. hahah..

Harapnya aku rajin lah nak steam bagai tu.. :D



Buku yang ada gambar cili tu?
Bukan.. buku seratus resepi makanan bayi tu yang kuning tu.. yang besar ada gambar cili tu buku masakan orang dewasa.. hahaha..

Konsep dia sama je dua buku ni.. ada jugak waktu prepare dengan waktu masak tu..

Dan sekali lagi harapnya aku rajin lah nak masak hahahaha

AT least esok Adam dah besar, dah pergi kolej ke apa.. ada jugak masakan mak dia ni yang dia rindu..ewah!

Dan kalau tetiba jadi semakin terer di dapur.. bolehlah masuk masterchef..

Ok itu over.


Em sunyi gila kampus.. rasa rindu kat adam menyucuk2 jiwa..huhuuuu


p/s: Actually rasa semangat nak masak sebab nak masuk rumah baru.. harap dapat masuk sebelum tahun depan :D

p/s/s: Updated Mei 2014. Aku baru perasan, entry aku ni dapat hit sampai 8000++.

Aku rasa bersalah pulak dekat mereka-mereka yang masuk blog aku, sekali takde pun aku letak resepi, sebab actually aku nak cerita pasal aku beli buku T_T

Jadi, marilah aku senaraikan link ke blog/wesite lain, yang ada berkongsi resepi, in a proper way.
Macam aku ni, aku masak untuk adam, tapi aku tak cerita detail buat masa ni. So, korang boleh try link bawah ni, untuk resepi-resepi makanan bayi untuk anak korang yang super comel tu!


1) Keluarga Baru.com (Resepi Bayi 6-8 Bulan Yang Terbaik)
2) Facebook Page Resepi Makanan Bayi (Ada Fritata semua..wuhooo!)
3) Mama Mujahidah (Yang ni memang awesome!)
4) Azizul Athiah Amna (yang ni ada tips sekali kalau anak susak makan)
5) Ustazah Pilihan Fairuz (ada resepi spageti lagi uolls)
6) Cooking Light (yang ni dalam english, tapi menarik!)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.