Pengalaman Menginap di Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak

Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah Februari 2024, kami rancang memang nak bawa anak-anak pergi jauh sikit dari rumah. SR dan zaimi pun masa ni dah selesai dengan final exam. Kiranya nak pergi healing lah haha! Selalu bercuti ke area Melaka dan Port Dickson, kali ni kami bawa anak-anak ke Lumut, Perak. Saja, tanpa ada rancangan pun hendak ke Pulau Pangkor, mahu pun bermandi-manda di Teluk Batik. Anak-anak memang request nak bercuti untuk:

1. Tidur di hotel (asalkan hotel!)

2. Mandi kolam

Jadi, SR dan zaimi saja nak ubah angin, maka kami pun booked Marina Heights Hotel & Residence ni tersangatlah last minute. Booked yang 1 room apartment, seaview. Tak fikir panjang. Terus booked dua hari sebelum tarikh pilihan untuk check in, kemas beg, pergi!

Best ke apartment ni? Dia ada best, ada juga ruang untuk pihak management buat penambahbaikan. Antaranya, ketika kami nak check in, bilik masih tak ready walaupun dah pukul 4 petang. Management memang minta maaf, sebabnya kekurangan staf. Kami dapat kunci bilik, tapi masa kami masuk, bilik tak kemas lagi. Toilet pun masih kotor, cadar bergumpal.

Berlari-lari housekeeping dia datang dan minta maaf. Dan minta lagi 30 minit untuk diorang kemas. Maka turunlah balik kami ke bawah, tunggu di lobi. Tapi lepas dah siap kemas dan cuci, bilik okeylah.

Tilam memang sangat empuk

Masuk-masuk aje, akan nampak bilik di sebelah kiri, bersebelahan dengan bilik air. Bilik air dia kurang best sikit pada SR, sebab bertakung. Tapi bolehlah nak survive dua hari di sini.

Oh ya bilik tu tadi ada dua katil single, ada juga almari. Langsir sebaiknya tutup rapat-rapat sebab memang nampak jelas dari koridor.

Nampak tak paip tu?

Cuma SR tak berkenan dengan paip-paip bilik air dari aras atas, yang tak terselindung langsung di siling bilik tu ๐Ÿ˜‚

Bukanlah nampak kotor atau bocor, cuma SR terlebih over thinking, terbayang orang atas memerut, lalu dalam bilik tu ๐Ÿ˜‚

SR tak faham juga layout bangunan ni macam mana, dan bagaimana tingkat atas pada bilik, adalah bilik air? Ah abaikanlah. Bilik tu okey aje gais.

 Di ruang tamu pula ada TV, katil ada 1, king. Ada almari juga, ada kitchenet, TV, cerek, sterika. Ada juga air mineral disediakan, dan peti ais kecil.

Mungkin SR OCD, tapi asyik terfikir kenapa cermin tu tak digantung ikut bentuk beam tu betul-betul? Kenapa belah kiri terlebih, sedangkan belah kanan tak cukup sampai tepi? ๐Ÿ˜‚

Di beranda, ada set kerusi. Cuma di beranda, penuh putung rokok. SR kutip-kutip buang, masih ada lagi. Entahlah. Zaimi tak merokok, siapa yang baling putung rokok tu dari tingkat atas, SR pun tak tahu.

Pulau Pangkor di belakang tu


Pemandangan Pulau Pangkor dari Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak

View memang awesome dari unit yang kami dapat ni. Memang nampak Pulau Pangkor, dan dapatlah 2 malam kami tengok matahari terbenam di sebalik Pulau Pangkor.






Dan dari balkoni unit kami juga, boleh nampak kolam renang di bawah. Inilah yang anak-anak nak sangat. 2 malam meninap di sini, memang banyaknya berendam dan berenang ajelah masing-masing! SR dan zaimi pun tak lepaskan peluang, gedebush juga! Cuma tak tangkap gambarlah eheheh...


Kolam renang dia besar, ada juga bahagian kolam untuk kanak-kanak. Ada juga disediakan bilik air untuk tukar baju dan sebagainya, tapi kena naik tangga di bahagian atas gambar di atas ni. Selain digunakan oleh penginap, kolam renang di Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak ni juga digunakan untuk kelas renang, kalau tak silap SR pada setiap Ahad.

Mandi kolam sampai kecut


Petang hari pertama kami sampai tu, SR tak mandi kolam tu lagi. Bergambar ajelah keliling kolam tu, sambil-sambil SR dan zaimi menunggu adam, amir dan ayu mandi puas-puas. Habis kecut segala kulit anak-anak kami yang tiga ketul tu. Seronok betul hajat tertunai.


Omak dan ayah tunggu di tepi aje



Adakah SR recommend Marina Heights Hotel & Residences ni?

Dia macam ni, kalau kalian jenis particular dan mengharapkan sangat kehotelan suasananya, bolehlah fikir dulu sebelum booked. Parking dia sempit, tak ada sarapan, tak ada pantai sendiri, tidak terlalu hotel.

Tapi, kalau kalian tak kisah sangat, dan memang nak tidur aje, atau nak bawa anak-anak mandi pool aje ke, boleh je menginap sini. Ambil seaview, minta tingkat tinggi. View dia memang mantap pak abu gais. Bangun pagi tengom luar, nampak Pulau Pangkor, nampak laut, nampak bot dan kapal ke sana ke sini... Cantik sangat.

Ada sunset.

Malam-malam shimmering dengan lampu-lampu dan cahaya bulan. Memang lawa sangat-sangat. Malam-malam kami pergi ke Teluk Batik yang tak jauh pun, dalam 5 minit naik kereta, dan menikmati suasana laut waktu malam. Best gilaa.

Siang-siang ramai sangat, dengan kanopilah, kerusilah... Serabut. Malam-malam tenang dan nyaman.

Plus unit apartment yang SR duduk ni, luas dan memang selesa kalau duduk 1 family. 5-6 orang dewasa (atau kanak-kanak) memang tak akan bersempit-sempit. Akan dapat space masing-masinglah kiranya.

Jadi, bolehlah difikirkan, yang mana paling sesuai dengan peribadi dan preference tuan puan.

Agitchew.

Sekian catatan pengalaman famili SR menginap di Marina Heights Hotel & Residences, Lumut, Perak ini. Malam pula, kami pergi makan di Garden Beach Seafood yang terletak berhadapan.

Apa-apa pun, yang paling penting adalah dapat meluangkan masa dengan anak-anak... Itu paling menyeronokkan SR dan zaimi๐Ÿ˜„

#honestreview 

Post a Comment

5 Comments

  1. cantik sangat viewnyer.. bilik pun luas..

    ldy kalau ke mana2, paling penting ldy nak toiletnya cantik.. dan bersih... sebab kalau lady guna bilik air , lady akan duduk.. kerusi roda letak luar.. maka kalau sink berkulat, dalam mangkuk toilet kotor.. mmg sangat menjijikkan.. kalau toilet kotor rs nak kene sental seluruh bdn.. mood terus ke laut. huhuhu

    ReplyDelete
  2. selesa penginapannya view luar pun indah

    ReplyDelete
  3. Luas penginapan ni ya. View pun cantik. Boleh tengok sunset.

    ReplyDelete
  4. Macam mana boleh proceed guest check in sedangkan bilik masih lagi xready ?? Managment kena take action la benda macam ni .

    ReplyDelete
  5. cantik view dr bilik nya... seronok masing2 dapat berendam kolam kan..alhamdulillah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.