Dating Makan IKEA Meatballs di IKEA Cheras

Assalamualaikum wbt


Entry lempar belakang. Ada banyak juga draft yang beratur tunggu diketik-ketik. Tapi nantilah, satu persatu. SR mulakan dengan entry ini, kisah SR dan zaimi pergi jalan-jalan dan makan IKEA Meatballs berdua sahaja tanpa anak-anak.
Cerita hujung tahun lepas sebenarnya. Kalau diikutkan, kisah pergi dating berdua suami isteri ni berlaku sebelum entry INI lagi haa. Tapi biasalah, mula-mula rasa tak nak letak di blog. Bila dah tak ada idea, tapi rasa nak ketik-ketik, baru upload gambar. Dah upload gambar, tersibuk dengan urusan hakiki dan duniawi pula.

Begitulah.

Comel ke ngeri?

Asalnya tujuan SR ajak zaimi ke IKEA Cheras ni sebab nak cari rak buku. Terasa serabut pula buku-buku dan fail-fail yang SR guna untuk pengajian SR ni terletak tak tentu hala. Dah biasa dulu masa di pejabat, apa-apa dokumen, SR susun di rak buku yang UiTM sediakan dalam pejabat. Jadi bila dah buat work station di rumah, SR memang tak betahlah kalau tak sama macam di office di UiTM. 

Hahaha gedik kan. 

Jadi, menggunakan duit biasiswa yang ada, SR pun keluarkanlah sikit untuk beli rak buku. Kebetulan, rak buku LAIVA yang SR cari tu ada stock uolls. RM99 aje pulak tu ha! Tak kan tak beli uolls...



Murah, dan kayu! Warna coklat gelap. I is like! Memang terus snaplah gambar tag yang ada digantung. Sebab nan cari nanti dekat bahagian rak-rak tu kan. 


Sebelum sampai ke seksyen rak-rak tinggi tu, kami buat keputusan untuk makan tengahari dulu. Sebab tu anak-anak tak ada. Masa ni, tiga-tiga dalam sekolah. Jadi emak dan ayah pun laju-laju aje pergi beli barang di IKEA Cheras ni. 

Memang tak berani nak berlama-lama, buatnya nak balik nanti sangkut jem ke apa, dah susah hati nak jemput anak lambat kan. Tahu sajalah kawasan Cheras tu. Nak ke Kajang, memang kalau silap hari bulan, kenyang makan jem.


Poyo-poyolah posing dengan makanan. IKEA Meatballs tu kami ambil sepinggan aje, kongsi makan berdua. Banyak ambil makanan campur-campur, dessert dan mushroom soup, dan entah apa lagi entah, SR pun dah lupa.

Seronok ke makan berdua aje dengan isteri? Hahaha

Wefie la sekeping

Selesai makan, kami terus berkejaran ke rak sebab nak ambil Laiva, dan beberapa lagi benda lain. Seronok pulak pergi IKEA waktu orang lain semua kat pejabat dan sekolah ni. Aman dan tenang nak berjalan, survey barang dan buat bayaran. Tak ramai, tak berlaga bahu.

Tapi tu la, bukan senang nak dapat peluang pergi waktu-waktu macam tu kan. Ini pun kebetulan kami tak ada kelas masa tu.



Itu sahajalah cerita kami pergi cari rak buku di IKEA Cheras sambil-sambil curi masa untuk dating berdua. Ala kasi can lah! Haha!

Post a Comment

7 Comments

  1. sesekali curi-curi dating, apa salahnya kan..hehe...seronok pi ke Ikea ni..cuci mata...Kalau pi hari cuti, aduiiii bercinta...nak bayor satu hal..akak & asben bila ke Ikea ni tak ada lah nk singgah makan sebab orang ramai...koser nak beratur..haha...

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah dekat nak pergi IKEA kan. Saya pun guna Laiva ni. Tapi dulu harganya murah lagi 79, sekarang dah 99 ye. Barang IKEA pun dah banyak naik harga yang saya perasan. Sesekali keluar berdua kan, ambil kesempatan. hihi..

    ReplyDelete
  3. minat dengan kuih katak hijau tu.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. lama tak jenjalan ke ikea, tgk ni teringin lak mkn meatball tu

    ReplyDelete
  5. Tengok sini dah teringin nak meatballs pulak.....

    ReplyDelete
  6. Meatball tu antara menu wajib la bila singgah ikea

    ReplyDelete
  7. dapnya ikea meatball..lama x makan & jenjalan ke sana

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.