Berjalan Ke Freeport A'Famosa Outlet, Melaka

Assalamualaikum wbt

Kereta Mr Bean di Freeport A'Famosa Outlet

Cerita Ahad lepas. Selepas kami bermandi-manda di Pengkalan Balak dan makan nasi lauk asam pedas di Kedai Pak Akob, kami terus singgah ke Freeport A'Famosa Outlet pula di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Lokasinya terletak bersebelahan dengan A'Famosa Resort.

Zaimi ajak SR ke sini sebenarnya sebab kalau diikutkan, jika tak bermalam di Chalet Kampong Pinang Sebatang tu, SR nak ke Aeon Seremban 2 sahaja. SR nak cari beg tangan baru. Beg tangan SR dah agak rosak sejak balik dari Jepun. Sebab banyak kena hujan dekat sana, habis jadi lembik kulitnya. Zip pun rosak juga. Kalau elok lagi, SR pun tak ada rasa nak beli beg baru sangat.

Jadi, alang-alang sudah di Melaka, kami singgah teruslah di Freeport A' Famosa Outlet ni. Lagipun, satu arah dengan perjalanan balik kami aje. Kot? Sebab zaimi yang drive haha! SR onz aje.


SR cakap terang-terang, SR tak pandai nak shopping. Maksudnya, SR tak reti nak berjalan dari satu kedai, keluar, masuk kedai lain, belek-belek barang, tapi tak beli, cuci mata... etc. Tak biasa. Mungkin sebab masa kecil dulu, kalau time beli barang, abah SR bagi masa. Hahaha!

Memang pantas ajelah kalau bab shopping. Kiranya, dah fikir siap-siap nak beli apa, brand apa, budget berapa, dan zass terus jalan ke kedai yang itu aje. Zaimi pun gelak kalau bawak SR shopping. Belum apa-apa dah siap 😂

SR kalau nak barang X, X lah yang SR cari. Memang malas dan tak compare harga. Hampeh kan? Usah tirulah perangai SR ni 😂


Jadi memang dah tau nak ke outlet mana. Dalam perjalanan ke outlet tu, singgah-singgahlah ambil gambar sikit. Buat kenangan.


Memang SR nak beli beg Carlo Rino aje masa tu. Jadi, terus bawa semua masuk outlet Carlo Rino, dan suruh anak-anak duduk diam-diam atas kerusi dengan zaimi. SR terus cari beg yang SR nak. 

"Puan, kalau ambil dua, hanya RM198." Kata staf dalam tu.

Apa lagi, ambillah dua hahaha. Harga pun mampu miliklah bagi SR. SR memang beli beg tangan julat harga macam tu sahaja. Dapat pula dua kan, SR anggap rezekilah. Alhamdulillah. Tak sampai 20 minit, dah siap bayar dan kami pun keluar. 


Anak-anak nak biskut Famous Amous dan aiskrim, jadi zaimi belikan aiskrim dulu. Gelato apa entah namanya, lupa. Sementara tu, SR masuklah 1 kedai lagi.

Tiba-tiba kesurupan kan lepas dah nampak deretan kedai-kedai di Freeport A'Famosa Outlet ni. Pun sama, masuk terus ambil apa nak, bayar dan siap! Tamatlah peristiwa shopping barang SR pada hari tu.

Sekali-sekala beli barang untuk diri sendiri

Anak-anak pula menuntu nak masuk ke Toy World. Okeylah, bawalah sekejap. Belilah sorang sikit. Ayu beli mainan, abang-abang beli fancy pen. Comel-comel fancy pen dia, bayangkan bentuk ubat gigi, tapi sebenarnya pen. SR tak snap pula gambarnya. Nantilah kalau SR ingat SR kongsi.

Lepas tu adam dan amir nak main VR. Ayu pun nak main kapal pusing-pusing. Okeylah, bolehlah 1 round sebelum balik.

Adam dan Amir main VR

Belakang ayu adalah rak fancy pen tu

Sebelum memulakan perjalanan balik, kami singgahlah sekejap tepi kapal terbang Coach yang memang menjadi tarikan di Freeport A' Famosa Outlet ni. Ambil gambar dari jauh aje. Nak masuk ke Kapal Terbang Coach tu, barisan dia punyalah panjang. 

Tak apalah, mungkin lain kali. Mungkin masa SR betul-betul tengah cari barang Coach, SR akan ke situ. Yelah, SR mana pandai cuci mata 😂😎

Bergambar dari jauh dengan Kapal Terbang Coach

Itulah sahaja cerita short escape kami sekeluarga ke Melaka pada hujung Julai 2023. Bak kata orang, bahagia cara kita. Ewah!

Post a Comment

8 Comments

  1. Bagus tu shopping laju² cepat siap, hihi.

    ReplyDelete
  2. Untung la suami. Saya dulu, letih berdiri kemudian duduk: dek lamanya ibu_suri pilih memilih...

    ReplyDelete
  3. Hari itu tidak sempat tengok-tengok kedai. Haha pergi majlis resepsi sahaja.

    ReplyDelete
  4. sy pun jenis malas keluar masuk kedai kalau nk shopping... kalau target tu, tu je lah... mmg berbaloi tu rm198 dpt 2

    ReplyDelete
  5. haha bagus betul SR shopping..terus zas masuk ke kedai mana yg nak..kalau akak, besanya suka cuci mata dulu..pastu compare harga & tengok design beg/brg yang berkenan..

    ReplyDelete
  6. Bila da tahu apa nak beli, memang cepat je.. kikiki..

    ReplyDelete
  7. ooo igt kan shopping kat kapal terbang tu.... uihhh dari buka hari tu sy dgr q asik panjang je.... bla laa turn nak dpt msk situ hahaha

    ReplyDelete
  8. Eh, macam samalah dengan saya. Dah fikir siap-siap nak beli apa, masuk kedai tu je. Pastu siap. Melainkan kalau takde baru cari kedai lain. Tapi takdelah banyak-banyak kedai. Biasanya setia pada jenama yang sama je. Senang kerja. Puas juga berjalan kat sini. Banyak aktiviti juga selain shopping. Kapal terbang tu kalau on weekend memang ramailah kan. Saya pun tak sanggup nak beratur panjang. Lainkali je lah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.