Ini cerita masa on the way balik ke Kajang dari Kota Bharu minggu lepas-lepas. Perjalanan balik kali ini agak mencabar juga sebab bila sampai sahaja di R&R Gua Musang yang baru tu, jalan tiba-tiba jammed melekat. Tapi, bila je cuti dan jalan ni tak sesak kan?
Memang nampak macam bakal lama kami di situ. Zaimi pun terus kona masuk ke kawasan R&R untuk parking dulu. Kebetulan dia dah mula mengantuk, jadi eloklah berhenti berehat sekejap daripada paksa diri terus memandu.
SR pula kalau duduk lama-lama dalam kereta memang mulalah bosan. Jadi SR ajak Ayu berjalan kaki ke Shell yang berdekatan. Kononnya nak beli air, kacang dan roti sikit sebagai bekalan untuk meneruskan perjalanan ke Kajang nanti. Sekali terbeli benda lain. Hahaha!
Ternampak Mighty White It's Donut Cake
Masa tengah browse rak roti di Caltex tu, mata SR tiba-tiba tertancap pada satu bungkusan Mighty White It's Donut Cake. Eh, macam pernah nampak!
Kalau tak silap SR, pernah nampak Blogger Bola Katok kut buat review Mighty White It's Donut Cake ni. Masa terbaca dulu, SR dah rasa macam sedap dan teringin juga nak cuba kalau terjumpa. Kebetulan masa SR sampai tu tinggal satu bungkusan sahaja, iaitu perisa Chocolate Orange. Haaa, memang tak fikir panjanglah. Terus SR capai dan masukkan dalam raga. Inilah orang kata rezeki FOMO. Hahaha!
Selesai ambil air, kacang, roti dan beberapa kudapan lain, kami pun terus bayar. Masa tu perut SR sebenarnya dah mula berkeroncong sebab lapar.
Dalam Satu Pek Ada Dua
Bila buka bungkusan Mighty White It's Donut Cake Chocolate Orange ni, rupanya di dalamnya ada dua paket kecil yang dibungkus secara berasingan. Maknanya, satu bungkusan dapat dua biji kek donut.
SR suka juga konsep macam ni sebab tak perlu buka kedua-duanya sekali. Kalau nak makan satu dahulu, satu lagi masih elok tersimpan dalam bungkusannya. Tapi masa tu jangan haraplah SR nak simpan lama-lama. Perut dah menyanyi lagu lapar. Hahaha!
Sedap Tak Chocolate Orange?
Gigitan pertama, SR terus rasa... Eh, not bad! Pada tekak SR, Mighty White It's Donut Cake Chocolate Orange ni boleh dikategorikan sebagai sedap. Teksturnya lembut dan sebenarnya lebih terasa seperti kek berbanding donut biasa.
Jadi kalau korang bayangkan tekstur donut yang kenyal atau sedikit padat, yang ini bukan begitu. Ia lebih kepada kek lembut dalam bentuk donut. Gabungan rasa coklat dan oren pula memberikan rasa yang sedikit berbeza daripada kek coklat biasa. Ada rasa coklat, kemudian disusuli rasa oren yang menjadikannya tak terlalu membosankan. Bagi SR, boleh layan!
Selesai Satu FOMO SR
Akhirnya, satu lagi benda yang SR pernah nampak orang review dan teringin nak cuba dah berjaya SR rasa sendiri. Bolehlah cross off satu lagi daripada senarai FOMO SR. Hihi!
Kadang-kadang benda macam ni bukannya makanan luar biasa sangat pun. Tapi bila dah beberapa kali nampak orang kongsi atau buat review, automatik kita jadi tertanya-tanya.
"Sedap sangat ke?" Bila dah cuba sendiri, barulah puas hati.
Untuk Mighty White It's Donut Cake Chocolate Orange ni, SR boleh kata pengalaman pertama SR agak memuaskan. Tekstur lembut, rasa coklat dan oren pun boleh masuk dengan tekak SR. Kalau terjumpa perisa lain nanti, mungkin SR akan cuba pula.
Korang dah pernah cuba Mighty White It's Donut Cake ni tak? Korang cuba perisa apa? Sedap ke, dan kena tak dengan tekak korang? Mana tahu ada perisa lain yang korang rasa lagi sedap daripada Chocolate Orange. Bolehlah racun SR pula. Hahaha!
Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dan cita rasa peribadi ketika mencuba produk. Artikel ini bukan ulasan berbayar atau tajaan daripada mana-mana jenama.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.