Assalamualaikum wbt!
| Para Thai Aeon Kota Bharu |
Terasa pula SR nak throwback cerita awal September hari tu. Kebetulan sekarang tengah datang mood rajin menulis blog, baik SR keluarkan cerita yang tersimpan sebelum mood ini hilang entah ke mana. Kah kah!
Masa tu Zaimi ajak SR keluar berdua sahaja ke AEON Mall Kota Bharu. Anak-anak semua toksey ikut sebab masing-masing ada agenda sendiri. Yang kecil-kecil seronok nak main dengan sepupu, manakala Adam pula dah besar. Masa cuti macam inilah dia nak ambil peluang main Mobile Legends dengan kawan-kawan sebab dekat asrama bukannya boleh bawa telefon.
Jadi bila semua tak mahu ikut, rezekilah mak ayah dapat keluar dating berdua. Hihi.
Lapar Lagi Walaupun Dah Sarapan
Sebenarnya sebelum keluar tu kami dah sarapan. Tapi entah kenapa bila sampai AEON Kota Bharu, perut rasa lapar balik. Mungkin sebab kami gumuks. Sebab tu asyik lapar. Hahaha! Masa tu orang memang ramai. SR tengok hampir semua kedai makan penuh dengan pelanggan. Pusing punya pusing, akhirnya SR dan Zaimi buat keputusan untuk makan di Para Thai.
Para Thai Ada Apa?
Para Thai merupakan restoran yang mengetengahkan hidangan berinspirasikan masakan Thailand. Kalau tengok pilihan menunya, memang banyak hidangan yang biasa kita kaitkan dengan makanan Thai seperti tomyam, ayam pandan, hidangan daging, makanan laut, nasi serta pencuci mulut berasaskan pulut, mangga dan santan.
Konsepnya pula lebih kepada restoran keluarga yang selesa untuk makan tengah hari atau makan malam. Jadi, kalau datang dengan pasangan, keluarga atau sekumpulan kawan pun sesuai.
Apa yang SR suka tentang restoran makanan Thai ialah kita boleh pesan beberapa jenis lauk dan makan bersama nasi putih panas-panas. Cara begini memang sesuai dengan tekak orang Malaysia juga. Ada masam, pedas, manis dan masin dalam satu hidangan.
Bagi SR, antara tarikan makanan Thai tentulah tomyam. Kuah panas dengan rasa masam dan pedas memang boleh membuka selera. Selain itu, hidangan seperti ayam pandan dan daging ala Thai pun mudah dikongsi.
Pendek kata, kalau korang memang jenis suka makanan Thai dan mencari restoran untuk makan dengan keluarga ketika berada di pusat beli-belah, Para Thai boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba. Cuma pengalaman rasa dan tahap kepedasan tentulah bergantung pada selera masing-masing.
Tak Perlu Imbas Kod QR
Sampai sahaja di Para Thai, staf terus sambut dan bawa kami ke meja yang sesuai untuk dua orang. Lepas duduk, dia bagi buku menu dan beritahu kalau dah bersedia nak pesan makanan, boleh panggil sahaja.
Eh, tak guna sistem kod QR? Rare juga sekarang jumpa restoran yang masih bagi buku menu dan ambil pesanan secara terus. Tapi SR sebenarnya suka cara macam ni. Senang!
Nak makan apa, buka buku menu, tunjuk, pesan. Tak perlu keluarkan telefon, imbas kod QR, tunggu laman menu terbuka, kemudian scroll atas bawah mencari makanan. Kadang-kadang nak makan pun rasa macam tengah online shopping. Hahaha!
Apa Kami Pesan di Para Thai?
Dah namanya tengah lapar, perkara pertama mestilah nasi putih. Terus pesan dua pinggan. Untuk lauk pula, kami pesan semangkuk tomyam, ayam goreng pandan dan daging harimau menangis. Untuk pencuci mulut, SR pilih sagu dengan santan. Zaimi pula ambil pulut mangga. Memang lengkaplah hidangan tengah hari kami masa tu.
Sambil makan, sambil berborak tentang macam-macam perkara yang kami sahaja faham dan cakna. Kadang-kadang keluar berdua begini bukan kena pergi tempat romantik sangat pun. Dapat duduk, makan dengan tenang dan bersembang tanpa gangguan pun dah cukup seronok. Alhamdulillah, SR memang bersyukur dengan kesempatan kecil macam ni.
Sedap Tak Makan di Para Thai?
Kalau nak tanya pendapat SR, secara keseluruhannya makanan di Para Thai okey dan kena dengan tekak kami. Makan pula ketika hidangan masih panas. Memang heaven!
Tomyam dan ayam pandan tak ada masalah untuk SR. Pencuci mulut pun sedap dinikmati selepas makan makanan yang pedas dan berempah.
Cuma untuk hidangan daging harimau menangis tu, pada selera SR ada sedikit ruang untuk diperbaiki. Daging yang kami dapat masa tu agak kering. Kalau teksturnya lebih lembut dan berjus, rasanya memang boleh jadi lebih umph. Sos pencicah pula datang dengan dua jenis, hijau dan merah. Pedas dia jangan cakaplah. Sampai keluar hingus SR dibuatnya! Tapi bab pedas tu SR masih boleh terima. Memang dah cari makanan Thai kan. Hahaha! Cuma SR lebih berharap tekstur daging tu lebih lembut supaya sedap dimakan bersama sosnya.
Berapa Harga Makan Berdua?
Jumlah keseluruhan makan SR dan Zaimi di Para Thai ketika itu sekitar RM150 lebih untuk dua orang. Dengan jumlah hidangan yang kami pesan, memang bukan kategori makan ringkaslah. Ada nasi, tomyam, ayam, daging dan dua pencuci mulut. Sekali-sekala keluar dating berdua, bolehlah.
Lepas selesai makan, kami naik ke tingkat atas dan singgah MR.DIY sekejap. Beli apa entah masa tu, SR sendiri dah lupa. Hahaha! Kemudian kami terus bergerak balik.
Tapi perjalanan balik tu mestilah tak boleh balik dengan tangan kosong sebab dekat rumah ramai lagi ahli keluarga tersayang menunggu. Kami singgah beli murtabak sedap di Wakaf Bharu untuk semua orang di rumah.
Zaimi beli 10 keping murtabak! YA! Sepuluh! Tapi memang sedap weh. Kalau tak sedap, takkanlah sampai sepuluh keping kan? Ahaks!
Itulah sahaja cerita dating ringkas SR dan Zaimi sambil makan di Para Thai, AEON Mall Kota Bharu. Tak ada aktiviti luar biasa pun, tapi SR suka simpan cerita-cerita kecil macam ni dalam blog. Nanti beberapa tahun lagi bila baca semula, mesti tersenyum mengenangkan masa anak-anak dah tak hingin nak ikut mak ayah berjalan, lalu mak ayah dapatlah keluar berdua. Hihi.
Secara keseluruhannya, pengalaman makan di Para Thai bagi SR not bad. Kalau korang suka makanan Thai, bolehlah masukkan Para Thai dalam senarai restoran untuk dicuba.
Korang pernah makan di Para Thai? Menu apa yang korang selalu pesan? Ada menu lain yang SR wajib cuba kalau datang lagi nanti?
Penafian: Catatan ini berdasarkan pengalaman peribadi SR ketika berkunjung ke Para Thai. Harga, menu, rasa, promosi dan perkhidmatan mungkin berubah mengikut masa dan cawangan.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.