Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni SR ada beli eyeliner keluaran WAWA ni.
Anyway, disebabkan SR rasa tertarik dengan 1 video seorang TikToker yang pakai eyeliner cop cop ni, SR pun order lah 1. Teringin nak cuba. Sebab SR sebenarnya agak gagal dalam melukis wing tu sendiri. Mesti akan jadi tak sama besarlah apa lah kan. Haa jom try!
Tak sampai beberapa hari, dia pun tiba di rumah SR.
Seller bungkus kemas sangat, suka SR! Eyeliner ni datang dalam kotak tau.
Ha jom kita unbox.
Ok, WAWA Perfect Winged Eyeliner ni ada dua belah. Maksudnya ada dua penutup. Setiap penutup tu, adalah berbeza.
Satu hujung eyeliner ni adalah normal macam eyeliner biasa yang kalian selalu beli tu.
Manakala hujung yang sebelah lagi, adalah bahagian untuk cop cop di birai mata tu. Memang dia ada label siap-siap belah mana eyeliner, belah mana winged stamp.
SR cuba cop dekat tangan, dia memang segitiga begitu aje. Kiranya, kalau nak pakai, kalian kena cop betul-betul dekat hujung mata yang kalian nak lukiskan wing. Agak-agaklah kedudukan dia ikut keselasaan dan kesesuaian. Jangan lupa check dulu wing dia menghala belah mana, karang terbalik pulak cop, dah satu kerja nak lap dulu.
Eyeliner ni waterproof tau, dan cepat kering. Lepas cop tu, kalau nak lap gitu-gitu aje dengan jari, dah tak boleh. Sebab dah kering. Haa kena checklah dulu ya, untuk elak buang masa kan.
Senang sangat nak pakai WAWA Perfect Winged Eyeliner ni. Lepas cop tu, ikutlah kalian nak tarik sampai atas kelopak mata ke, dekat penjuru saja ke. Terpulang. Mata kita kan, kitalah decide! Tak kan nak suruh King Charles III pulak decide!
Lepas beberapa minit, memang siap dan awesome sangat tekstur dia, ringan dan tak melekit, tak meleleh!
SR memang malas nak lukis kening ke, pakai eyeshadow ke... SR memang selalu pakai eyeliner seringkas itu sahaja. Lepas tu pakai blusher sikit, pakai lipstick sikit. Dah. Settle. Bila pakai eyeliner, naiklah seri sikit muka SR yang selalu masam dan kusam ni. Ahahah!
SR tarik sikit aje ke penjuru kelopak mata, tak beria tarik sampai atas pun. SR suka ringkas-ringkas aje.
Jadilah, mak orang nak bersiap kan. Lebih-lebih karang bapaknya kata nak mengorat siapa pulak. Kah kah...
WAWA Perfect Winged Eyeliner ini juga senang sangat nak remove. Pakai wet tissue aje, gosok perlahan-lahan, dah tanggal. Lepas tu boleh proceed guna any make up remover untuk buang foundation bagai tu, haa bolehlah ambil wudhu untuk solat.
Kalau tanya SR, SR suka sangat WAWA Perfect Winged Eyeliner ni. SR recommend kalian untuk beli dan cuba.
Boleh beli dekat seller ni, servis dia okey, dan ada free gift!
<<WAWA EYELINER>>
RM19.90 sahaja tau.
Apa lagi, belilah hehe...
😉
19 Comments
Mak student sy ada jual ni
ReplyDeleteSenanglah kalau nak beli kalau gitu ;)
DeleteMacam dah terpengaruh ni. Kita pun fail bab lukis eyeliner ni.
ReplyDeleteBeli jom!
DeleteBuat melukis sesuai tak? Eh? hahahaha
ReplyDeletedulu rajin gak pakai eyeliner, pas tu lama2 jadi malas plak... he he he.conteng eyeshadow je
ReplyDeleteeyeliner menyerikan mata
ReplyDeleteBolehlah cuba nanti mudah dan harga pun berpatutan.. ;)
ReplyDeleteWak tak mungkin terjebak
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣
Deletejelitternyer mak org 😅
ReplyDeleteBoleh cuba ni... 🌹🌹
ReplyDeletewowww, bestnya
ReplyDeletemudah sungguh nak guna
Terus nampak
ReplyDeletemata galak macam hindustan..
Saya tak reti nak make up..
Tapi tengok anak-anak pakat rajin make up..Boleh tunjuk kat depa ni terutama Adah
Kemas dan cantik nampaknya. Akak tak reti pakai eyeliner tapi practice make perfect kan sis
ReplyDeleteaduhhhh rasa nak beli sekarang jugak sebab senang sangat nak buat winged guna cop tu
ReplyDeletewaaaa helokk dan nampak kemas hasilnya!
ReplyDeleteterkenan, bila tekan link harganya untuk set A je available .. RM39++. Eyeliner semata dah xde agaknya.
ReplyDeleteTenkiu Ammi maklumkan, saya dah update link tu ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)