Cergaskan Otak Di Masa Lapang Word Search Game di Solitaire.Org

 Assalamualaikum wbt


Haa tajuk. Bukan main kan? Tapi pos ni memang berkaitan main pun. Main atas talian gittew. Kadang kan, bila dah tepu sangat buat kerja menghadap laptop / komputer dekat pejabat, SR memang boleh rasa yang otak SR hanged. Dia macam dah tak boleh nak berfikir, macam hanyut.

Ada masanya, SR rehatkan diri dengan tengok Netflix, ada masanya blogwalking, tapi sekarang ada pilihan yang boleh menggerakkan sel-sel otak jugak, iaitu main Word Search dekat Solitaire Dot Org. Leka dan rileks.


Interface pertama Solitaire.org

Kalau diikutkan, ada banyak lagi pilihan game di Solitaire Dot Org ni. Cuma SR memang suka main game yang jenis Word Game. Dulu zaman kena beli CD (pirate haha!) game zaman-zaman belajar dulu pun, SR selalu pilih game perkataan. Eh, kalau beli suratkhabar ke, majalah ke, ada Word Search, mesti nak try punyalah!

Apatah lagi ada yang online sekarang. Dah lah mudah nak cari, website dia ringan dan mudah loading, tak payah download, tak payah register, dan paling SR suka, dia tak ada iklan.

Heaven sungguh website macam ni gais. 

Selain Word Game, ada banyak jenis Solitaire, Card Game, Mahjong, Hidden Object, Match Game, Logic Puzzles... Banyak! Setiap kategori tu, ada beberapa jenis game lagi. Nanti masa kalian ke Solitaire Dot Org tu, interface pertama dia macam gambar atas ni. Tengk dekat tab hitam tu, hover cursor dekat kategori yang kalian nak cuba, nanti akan keluar nama gamenya.

Ha pilihlah nak main yang mana nanti.

Meh SR tunjuk sikit game Word Search yang SR suka tu.


Setiap sesi Word Search yang SR main, selalunya ada 25 perkataan yang kita kita cari. Perkataan dia bukan setakat melintang dan menegak, menyerong pun ada tau. Kadang kalau menegak dan melintang pun, dia eja songsang. Itu yang kena tajamkan mata dan susun strategi juga untuk main.

Memang hilanglah mengantuk, cair otak yang asalnya tepu tadi.



Masa SR tulis post ni, hari cuti dan SR di rumah. Ayu memang asyik mengacau SR. Haha. Itu yang sampai 14 minit juga masa diambil untuk selesaikan 25 perkataan tu. Kalau di pejabat, 5,6 minit dah selesai selalunya.

Lagipun di rumah kan, tak bolehlah nak terlalu fokus pada tablet. SR kan ibu mithali (kah kah!).

Alang-alang ni, SR nak tunjuk jugalah beberapa game lain yang selalu juga SR main di Solitaire Dot Org ni. Semestinya game Solitaire Klasik tu sendiri.



Solitaire ni nostalgik kan. Teringat dan terkenang zaman mula-mula dapat pegang mouse depan komputer yang skrin dia gemuk gedempol tu. Mouse pun ada roller lagi masa tu. Inilah game pertama yang SR main secara digital. Selain Minesweeper. Emak SR yang ajar cara mainnya. Kena susun kad tu ikut nombor, dan selang-seli warnanya.

Selain tu, SR juga ada main chess, Zuma Ball dan Wordoku di Solitaire Dot Org tu.






Banyaklah lagi. Nanti kalian check it out sendirilah ya!

Lepas tu kalau dah cuba, bagitahu SR tau. Hehe. Nak cuba kat mana? Haa sini, KLIK SINI. Itulah sahaja dari SR dulu. Selamat berhujung minggu semua! 

Post a Comment

4 Comments

  1. Dulu-dulu rajinlah juga main game di handphone. Sekarang dah naik malas. Tiada satu game pun dalam handphone saya.

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan games di laman ni. Free tanpa iklan pulak tu. Fiza ada jugak main bila rasa nak main. 🤭

    ReplyDelete
  3. berlambak-lambak macam pasar lambak!

    ReplyDelete
  4. Bestnya! Boleh lah try jgk nanti game dulu2 mmg best.. ;)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.