Assalamualaikum wbt
Amir masa berumur 2 hari |
Baru-baru ni SR ada tertengok satu video (SR dah lupa siapa pemiliknya) tentang anak sulung yang merajuk dan jauh hati sesudah dapat adik baru. Kesian dan sedih pula tengok muka anak kecil tu dalam video tu. Terasa sangat dia tengah sedih, dan pandang adik dia yang baru lahir tu sebagai pesaing. Terutamanya bila dia cuba nak cuit pipi adik, ada orang dewasa yang tepis.
SR pun bukanlah mahir dan pandai yang teramat dalam bab parenting ni. Tapi SR terus teringat pesan seorang rakan sekerja SR lebih kurang tahun lepas. Masa tu, SR dah sarat mengandungkan amir. Masa berborak-borak, SR ada menyatakan kerisauan SR. SR risau kalau adam tak boleh terima yang dia ada adik nanti (selepas amir lahir).
SR pun masa tu baru aje jadi emak orang dalam dua tahun. Mentah lagi. Sedikit sebanyak, kerisauan tu ada. SR risau juga kalau adam yang baru berumur 2 tahun lebih tu sedih dan merajuk bila dah ada adik. SR tak mahu dia tak suka adik dia.
Colleague SR tu pun bagi tips pada SR. Dia kata, dia pun pernah diberitahu oleh seseorang tentang tips untuk perkenalkan adik baru kepada anak. Dia dah cuba, alhamdulillah menjadi. Anak sulung dia terima kehadiran adik baru dengan sangat baik, malah jadi terlebih sayang pada adik tu.
Caranya begini jika menurut colleague SR tu.
Masa bawa anak yang baru lahir pulang ke rumah, atau masih di hospital pun, buat macam biasa. Jangan kita sebagai parents ni berlebih-lebih gembira dan teruja jika anak sulung (atau anak yang sedai ada) ada di tempat yang sama. Buat rilek, buat chill.
Kemudian, perlahan-lahan panggil anak sulung tadi, dan tunjukkan adik adia. Bagitahu dia, yang kawan dia dah sampai. Sebutkan nama adik dia sambil rapatkan anak sulung tadi mendekati kita. Kita peganglah bahu dia sama. Biarkan dia proses maklumat yang dia dah ada 'kawan' tu dulu.
Lepas tu, perlahan-lahan kita pegang tapak tangan anak sulung. Usap-usap dan ciumlah tapak tangan dia. Ciumlah pipi dan kepala dia juga. Bukti kita masih sangat sayang dia, sama seperti sebelum-sebelum ni juga. Anak-anak masih kecil, dia tak boleh kita nak suruh dia faham-faham sendiri yang kita sayang dia. Dia tak boleh fikir sampai ke situ. Kita kena tunjuk yang kita sayang dia, cakap yang kita sayang dia.
Ambil tangan si adik, letakkan atas tapak tangan anak sulung. Tangan adik yang lagi satu, kita genggam perlahan-lahan. Nanti anak sulung akan ikut apa kita buat. Kita cium tangan adik, dia pun akan buat. Kita cium dahi adik, dan pelawa dia cium sama.
Dia akan rasa 'included' dalam kasih sayang kita pada adik dia. Dia akan rasa diperlukan dan penting. Dia akan seronok dan sayang pada adik dia akan terbina sendiri tau.
Kemudian, masa awal-awal mereka 'berkenalan' tu, kita selalulah letakkan mereka tidur dan baring-baring bersama-sama. Pesan-pesanlah kata adik masih kecil, kita kena jaga adik. "Adam pun kena tolong mak jaga amir ya." Antara yang SR selalu pesan-pesan pada adam masa tu. Bila tidur sama-sama tu, kita wujudkan 'body contact' antara mereka. SR letakkan tangan adam atas amir je selalunya.
Kita pantaulah, jangan tinggalkan terus. Kalau tidur malam, kita asingkanlah. Risau juga takut si abang terkarate pulak si adik kan hahaha. SR pun masa tu selalu bodek-bodek adam suruh dia cium amir. Dia pun memang suka sangat cium adik dia. Adik tu tepuk-tepuk manja muka dia, lagilah dia suka.
Mula-mula memang malu-malu. Siapa aje yang tak malu bila jumpa orang baru kan? Lebih-lebih lagi orang yang sering kita bagitahu dia, ada dalam perut (rahim) kita. Tiba-tiba dah keluar, dah tergolek sama-sama atas tilam kan.
Adam malu-malu jumpa amir |
Nampaknya tips yang colleague SR tu bagi pada SR dulu berjayalah SR guna. Masa ayu lahir pun, SR amalkan tips yang sama. Alhamdulillah hubungan anak-anak okey. Ada jeles-jeles sikit tu biasalah, tapi keseluruhannya mesra dan saling menjaga. Harap sampai ke tua nanti hubungan diorang tu baik dan mesra. Masih menghargai kewujudan insan yang dipanggil adik-beradik. Semoga SR dan zaimi pun sentiasa diberi ilham dan kesabaran dalam membesarkan anak-anak. Sekarang adam dah preteen, dah lain pula cara parenting. Haha.
Chaiyok semua!
PS: Ini hanyalah perkongsian pengalaman SR, bukan nasihat professional. Harap tak ada yang gelar SR palatau. Huhu
Tq sharing..memang kne awas jgn tinggak berdua..takut dia tindih kang..pernh terjadi pada sepupu sy..Syukur cepat nmpk..Masa sy dpt anak no 2 anak sy mmg dari awal dh bgtau..dia mmg suka nak kawan..😊
BalasPadamsama lah cara kita..
BalasPadambagus pendekatan mcm tu, anak sulung tdk terasa terpinggir....
BalasPadambagussss..nasib SA xde experienced, haha....
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.