Lameila The Bund Multiple Face Pallete | Unbox

Assalamualaikum wbt


Okey, memandangkan banyak lagi alat make up yang SR beli dari TikTok tu yang SR belum buka (sebab sayang nak bukak!), jadi marilah buka satu hari ni. Pilih punya pilih, SR rasa hari ni SR nak unbox pembayang mata all in dengan pemerah pipi Lameila The Bund. Ha jom sapa nak ikut.

Kotak dia kecil saja, ada gambar bandaraya. Turut ada dalam kotak eyeshadow Lameila The Bund ini adalah sebatang berus eyeshadow yang kecil. SR selalunya memang tak guna terus berus kecil yang datang sekali dengan mana-mana eyeshadow pallet. Kecik sangat! Jari SR sudahlah sedikit bersaiz gajah asia, jadi tak berapa sedap nak pegang. SR akan guna berus make up lain.

Eh, melalut dah. Ha jom sambung unbox.


Ini belakang kotak dia. SR jujur cakap, SR tak faham. Jadi kalau ada sesiapa yang rajin nak terjemahkan, bolehlah letak di komen ya. Kalau ada bahan-bahan yang tak halal ke, bagitahu SR ya. Adalah juga risau sikit, sebab Lameila ni Made in China.

Instruction belakang pallet dia dalam English


Lameila The Bund Multiple Face Pallete ni ada 7 warna yang tak jauh sangat beza antara satu sama lain. Tak sama tau walau iras-iras. Dan fungsi dia pun ada beberapa.


Kiranya, multiple face pallet ni memudahkan pengguna kalau nak travel ke mana-mana. Setakat nak keluar dan bersolek ringkas-ringkas, bawa sahaja multiple face pallet ni. Lepas pakai foundation, calitlah contour kat tempat yang kita nak 'kecil' kan, macam nak meruncingkan pipi kan. Di tulang pipi, calit sikit highlighter bagi tampak segar dan berseri. Eyeshadow dan blusher, rasanya semua tahu mana nak calit!



SR pun jarang pakai eyeshadow sebenarnya, kalau pakai pun nipis-nipis dan hanya 1 warna. Tak berapa pandai nak gabung-gabung warna. Yang penting eyeliner! Hehe. Blusher pun SR selalu juga pakai, bagi nampak muda sikit haa... 😜

Jadi itulah sahaja unbox kita pada hari ini ya! Take care and stay safe di mana jua!

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau google lense dia translate macam ni ----> 49 26. E. -12.-. OPERA WATERSON CI 77019, CI 77491, CI 77492, CI 77007 C/70. CI 15850, CI 45410, CI 77891 Ciri-ciri Produk: Rasa berasaskan yuran, montok, tiga dimensi -kesan berkekalan, tidak mudah diterima. Serbuk atau minuman, kilauan halus, mata cerah, dan mendalamkan kesakitan, buat unit

    Lebih banyak Andian, orang Mingjin, zarah cahaya bintang tidak mudah jatuh. Ia meluncur ke atas dan muat dengan kemas, dengan kemuluran yang kuat. Cahaya cemerlang, perasaan tiga dimensi. Ciri-ciri Produk Siky licin warna sentuhan stemmo, kesan solekan hul tahan lama tidak mudah menanggalkan solek Kilauan tersirat halus Farinaceous boleh serta-merta mencerahkan mata dan mendalamkan outine, menjadikan solek mata ibu berdimensi pokok

    Ketat menawan staight parices tidak dikatakan jatuh Mekap smeeth dan licin

    Pencahayaan lembut yang terang dan kuat mekap besimen penggunaan produk. Pilih pembayang mata berwarna terang sebagai hit seperti: warna kegemaran:

    Uncle pun tak faham.... Hehehehe.

    Syaz! Jom tengok blog uncle!

    ReplyDelete
  2. main make up2 , cantik kalernya
    ciknur lg x pandai he hee dan tak penah pakai pun skrg cam malass dah tua2 ni

    ReplyDelete
  3. Mudah bawa satu ni saja setiap kali travel tak perlu bawa banyak2 kan SR.. ;)

    ReplyDelete
  4. sy pun suka kalau byk warna mcm ni... ada pilihan nk pakai yg mn dulu👍

    ReplyDelete
  5. nice..senang. bawak satu ni je.. color2 dia pun nice....

    ReplyDelete
  6. cantik natural warna eye shadow ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.