Assalamualaikum wbt
Ayu kalau ikut SR ke pejabat, mesti akan minta 'cukai' dari SR. Biasalah si kecik tu, pantang kalau ajak ke kedai. Ada aje benda yang mata dia nampak! Ada sekali tu, SR dan zaimi singgah selepas waktu lunch di Gedung Seri Minang yang di Gentam. Masa nak bayar, dia ternampak Marshmallow yang berbentuk watak-watak kartun popular ada dekat tepi.
Anda rasa? Ayu sudahlah memang peminat tegar marshmallow!
SR pula pernah belikan sekali dulu marshmallow watak kartun ni. Masa tu SR belikan ayu yang bentuk Winnie the Pooh. Kali ni, SR tanya sendiri pada ayu, dia nak yang mana. Sebab memang banyak pilihan. Ada Spiderman, Mickey Mouse dan banyak lagilah.
Marshmallow Watak Wonder Woman |
Ayu beria nak beli sebab selain dia peminat marshmallow, dia juga pantang tengok benda comel-comel macam ni. Kiranya, kalau ada ibu bapa yang tengah cari idea nak beli goodies untuk majlis hari jadi anak dekat sekolah, atau nak sambut dekat rumah, sesuai juga jadikan marshmallow watak kartun ni sebagai hadiah untuk diberi pada kawan-kawan anak.
Bukan selalu kan? Anak-anak mesti seronok dapat hadiah comel macam ni. Boleh gantikan tam tam yang kita selalu masukkan dalam goodie bag tu kan. Eheheh.
Marshmallow comel untuk hadiah majlis hari jadi |
Kalau nak beli untuk belanja anak-anak saja-saja macam SR pun boleh. Kita pun boleh tumpang gigit dan makan sekali. Sebab nak beli sendiri punya, SR tak makan mana marshmallow ni. Tumpang ayu punya ajelah!
Rasa dia memang sedap. SR tak buat paid review eh! Cumanya nak bagitau yang rasa dia sedap tau. Kadang ada marshmallow ayu beli, rasa dia hambar. Kenyal aje lebih. Yang jenis Tsum Tsum ni, rasa dia okey. Manis.
Tak bolehlah belikan selalu dekat ayu. Sekali sekala bolehlah. Ada ke reader SR yang suka makan marshmallow macam ayu?
WW ni tak macam muka gal gadot pun?
BalasPadamHahaha!
Padamcomel..mmg menarik perhatian...
BalasPadam#theimans pn suka marshmallow tp sy selalu belikan yg jenis spiral tu je.. yg comel2 mcm ni mcm jarang jumpa kt sini
BalasPadamselalu juga nampak di kaunter pasaraya..tangan ni gatal je nak ambik bayar, tapi sedar diri la..dah tua
BalasPadamiyer. sekarang ni mcm2 & comei2 je kan
BalasPadamsesekali..ok jer
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.