Pengalaman Pertama Kali Order Bingsu di Perfect Ice

Assalamualaikum wbt


Sebaik saja kami balik dari kenduri kahwin di D'Tempat Country Club Sendayan pada Sabtu lepas, SR ajak zaimi bawa anak-anak ke Aeon Seremban 2. Adalah pergi cari barang sikit. Jadi, lepas dah selesai membeli apa yang dihajatkan, anak-anak pun dah kepenatan. SR cadangkan untuk makan aiskrim. Semua setuju. Jadi, kami pilih untuk cuma beli dari kiosk Kafe Perfect Ice. Milkshake Specialist katanya. Sejujurnya memang kami tak pernah beli dari Perfect Ice sebelum ni, jadi ini adalah pengalaman pertama SR beli sesuatu dari sini.

Kalau di Aeon Seremban 2 ni, Perfect Ice ni berada di aras 2, tengah-tengah. Bersebelahan dengan kiosk Illao Illao dan Famous Amous. Ayu seperti biasa, dia paling teruja kalau nak beli benda-benda manis ni. SR suruh zaimi yang orderlah senang, sebab dia yang nak belanja. Hehe...



Tapi hendak dijadikan cerita, masa kami datang order tu, pekerja dia ada seorang aje. Walaupun tak ramai yang beratur, tapi boleh tahan lambat juga kami menunggu. SR tanya zaimi, dia order aiskrim apa?

Zaimi kata dia tak order aiskrim, tapi dia order Bingsu. Nak cuba rasa bingsu pula. Apa itu Bingsu?

Bingsu, sometimes written as bingsoo, is a milk-based Korean shaved ice dessert with sweet toppings that may include chopped fruit, condensed milk, fruit syrup, and red beans.
Kalau tengok dari gambar di kiosk tu, memang boleh nampak ilustrasi dia seperti ais kacang. Lebih kuranglah rupa dia. 


Ada empat perisa Bingsu di Perfect Ice

Jadi sementara (yang lamaaaa gila punya sementara) tu, SR pun tinjau-tinjaulah apa yang ada di kiosk Perfect Ice tu. Menunggu lambat pun tak kisah sangat sebab kami pun tak rush nak ke mana-mana. Nak balik rumah saja. 

SR tengok menu dia ada jual Bingsu, Aiskrim, Milkshake dan juga Croffle (Waffle tapi special). Harga dia memang sesuailah dengan bajet 'makan menu istimewa' buat keluarga SR. Maksudnya, keluarga SR akan anggap makanan dengan harga begini sebagai makanan sekali-sekala untuk reward diri ke apa ke. Untuk beli selalu, macam di luar kemampuan kami.


Croffle

Topping untuk Bingsu, Aiskrim, Croffle

Bila kita menunggu lama, kita mula stress kan. Bertambah stress bila tak nampak pun staf tu buat sebarang aktiviti kisar ais. Nampak dia tengah mengisahkan croffle. Tak apalah, kami terus duduk-duduk lagi sambil berborak-borak. Nasib baik ada meja disediakan di tepi kiosk Perfect Ice tu.


Tak lama selepas tu, staf tu datang hulurkan sekotak Croffle. Kami macam terpinga-pinga jugalah, sebab kami order tu Bingsu. Alkisah... Berlaku salah faham rupanya masa order.

Zaimi order 3 bingsu, 1 strawberry, 2 cokelat. Staf tu buat 3 croffles, 1 strawberry, 2 cokelat. Padanlah nampak dia mengisahkan croffle aje dari tadi. ENtaH SiaPa yaNg SaLAh ku tAk TAhu... 😅

Dahlah kena menunggu lagi staf tu tukar buat bingsu pulak. Tak apalah, dah nasib. Nasib baik boleh tukar pada apa yang kami order.

Strawberry Bingsu

Menunggulah lagi. Lama jugalah. Sebab setiap bingsu tu, dia memerlukan masa untuk dibuat. Dia kisar ais tu secara satu persatu. Nasib baiklah kami order 3 bingsu sahaja. Kalau order 30? Tak tahulah kot dia ada mesin lain yang boleh buat banyak dan cepat, tapi masa kami menunggu 3 bingsu tu memang sampai mengantuk SR.

Yang amir makan dalam gambar atas tu bingsu strawberry. Topping tu SR yang pilih, letak Fruity Rainbow Jelly. Nampak tak apa yang buat SR terus seriau dan berdebar-debar?

Ya, bentuk cup dia. Cup dia tak ada tapak. Lebar dan berat di bahagian atas, manakala belah bawah dia semakin  menirus. 

 

Dan apa yang SR takutkan, berlaku memang tak lama selepas tu. Habis terbalik bingsu amir atas meja. Memang dah agak, memang tak logik betul cup dia macam tu. Rugi. Sudahlah menunggu punyalah lama. Tak pasal-pasal kami kena lap pula meja tu dengan perasaan ralat sebab kesian pada amir. Tinggallah separuh aje bingsu dia dalam cup.

Amir mengenang nasib


Dapat saja cup ketiga, kami terus gerak pergi ke kereta. Adam bawa sendiri cup dia yang masih ada isi, amir pula dah habiskan bersama zaimi. SR tolong bawakan bingsu ayu. Sepanjang SR bawa cup bingsu ayu ke kereta, SR terus terfikir yang agaknya design cup tu untuk on the go. Senang orang nak pegang. Tak sesuai makan dengan letakkan cup tu atas meja macam amir tadi.

Agaknyalah tu. 

Berkenaan rasa pula, bingsu ni sedap. Rasa macam susu berperisa yang kita beli dalam kotak tu. Cuma dalam bentuk ais kisar dan ada topping. Tak manis sangat, just nice. 

Adakah akan repeat? Tengoklah macam mana. Susah nak cakap. 

Satu, sebab tempoh menunggu lama. SR tengok kalau beli aiskrim di Illao illao tu, bukan main laju lagi barisannya bergerak. Mungkin SR akan order aiskrim atau milkshake pula nanti. Sebab tak rasa lagi kan. Dan kena pastikan apa yang diorder dengan apa yang sampai adalah benda yang sama 😂

Itu ajelah pengalaman pertama kami order bingsu di Perfect Ice. Kalian cubalah pula, pastikan pegang cup dia betul-betul ok!

Post a Comment

8 Comments

  1. wah...ada kiosk baru kat aeon..jarang ke aeon ni, sbb adventure betul bab parking tu

    ReplyDelete
  2. Betullah, SR.. dia tak boleh letak atas meja cam tu. Tapi dorang sediakan meja pulak, kalau tak ada meja tu, taklah kita letak cup tu atas meja, kan. Entah berapa orang yang dah tumbnag cup kat situ.

    ReplyDelete
  3. Kesian Amir.. nmpk muka sedih dia tu..
    mcm x sesua cup stand dia tu..kecik sngt.. mesti ramai dh kene mcm tu

    ReplyDelete
  4. Olololo.... sabo Mir, sabo....

    ReplyDelete
  5. adudu sedapnya biingsu tu, croffle pun sedap2 gak tu

    ReplyDelete
  6. Aiseh macam tu rupanya. Ala kesian pulak bingsu tumpah. Maybe meja tu untuk orang duduk makan croffle je. OK dah take note

    ReplyDelete
  7. bila kali terakhir ammi ke Aeon S2 ni ntah? Before PKP maybe.

    ReplyDelete
  8. kesiannya amir. mungkin untuk kita pegang dengan selesa. patutnya staff tu bagitau la sebab kita bukannya tahu dia nak serve macam mana. menu sedap tapi tak mesra pelanggan.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.