Servis Baiki Sofa Terbaik di Kuala Lumpur

 

Baiki sofa harga berpatutan

Adakah anda mencari servis baiki sofa di Kuala Lumpur atau Selangor yang terbaik? Perabot rumah seperti sofa haruslah dibaiki jika terdapat kerosakkan kerana sofa adalah perabot penting di ruang tamu untuk keselesaan sekeluarga.

Kenapa Anda Harus Pilih Servis Baiki Sofa Oleh Top Sofa Repair:

● Fabrik Menarik  Moden

Syarikat ini mempunyai pelbagai jenis kain fabrik sofa yang menarik untuk anda. Pilihlah corak dan warna fabrik sofa yang digemari oleh keluarga anda yang sesuai dengan tema rumah atau bilik.

● Harga Berpatutan

Jika anda sedang mencari servis baiki sofa di Shah Alam dengan harga yang berpatutan, anda telah datang ke tempat yang betul. Anda akan mendapat kualiti servis baikpulih sofa lama yang terbaik di Lembah Klang dengan harga yang dijamin murah.

● Pelbagai Jenis Bahan Sofa Berkualiti

Syarikat ini mempunyai pelbagai jenis bahan sofa yang berkualiti. Anda boleh memilih dari kain fabrik, kulit, kulit buatan, dan PVC yang terdapat dalam warna yang berlainan. Anda juga boleh menukar bahan dalaman (foam) sofa supaya ianya adalah lebih selesa apabila tetamu duduk di sofa rumah anda.

● Servis Pickup dan Drop-Off

Jika anda tiada masa ataupun kenderaan besar untuk menghantar sofa ke kedai untuk diupholsteri, syarikat ini ada menawarkan servis pickup sofa dari rumah anda. Selepas membaiki sofa anda, mereka akan menghantar sofa itu terus ke rumah anda. Dengan ini, anda dapat menjimatkan masa dari ulang alik ke kedai sofa.

● Guna Semula Perabot Lama

Gunakanlah semula perabot rumah yang lama supaya anda tidak perlu membazirkan duit untuk membeli perabot yang baru. Set perabot yang baru biasanya berharga ribu-ribu ringgit. Harga untuk servis baiki perabot selalunya adalah lebih murah daripada itu.

Pasukan profesional mempunyai pengalaman bertahun-tahun

Servis Yang Ditawarkan Oleh Top Sofa Repair Termasuk:

● Baiki Sofa

Pasukan profesional mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kerja membaiki sofa dengan kerja tangan yang halus dan kemas. Mereka dapat membaiki sofa lama yang rosak seperti spring atau foam sofa dengan cekap.

● Baiki Perabot

Mereka juga menawarkan servis baiki perabot seperti rangka katil kayu dan perabot kayu yang lain. Jika anda mempunyai perabot yang lama dan nak buang, hubungilah mereka dahulu untuk berbincang jika perabot lama tersebut dapat dibaiki dan digunakan semula supaya anda tidak perlu membeli perabot baru.

● Baiki Kerusi

Syarikat ini juga mempunyai servis membaiki kerusi seperti kerusi ofis, kerusi gaming dan kerusi meja makan. Jika anda masih mencari servis baiki sofa yang terbaik di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, hubungilah pasukan Top Sofa Repair melalui e-mel ataupun telefon untuk mendapatkan sebut harga percuma untuk mendapatkan wajah baru untuk sofa anda.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kami pernah baiki sofa lama yang hampir dibuang. Setelah berwajah baru, lebih cantiklah pula dipandang!
    Selamat berpuasa buat Syaz sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Kat jdt ni banyak sofa yang rosak kena banjir.

    ReplyDelete
  3. ada satu sofa kt rumah teringin nak baiki tapi jenis yang bangku tu... nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg menarik .sesiapa yg nk baiki sofa boleh laa contact diorangkan . Yg mana boleh diperbaiki...jimat sikit dari beli baru

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.