Cara Main Kutu Dengan Diri Sendiri Guna Maybank2u

Assalamualaikum wbt


Mesti ada yang pernah dengar kan, kalau simpan duit sendiri ni susah sikit, tapi kalau main kutu, dapatlah menyimpan. Jadi pada waktu nak guna duit dalam jumlah yang banyak dari biasa tu, duit tu dah ada. Selalu orang main kutu, akan minta giliran dia pada waktu yang dia perlu nak guna duit tu.

SR tak kata orang, SR ambil contoh diri sendiri aje. Tapi, main kutu ni, ada akad. Seterusnya, kena ada circle yang kita betul-betul percayai. Buatnya ada yang kelepet, dah jenuh. Paling utama, yang menyebabkan SR berubah sikit demi sikit dari main kutu dengan orang ni adalah, kalau turn kita awal, kita jadi berhutang.

Ya. Contoh, kita main kutu 12 bulan. Giliran kita bulan pertama, jadi ada 11 bulan kita kena bayar hutang. Boleh saja anggap macam bayar ansur-ansur, tapi ianya tetap hutang.

Bila dah makin berusia ni, SR macam nak kurang-kurangkan hutang. Cukuplah hutang dengan bank kan. SR tak kata main kutu dengan manusia lain tu tak elok, atau tak bagus ke apa. SR tak layak pun nak ulas, cuma SR nak kongsikan 1 alternatif lain yang kita masih boleh kumpul duit, dan guna pada waktu yang kita aim. Tanpa libatkan duit orang lain, serta kita tak hutang orang.

Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Create Goal di Maybank2U.

Pada yang ada akaun simpanan Maybank, dan yang dah daftar Maybank2U, boleh sahaja log in macam biasa. SR suka guna desktop mode sebab lagi jelas nampaknya. Guna phone, macam tak puas mata SR memandang.

Selepas log in, dah nampak bahagian home yang biasa tu, turun sahaja ke bawah sikit. Nanti nampaklah simbol seperti di bawah ni 👇


Ada tulis Create Goal +. Klik aje dekat situ untuk memulakan perjalanan main kutu dengan diri sendiri! Hehe... Atau bahasa yang lebih tepat, untuk menyimpan mengikut target kita sendiri.

Dia bukanlah macam kau nak guna duit hari ni, kau create harini. Tak. Itu kena buat loan. Create Goal ini konsepnya, kita simpan duit sikit-sikit sampai tercapai matlamat. Selalunya kita mesti tahu kita nak guna banyak mana, dan bila nak guna kan. Jadi dari situ kita tahu, kita boleh rancang masa nak mula, dan berapa nak tolak dari pendapatan kita setiap bulan.


Okey, selepas klik Create Goal tu tadi.
Dia akan keluar macam dekat gambar di atas. 

Jadi kita pun boleh pilih kita nak menyimpan tu untuk apa.
Rumah ke, deposit kereta ke.. apa-apa ajelah. Pilihan tu tak akan effect apa-apa pun.


SR pilih untuk roadtax.
Roadtax dan insurans kereta SR akan tamat bulan 12, jumlah dalam RM800-900 kot. Tak ingat. Haha! Jadi, SRletaklah amount dalam lingkungan tu. Tak cukup nanti kita tambah-tambahlah.


Lepas tu, kita isilah details seperti mana yang kita nak.
Nak potong berapa, nak target berapa...



Lepas tu boleh proceed dan masukkan TAC number untuk pengesahan.
Selepas confirm, dia akan  tulis succesful, dan bolehlah kita nampak dah ada goals kita di muka hadapan sekali Maybank2u kita gais.




Tiga titik melintang tu boleh klik. Dekat situ boleh tengok semula details goal, boleh top up jumlah dan boleh remove goal.

Adakah Create Goal ni kena main dengan jumlah ratus-ratus dan ribu-ribu sahaja?

Jawapannya tidak!

Nak Create Goal, tolak ringgit-ringgit sahaja pun boleh!

Sebagai contoh, SR saja Create Goal nak beli Tudung Ariani hahaha!



Haa SR buatlah potongan RM9 sebulan, sampailah cukup RM99. Dapatlah SR beli tudung Ariani sehelai. Kah kah kah! 


Sekarang bila buka Maybank2u, terus nampak ada dua goals SR. 
Senang kan? 

Tahun ni, SR masih ada lagi main kutu dengan kawan-kawan. Mungkin mulai tahun depan, SR akan gunakan Create Goal ni sahaja. Lebih mudah dan SR tak perlu risau lagi kot-kot terguna duit yang sepatutnya dikutukan ke apa ke.

Itulah sahaja perkongsian SR!
Semoga bermanfaat!

Post a Comment

11 Comments

  1. Saya guna konsep tabung ini M2u juga. Memang berguna sebab ni dikira simpanan paksa.

    Jemput Singgah :Cara Solat Sunat Witir

    ReplyDelete
  2. Kita kurang gemar main kutu tapi create goal m2u ni menarik sebab tak melibatkan orang lain.

    ReplyDelete
  3. Uncle kalau dengan diri sendiri tu namanya mati kutu! uhuk!

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba ni SR kwn2 pejabat ada yg buat cara ni ibu ni je tertinggal bas. ;)

    ReplyDelete
  5. dh lama wak x main kutu kat opis dulu2., huhu

    ReplyDelete
  6. SA pun ada buat...tapi untuk roadtax dn jugak tabung kahwen..hehehe...5 bulan lagi uiii...risau

    ReplyDelete
  7. SR, kite mmg selalu jugak buat goals kt maybank tu...tp sebab nya main sendri kan...bila hujung bulan, dah mencari2 duit yg ad..habis goals tu kita remove...hahaha...tu yg mmg prefer gak kutu...tp risau jugak kalau ad terjadi benda2 yang tak diingini kan...

    ReplyDelete
  8. tapi lepas cukup masa 10bulan kalau kita tak ambil atau guna duit tu, dia akan masuk dalam akaun biasa semula. Sebab adik akak pernah buat cara ini dulu tapi bila dah sampai tarikh ditetapkan dia tak ambil duit tu sebab ingat nak simpan lama lagi tp rupanya dia masukkan semula dalam akuan biasa.

    ReplyDelete
  9. MA selalu gak buat mcm ni..memang sgt membantu

    ReplyDelete
  10. menarik. boleh buat tabung travel, tabung kahwin. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Sekarang main kutu ngn kawan2 tempat kerja . Kejap lagi nak godek2 laa maybank ni .tgk cara tu macam mudah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.