Assalamualaikum wbt
#throwback
Area BBQ |
Sedar tak sedar, hari ini dah genap seminggu arwah nenek SR pergi meninggalkan kami semua. Kadang-kadang SR masih terasa macam yang semua ini hanyalah mimpi. Semoga nenek tenang di alam sana. SR rindu sangat. Tapi apalah daya kita nak menghalang semua itu berlaku...
Kalau ada yang perasan, SR banyak up post yang bukan berbentuk penceritaan kisah peribadi. Ya, kalau diikutkan, itulah niche blog SR ni. Blog personal.
Tapi SR tak larat, tak ada idea dan tak rasa nak berkongsi sangat lagi tentang cerita berkenaan pengalaman hidup dan sebagainya yang jatuh bawah kategori peribadi.
Nantilah.
Biar SR pulih sedikit.
Terima kasih pada yang masih mengunjungi blog SR. Oh ya, SR geram pula pada widget top commentator tu. Rosak ke? SR tengok di blog orang lain pun dia macam tak betul. Harap-harap nanti dia okeylah balik.
Untuk post kali ni, SR nak share gambar yang sempat SR tangkap semasa menginap di Mawar Villa pada malam pengebumian nenek SR tu. Alang SR yang tempahkan bilik-bilik dalam ni untuk kami memandangkan ramai kan. Tak muat semua nak duduk di rumah yang emak abah SR duduk tu.
Lokasi Mawar Villa ni sangat dekat dengan laut. Harga cuma RM80 untuk 1 malam. SR tak menikmati sangat, tengok-tengok gitu aje masa tu.
Apa yang SR boleh katakan, Mawar Villa ni okeylah kalau nak bermalam. Tapi jangan expect lebih.
Kolam renang |
Ada kolam renang, ada ruangan bbq, ada juga kawasan untuk buat aktiviti family day. Keluar pagar sikit, dah boleh mandi laut.
Area untuk aktiviti |
Amir tak ikut SR ronda-ronda dengan adam dan ayu, masa tu dia mengantuk.
Oh ya, blog SR akan jadi rojaklah buat sementara waktu ni. Layan aje lah ya? Sekejap share sedih, sekejap doa, sekejap review movie...
SR memang ikut dan aje buat masa ni. Asalkan update. Tak update, sayang pulak.
Itu sahajalah, take care semua.
Selamat mengejar pahala ibadah di malam-malam terakhir ramadan 1444H ni!
Keyword: Penginapan Pantai Batu Hitam, Mawar Villa Kuantan, Homestay keluarga di Kuantan, Pengalaman peribadi di Mawar Villa, Kolam renang Mawar Villa, Area BBQ Pantai Batu Hitam, Cerita kehilangan dan penghiburan, Pantai Batu Hitam homestay murah, Villa berdekatan laut di Kuantan, Penginapan berharga rendah di Kuantan
cantik tempatnya but tgh sedih kan..fahama faham... takpe syaz, take ur time....
BalasPadamtake care juga SR...its ok take your time
BalasPadamcomelnya! Macam pondok2
BalasPadamFaham kak
BalasPadamSalam takziah ya SR.
BalasPadamwidget saya pun problem. Al-fatihah untuk arwah nenek SR.
BalasPadamsalam takziah ye SR.. Arwah orang sungai karang ke?
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.