Murtabak Tersedap di Wakaf Bharu, Kelantan

Assalamualaikum wbt


Dekat kampung zaimi di Wakaf Bharu ni kan, ada 1 stall murtabak yang kami sangat suka. Namanya Chef Murtabak, terletak berhampiran dengan Taman Mimi.
Tiap kali balik ke Kelantan, memang SR harapkan stall tu bukak. Bila dia buka, SR akan bodek zaimi suruh beli.

Zaimi tak beli 2, 3 keping gais. Tiap kali beli, mesti 20 keping 😂

Haa makanlah sampai sebu perut! Sebabnya sedap, tak cukup makan sikit-sikit sorang. Kebetulan raya ni, semua adik-beradik dia ada, ipar duai biras semua ada. Jadi zaimi belilah banyak, semua dapat pakat makan sampai puas.


Yang dalam pinggan di atas tu, baru potong 3 keping. Semua tu SR dengan zaimi je makan berdua 😆

Dekat area meja makan pula ada TV. Kami kayuh murtabak tu sambil tengok tv, sedar-sedar habis.


Yang tambah kesedapan murtabak tu adalah kuah cuka merah jambu dia ni. Di sini, murtabak dia bukan berintikan kentang. Mungkin sebab tu SR fav sangat. Sebab SR tak berapa suka murtabak isi kentang kari tu. SR suka murtabak isi daging cincang dan bawang. 


Di stall Chef Murtabak tu pun ada juga dijual Roti John. Zaimi beli 1. SR rasalah sepotong. Rasanya standard aje, tak ada wow effect macam murtabak dia. 😊🫰

 Sesiapa berkesempatan ke Wakaf Bharu ni, bolehlah try murtabak ni 😘

Post a Comment

3 Comments

  1. tengok gambar aje dah terliur. memang sedap gayanya ni

    ReplyDelete
  2. Kedai ni tepi jalan, ye? Lain kali, boleh cuba. 😊

    ReplyDelete
  3. Sek Kito Jange Pecoh!

    En. Zaimi mesti suka band nama No Good kan?

    https://youtu.be/Ym8nmdXWqLQ

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.