Assalamualaikum wbt
Bila ya SR beli minuman yogurt berperisa kiwi dan avocado ni? Alamak SR pun dah tak ingat tarikh sebenar-benarnya, tiba-tiba jumpa gambar dalam galeri telefon aje.
Tapi SR masih lagi ingat rasanya yang sedap.
Sebab sedaplah SR tangkap gambar ni, konon nak review di blog.
Tapi dah macam-macam mengganggu SR sejak kebelakangan ni, maka SR pun tak teringat sampailah ke hari ni. Ya gais, SR macam dah hilang semangat nak update blog kerap-kerap dan menulis tulus dari hati.
Lebih-lebih lagi sejak nenek SR meninggal dunia bulan lepas.
Mungkin SR perlukan masa.
Siapa ada terjumpa, dan rasa nak cuba, cubalah. Sedap juga tau. Bagi SR rasa dia kena dalam segala serbi. Dan bagus minum probiotik ni.
Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita. - Harian Metro
Okey gais, take care!
9 Comments
Nampak sedap...
ReplyDeleteSalam takziah atas pemergian nenda tercinta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosanya dan diterima amal ibadahnya, ameen YRA 🤲🏻
berkhasiat dan sedap!
ReplyDeleteSA kalau ada masalah perut angin dan x selelsa memang minum Befine ni...SA suka yang passion fruit tu, botol orange...sesekali memang bagus minum probiotic ni..
ReplyDeleteBolehlah cuba try cari nanti
ReplyDeleteMinuman berkhasiat sedap tu
ReplyDeletesaya lebih suka yogurt yang asli....boleh juga nak cuba jenis ini
ReplyDeletenak try tapi tekak tak boleh terima minuman yogurt ni haha
ReplyDeleteOOoo... probiotik pun ada dalam bentuk minuman eh?
ReplyDeleteokey nanti terjumpa nak try jugak...kiwi buah favourite sis..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)