Assalamualaikum wbt
#throwback
Hari ni SR nak throwback cerita masa kami lima beranak pergi ke Nabila Agro Farm, Seremban. Kisah ni dah lama, ada SR buat teaser lah konon, tapi peram punya peram sampai jadi malas. Kebetulan awal-awal peram hari tu, nenek SR meninggal dunia. Memang hilang mood. Lepas tu dah sibuk nak ke Jepun. Lepas balik dari Jepun, dah mengisahkan kerja penting pula. Bersawanglah draf ni. Haha! Haa marilah SR tulis sekadar yang SR ingat.
Asalnya, pagi tu kami berlima keluar untuk bersarapan di Ishak Maju sebelah Mydin Senawang. Berborak macam biasa saja. Tetiba termasuk cerita yang amir pernah ikuti lawatan tadika dia beberapa tahun lepas ke Nabila Agro Farm. Bila dah bercerita tu, adam dan ayu pun sibuklah kata nak pergi juga.
Kalau dari Senawang, lokasi Nabila Agro Farm tu dekat sahaja, dalam 15 ke 20 minit menaiki kereta. Terletak pula di tepi jalan besar, tidak jauh nak sampai ke kawasan parkir dia pun.
Jadi, spontan sajalah kami ke sana selepas selesai sarapan.
Masuk ke Nabila Agro Farm ini percuma. Tapi, ada tiket yang perlu dibayar untuk benda yang kita mahu, contohnya untuk ride, masuk petting zoo, memanah dan tunggang ATV.
Harga tiket dia ada pakej-pakej juga, tapi SR dah lupa. Yang SR ingat, harganya tak mahal pun. Biasa-biasa aje. Maka kita perahlah duit zaimi kan. Kih kih...
Mula-mula, kami naik tram dulu untuk pusing-pusing dan melihat kawasan Nabila Agro Farm ni dulu. Kami dapat 1 gerabak yang tak perlu kongsi dengan orang lain.
Tram dia gerak tak laju sangat, just nice lah kot. Dapatlah menikmati pemandangan. Cantik ke pemandangan? Bolehlah... dari tak ada. Perjalanan tram di Nabila Agro Farm ni berlangsung dalam 20 minit lebih kurang. Naik di stesyen dia di tepi tempat makan tu, dah habis pun turun di situ semula.
Turun dari tram ride, kami pergi ke Petting Zoo pula. Peting Zoo ni dalam kawasan berpagar yang kena ada tiket. Masa beli tiket, nanti dapat sekali makanan haiwan. Kiranya dapatlah bagi haiwan-haiwan makan.
Antara haiwan yang pengunjung boleh bagi makan adalah arnab, kambing, burung unta dan kura-kura. Pandai kan management. Dia caj kita sambil suruh kita yang bagi haiwan dia makan. Hahaha bijak!
Ada juga haiwan-haiwan lain yang dalam kandang di luar petting zoo tu. Tapi tak banyak sangat. Ada landak, rusa, ayam dan itik. Sesuailah untuk budak-budak bandar merasai suasana kampung. Kalau budak kampung, mesti akan rasa biasa aje kot dengan suasana dalam ni sebab hari-hari boleh menikmati kan.
Selesai aje tengok haiwan di petting zoo, tibalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh amir! Sebab amir tak suka haiwan sangat, tak macam adam dan ayu. Jadi dia tak terhibur sangat dalam petting zoo. Tapi, dia memang nak sangat ke lapang sasar memanah di Nabila Agro Farm ni. Masa lawatan dia dulu, dia dah cuba. Jadi dia nak repeatlah.
Teruslah ke pondok kelengkapan untuk ambil busur dan panah. Ada dua saiz. Kalau kanak-kanak, kecil sahaja busur dan anak panahnya. Untuk dewasa, guna yang normal. Agaknyalah, SR pun tak reti sangat berkenaan panah ni.
Sasaran |
Excited sungguh abang-abang dapat peluang memanah. Tak kira dah hari panas ke tidak. Yang penting diorang nak jugak memanah. Haa ambiklah!
Ayu kecil lagi, jadi zaimi kata ayu tak perlulah memanah tu. Muka memang masam dan sedihlah. Tapi redha aje dia duduk tengok dari tepi.
Sukalah amir tu! |
Staf yang jaga bahagian memanah ni bagus sangat. Dia siap ajar dan guide adam dan amir ketika memanah tu. 1 tiket tu dapat 10 anak panah, kalau tak silap SR. Tapi adam dan amir, yang kena sasaran dalam 2, 3 batang, yang lain tersasar jauh dari sasaran di lapang sasar ni! Hehe... Yang penting pengalaman dapat.
Habis kesemua anak panah, kami bergerak ke tempat tunggang kuda pula. Ayu beria-ia nak naik kuda. Sebab dia kan marah dia tak dapat memanah. Alkisah, bila sampai sahaja dekat kuda, dah duduk dah atas kuda, dia tak nak.
Tiba-tiba gayat. Kejung dan muka dan macam nak meraung. Zaimi terus dukung ayu turun dari pelana. Suruh amir naik. Lagilah jangan harap. Amir lagilah takut haiwan 😂
Penyudahnya, adamlah jugak yang naik kuda tu. Amir berdiri dekat tepi sahaja meneman abang dia. SR, zaimi dan ayu duduk dan tunggu di bawah khemah. Badan masing-masing dah berpuluh tahap maksimum dah. Ayu rambut dia dah basah dengan peluh masa tu.
Selesai adam naik kuda, kami duduk minum di kedai makan dia. SR beli buah potong juga untuk makan. Nak makan yang berat-berat, sarapan tadi pun masih terasa kenyang lagi.
Ayu seperti biasalah, mesti nak pow ayah dia. Ayah pun kalau dengan ayu, memang cair. Budak tu minta nak beli belon, dia belikan. SR terkejut bila tahu harga belon tu lebih dari RM1! Belon je kot! Tempat lain kadang bagi free aje.
Tapi dah anak dara dia mintak, ada dia kisah? Senyum sampai ke telingalah si kecik tu. Berbulu aje abang-abang menengok.
Habis minum, nak gerak balik rumah dah. Tapi tiba-tiba....
Abang-abang nak naik ATV pulak.
Aduss.
Serba salah dibuatnya. Tapi dah alang-alang nak luangkan masa kualiti dengan anak-anak, zaimi dan SR belikanlah juga tiket ATV. Kami ambil 2 ATV. Plan nak adam dan amir naik ATV kecil, tapi habis orang lain dah guna. Malas nak tunggu, ambil yang besar terus.
Zaimi, ayu dan amir 1 ATV.
SR dan adam 1 ATV.
Apa lagi, vrooommmm!
Seronok betul anak-anak dapat naik ATV tu ronda-ronda dalam kebun kelapa Nabila Agro Farm tu. Anak-anak happy, SR dan zaimi pun happy. SR boleh bagi rating 6/10 untuk Nabila Agro Farm. Kalau mantapkan toilet, banyakkan pemandangan cantik, dan sediakan port / booth bergambar, lagi best!
Anyway, Alhamdulillah syukur, dapat cipta core memory dengan anak-anak. Insyaallah.
Lepas ni nak berjalan ke mana pulak ya? Ada cadangan tak tempat menarik untuk bawa anak-anak pergi tempat yang ada aktiviti outdoor macam ni di sekitar Selangor? Nak merentas ke Selangor atau KL pula lah lepas ni. Kalau ada cadangan atau link pengalaman ke, share dengan SR ya!
Nice sharing!
BalasPadambest jugak macam-macam ada kat sini..tak pernah naik kuda, teringin jugak..tapi takut kene tendang hahahah
BalasPadamLandak tu boleh petting tak?
BalasPadamnampak menarik juga ni, banyak yang boleh di explore
BalasPadamTeringat first time jumpa bakal anak tiri bawak ke sini gak...
BalasPadamUntung kan buat petting zoo. Masuk bayar lain, bagi makan bayar lain 😄
BalasPadamSyoknya naik ATV, belum pernah mencuba. Teringin jugak.
Perlu perbanyakkan lagi blog sebegini. Pergi ke tempat2 menarik sekitar selangor. Negeri sembilan takde apa sangat
BalasPadamI had an amazing time at Farm in Seremban, Negeri Sembilan! It's like exploring a big library with tons of different books, just like google scholar research topics in marketing. At the farm, there's so much to learn about plants and farming, kind of like how marketing research covers lots of different things, from why people buy stuff to new ideas.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.