Kelebihan Memaafkan Orang Lain

 

Sebuah hadith Nabi SAW, daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, katanya:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمْ أَعْفُو عَنِ الْخَادِمِ، فَصَمَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمْ أَعْفُو عَنِ الْخَادِمِ، فَقَالَ:‏ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ مَرَّةً .

Maksudnya:  Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku harus memaafkan pembantu?” Lalu Nabi SAW terdiam, kemudian dia bertanya: “Wahai Rasulullah, berapa kalikah aku harus memaafkan pembantu?” Nabi menjawab: “Kamu memaafkan sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.”

Riwayat al-Tirmizi (1949). Dinyatakan sebagai sahih dalam Sahih al-Targhib (2289)

Inilah kemaafan yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada khadamnya. Lalu, bagaimana Rasulullah SAW memberi kemaafan kepada isteri dan anaknya? Sudah tentu, jauh lebih banyak.

Antara kelebihan sifat pemaaf, ia akan menghindarkan rasa dendam kesumat, hasad dengki dan kehidupannya sentiasa tenang. Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini hanya sekali, justeru, biarlah bererti. Betapa ramainya kawan-kawan kita, jiran dan keluarga kita yang kadang-kadang kita merasa kurang berpuas hati, tetapi mereka jauh lebih baik daripada kita dan mereka sudah kembali. 

Justeru, buang yang keruh, ambil yang jernih, berlapang dadalah dan itu merupakan tanda jiwa yang besar. 


Marilah sama-sama kita saling maaf-memaaf dan semoga Allah SWT menutup aurat serta keaiban kita. 

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِنَا وَمَالِنَا، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ بيْنَ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلَنَا وَمِنْ فَوْقِنَا ، وَنَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya Allah, tutupilah aib kami dan berilah ketenteraman di hati kami Ya Allah, jagalah kami dari depan, belakang, kanan, kiri, dan ata kami. Kami memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawah kami.”



Post a Comment

2 Comments

  1. perkara yg nampak sgt senang but sgt berat bagi melakukan nya..but dah usia2 mcm ni, in sya Allah..maafkan je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MA, memaafkan sangat berat, tapi nak bawa ke hulu ke hilir juga menjadi beban. Maafkan sajalah...

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.