Abah Warded di Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM)

Assalamualaikum wbt

#throwback


Hari Selasa lepas, abah SR makin teruk cirit-biritnya. Asalnya cirit-birit dan muntah-muntah, tapi berleluasa pulak. Lepas mak SR bawa abah ke Klinik Kesihatan Beserah, terus doktor masukkan air (drip). Tapi, disebabkan bacaan tekanan darah abah yang tak cantik, abah terus kena ke red zone hospital. Maka abah pun di bawa ke Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) atau juga dikenali sebagai Hospital UIA, naik ambulance!

Memang terkejut kami semua. Sudahlah kena admit ward sebab keadaan agak kritikal, tak dibenarkan turun dari katil pula. Cut it short, hari Rabu lepas SR bertolak ke Kuantan dengan amir saja berdua. Adik lelaki SR pun sama. 

Tapi alhamdulillah, masa kami sampai tu abah dah semakin okey, cuma masih perlu pakai pampers. Jadi malam tu, adik lelaki SR yang jaga abah malam tu sebab tak boleh lebih dari seorang penjaga. Tapi abah memang dah makin stabil. Siap bising-bising lagi sebab dia masih kena pakai pampers tu hahaha

Turn out abah rupanya kena infection, tapi sebab lambat pergi klinik / hospital, jadilah melarat. 


Kena buat blood test, sample kencing dan berak pun doktor ambil. Abah kata serik betul dia sebab kena masuk hospital. Emak SR lah yang jaga dia bergilir dengan adik perempuan SR.


Di Sultan Ahmad Shah Medical Centre ni, kanak-kanak tak boleh masuk melawat ke wad. Rasanya sama aje macam hospital lain kan. Jadi amir memang sedih lah. Sebab dia paling rapat dengat abah SR. Tapi SR pujuklah dia. Bodek itu ini. Cuma nampak sangat amir frust. Nak buat macam mana amir, itu memang peraturan hospital dengan kanak-kanak. 

Untuk kebaikan juga kan.

Semalam, SR balik semula ke Kuantan dengan zaimi dan semua anak-anak pula. Hari ni nak pergi tengok abah lagi. Tapi abah dah dipindahkan ke wad biasa dah, dan dah boleh turun katil dah. Jadi, emak SR pun dah tak perlu tunggu abah malam-malam di hospital. Emak tunggu waktu siang aje. Walaupun abah dah okey, tapi masih perlu dipantau. Faktor usia mungkin?

Semoga abah terus sihat dan sembut seperti sediakala hendaknya.

Aminn...

Post a Comment

6 Comments

  1. Agaknya ingatkan tak teruk sgt ya cirit-biritnya, rupanya melarat. Semoga abah SR cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  2. boleh bayangkan kekecewaan "kembaran muka abah" ni bila tak dapat tengok atuknya. Anak-anak ammi dan anak-anak buah dulu masa arwah atuknya masuk hospital pun sedih sebab tak dapat jumpa atuk. jadi kita kat dalam tu buatlah VC supaya anak-anak ni lega dapat cakap dengan atuk.

    semoga abah semakin baik hendaknya

    ReplyDelete
  3. Nampak makin stabil tu.... pesan kat dia patuh doktor ye...

    ReplyDelete
  4. Infection tu rasanya sebab makin teruk...dh nampak ok dh abah tu..insyaallah x lamalagi dia keluar ward...semoga cepat sembuh abah SR

    ReplyDelete
  5. Mudah2an abah sr cepat senbuhnya

    ReplyDelete
  6. semoga abah SR cepat sembuh & sihat 2 selalu ..aamiin

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.