Bungkus di Nasi Kandar Impian Lavender Heights, Senawang

Assalamualaikum wbt

#Throwback


Cerita minggu lepas, kami singgah beli nasi kandar untuk makan malam di Nasi Kandar Impian, Lavender Heights, Senawang. Kedai ni boleh dikatakan agak baru beroperasi semula lepas agak lama mereka tutup. Mungkin untuk selenggara dan renovate.

Oh ya, dulu nama kedai ni adalah Restoran Ahlam Maju. Masa dia masih Ahlam dan belum jadi Nasi Kandar Impian, kami sekeluarga selalu juga datang makan di sini. Jadi bila dia dah mula beroperasi balik, kami singgahlahkan.


Best betul, banyak betul pilihan kuah dia. Haha! Tapi sotong goreng tak ada pula SR nampak masa ni. Ah tak apalah, kalau ada pun, SR tak ambil juga. Selain cuci poket, tengok lauk banyak-banyak ni pun boleh cuci mata juga.


Untuk anak-anak, kami tapaukan nasi lauk ayam goreng dan kuah campur. Zaimi pun ambil ayam goreng juga tapi banyak sayur-sayur. SR ambil kari siakap dan kuah semestinya banjir dan banyak! Hahaha! Barulah nasi kandar!

Selain nasi, dekat bahagian tengah pintu masuk Nasi Kandar Impian ni, turut ada meja yang letak kuih-muih juga. Ayu pun ambil beberapa jenis kuih masa ni. Biasalah dia, tukang pow ayah dia kan.


Masa kami dekat sana, orang tak begitu ramai, mungkin sebab hari hujan. Ruang kedai dia luas dan bersih. Marilah SR belanja sikit macam mana rupa dalam kedai Nasi Kandar Impian Lavender Heights ni. Belanja gambar ya, bukan nak belanja nasi kandar, Siapa nak nasi kandar, minta dengan Bell Ngasri. 😜

Ok gurau, gurau... Ampun Bell, tumpang guna nama 😂Okey jom tengok kawasan kedai Nasi Kandar Impian ni.



Cukuplah kan? Pusing-pusing itu juga gambarnya, Sebab kedainya tidaklah luas mana, sedang-sedang aje selesanya.

Rasa macam mana? Sedap ke Nasi Kandar Impian di Lavender Heights ni? Eh bagi tekak SR sedap bangat. Rasa nasi kandarlah. Kari dan kuah dia cukup sifat. Tak terlebih manis ke masin ke. Just nice.

Kiranya, kalau ada yang kena jaga pesakit dekat Hospital SALAM sebelah tu, bolehlah datang bungkus makanan di Nasi Kandar Impian ni. Lokasi pun senang nak cari, search aje Hospital SALAM Senawang. Kalau masuk dari traffic light depan KIP Mall tu, memang akan nampak dia dulu di sebelah kiri, baru nampak hospital.


Harga makanan Nasi Kandar Impian Lavender Heights mahal ke murah? Entahlahlah, ikut saiz poket masing-masing lah, SR tak berani nak kata. Karang SR kata okey okey, ada yang kata mahal. Karang kalau SR kata mahal, ada yang kata SR ni sengkek 😂

 Nilailah sendiri nanti ya kalau ada kesempatan makan di sini. Ah sekarang tengah taip ni tetiba lapar. Teringat dekat nasi kandar dia. Nanti nak repeatlah. Hihi...

Post a Comment

8 Comments

  1. banyak pilihan sayur, kalau kt sini sayur selalunya kobis atau taugeh goreng & bendi rebus....bersih kedainya..

    ReplyDelete
  2. Lapaq!
    Kedai nampak bersih 👍

    ReplyDelete
  3. MA selalu tapau kat pelita je...kalau balik keja malas nak masak memang nasi kandaq pelita antara menu pilihan

    ReplyDelete
  4. Lama dah x lepak situ sebab yg restoran Ahlam tu x kena ngan tekak SA satu family...lepas ni boleh la cuba kalau dah baru kan...

    ReplyDelete
  5. Saya sejak kuliah di Penang, dan tinggal sana 4 tahun, jadi sukaaaaa sangat nasi kandar. Malah kalo beli lauk sehari-hari, pasti beli di lapak mamak yang sudah jadi langganan. Dekat campus juga.

    Makanya setiap ke Malaysia, pastilah yg dicari nasi kandar atau nasi Melayu utk alternatif 😄

    Semoga nanti saya bisa coba nasi kandar impian ini kak.. blm ada planning nak ke Malaysia lagi, Krn tahun ini dah 3x bolak balik hahahaha. Tahun depan insyaallah balik lagi.

    ReplyDelete
  6. Hampir semua tempat mahal dan itu adalah perkara biasa kerana kos bahan mentah juga mahal

    ReplyDelete
  7. Uish, kalau banyak kali repeat, bermakna sedap betul betul tuh..hehe.. Memang dipercayai Nampaknya... Betullah tu... harga ikut poket memasing..kan..hehee..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.