Pengalaman Anak Warded Di Salam Senawang Specialist Hospital 2023

Assalamualaikum wbt

#throwback


Februari 2023. Adalah bulan yang amat hectic buat SR, mungkin kami sekeluarga rasa kesibukan yang luar biasa bulan dua tahun 2023 ni. Antara perkara yang membuatkan kami sekeluarga agak huru-hara bulan 2 ini adalah amir dijangkiti Influenza B sehingga perlu masuk wad. Ringkasnya kisahnya begini:

28 Januari 2023 (Sabtu)

Pagi itu, zaimi seawal 7.30 pagi dah keluar untuk hantar kereta SR ke Proton Senawang untuk servis. Jadi, lepas kereta SR dah check in, zaimi call untuk SR ambil dia dahulu. Kami decide untuk pergi sarapan. SR pun bawak semua anak-anak untuk ke Proton Senawang, dan terus cari kedai makan untuk sarapan.

Kami akhirnya bersarapan roti canai dekat Lavender Heights. Lepas bersarapan, kami ke Zemart Senawang untuk beli lauk dan barang keperluan rumah. Lepas selesai urusan di Zemart, kebetulan Proton telefon zaimi untuk ambil semula kereta SR. Dah siap.

Jadi, terus menuju ke sana untuk ambil kereta. Waktu pun dah hampir 12 tengahari. Pada yang tahu, berdekatan dengan Proton Senawang, ada kedai makan nama Rumah Perpatih. Teringin pula nak cuba, terus masuk dan dine in dekat sana.

Balik ke rumah, SR terus masak lauk ketam yang beli di Zemart. Kehidupan diteruskan macam biasa. Sampailah selepas Isyak, amir mengadu dekat zaimi yang lutut dia rasa sangat lenguh dan dia rasa pening. Kami suap amir ubat demam.


29 Januari 2023 (Ahad)

Demam amir semakin tinggi. Badan semakin panas. Tapi amir masih aktif lagi, okey aje main dengan adam dan ayu. Boleh main Roblox lagi di komputer. Cuma selera makan dia kurang. Hari yang sama, zaimi bawa amir ke klinik tapi klinik panel tak buka. Balik rumah, amir main macam biasa. Kami pantau suhu dia. Buat test kendiri Covid-19, negatif.


30 Januari 2023 (Isnin)

Amir mengadu yang dia dah mula batuk. Sebab dari Sabtu malam tu, dia tak ada pula batuk, cuma badan dia panas. Jadi, pagi Isnin tu SR bawa adam ke sekolah, zaimi terus bawa amir ke klinik. Doktor periksa, dan bagi dia antibiotik dan MC dua hari. Malamnya, suhu dia spike ke 38 semula walaupun semasa siang, suhu dia dah turun ke 36, 37.


31 Januari 2023 (Selasa)

Masih tak nampak tanda kebah walaupun dah hari kedua on antibiotik. Amir banyak diam dan tidur. Dia kata dia pening. Selera memang dah tak ada. Kami dah mula risau sebab kenapa suhu badan masih turun naik walaupun dah makan antibiotik. Antibiotik diberi sebab doktor tengok tonsil dia bengkak. Malam tu, suhu naik lagi ke 39, 40. Memang dah letak kain basah atas kepala amir. Mandikan kerap. Hari ni, dia mengadu perut dia pula sakit. Bukan sakit nak buang air, tapi dia kata rasa macam kena tumbuk. 


1 Februari 2023 (Rabu)

Amir makin lemah. Dah mula muntah, suhu badan pun ak ada tanda-tanda nak turun. SR nekad bawa amir ke Salam Senawang Specialist Hospital (Salam). Hanya SR dan amir. Zaimi hantar adam ke sekolah, ayu pun SR drop ke tadika. SR mohon keluar pejabat aje pagi tu. Amir memang muntah banyak kali dah. Berdebar-debar SR heret amir ke Salam. 

Kenapa berdebar?

Sebab sepanjang 9 tahun SR jadi emak, 9 tahun bayar medical card untuk anak-anak, inilah pertama kali anak SR sakit seteruk ini. Sebelum ni, hanya bawa ke Klinik Pakar Kanak-Kanak, alhamdulillah mereka sembuh. Tapi ini lain. Hati SR kuat kata sakit amir kali ni memerlukan amir ke hospital.

Sampai-sampai, dengan terpinga-pinga, terus ke kaunter Registration. Staff kata kalau nak jumpa Paeds, pukul 9 baru ada. 

"Anak saya dah tak larat sangat." SR kata.

"Baiklah, kalau macam tu kami daftarkan anak Puan untuk ke kecemasan. Di sana, kita akan buat saringan Covid-19 dan Influenza. Sebaiknya anak puan masuk ward. Dia (amir) ada insurans?" SR hanya angguk. 

Staff terus suruh ke kecemasan. Nurse jolok hidung amir. Menangis dia dalam keadaan dia memang dah lembik. Seterusnya jumpa dengan medical officer, dan long story short SR setuju untuk amir masuk wad.

Staff di bahagian admission pula minta SR isi borang, minta MyKid dan pengesahan nombor sijil PruBSN amir. Mudahnya di Salam ni, memang dia boleh semak terus secara online dalam komputer dia yang pesakit ada plan takaful / insurans atau tak. Masa dia check untuk nama amir, ada dua nombor, tu yang dia suruh SR confirmkan yang mana 1. 

Kenapa ada dua nombor, sebab masa tu SR tukar plan PruBSN amir. Staf minta kami balik dulu. Sebab wad penuh. Dia kata juga, kalau keputusan saringan amir tadi:

Positif covid: Tak dapat warded terus. 
Negatif influenza: Dapat bilik sharing sebab bilik single selalunya lambat.
Positif influenza: Dapat bilik single, tapi mungkin malam.

Maka SR bawa amir balik dulu untuk tunggu di rumah. Sepanjang dekat rumah, SR whatsapp ejen PruBSN, tanya tentang kemasukan ke wad ni. Apa yang SR perlu buat ke kan. Ye lah, ini pertama kali terpaksa lalui pengalaman kemasukan ke wad guna medical card. Ejen pun baik sangat terangkan satu persatu pada SR yang tengah panik.

SR whatsapp juga kawan SR yang anaknya pernah warded di sini. Baik kawan SR tu explain semua sebiji, sebiji. Akhirnya SR dapatlah sedikit gambaran.

Tunggu punya tunggu, ejen PruBSN kami pun tolong call kan semua, akhirnya dapat keputusan swab amir: Positif Influenza B. Jadi kena tunggu bilik single. SR dah menitik air mata dah sambil usap kepala amir dekat rumah masa tu.

Dalam 7.30 malam, dapat dah bilik untuk amir. Maka bincang-bincang, malam tu zaimi yang akan jaga amir dulu. Kemas apa yang patut, terus ke Salam. Amir memang lembik aje. Kesian dia.



Sesampai di Salam, terus ke bahagian admission. Zaimi kena isi lagi beberapa borang. Semua bil akan dibiaya oleh PruBSN, kecuali benda yang mereka tak cover. Jadi untuk itu, Salam akan minta kita bayar sedikit deposit, yang mana lebihnya nanti dia akan refund. Zaimi diminta untuk bayar sebanyak RM400 pada malam tu.



Selepas selesai bayaran RM400 tu dan isi semua borang, kami diminta tunggu dahulu di lobi sampai ada jururawat akan panggil amir naik ke bilik.

Menunggu

Salam juga berikan 1 beg kecil yang ada cawan, sudu garfu, tuala kecil, sabun dan syampu. 


Amir yang dah tak larat

Adam dan Ayu pun ikut sekali, sampai kebosanan menunggu amir dipanggil. Lama juga kami menunggu.

Sementara menunggu, amir dipanggil ke sebuah bilik. Rupanya untuk dimasukkan jarum pada tangan amir. Menangis lagi amir masa jarum dimasukkan. Nasib baik tak lama, sebab SR dah pesan suruh amir sabar banyak-banyak. Semua ni untuk sihatkan amir semula.



Dalam sejam juga menunggu, akhirnya amir dapat naik ke bilik (wad) dia. Wad amir di Wad Jasmine, aras 3. Memang boleh nampak, ramai kanak-kanak yang warded juga. Menangis, meraung semua ada. Tapi, bila dah masuk dalam bilik sendiri, tak dengar apa-apa dah.

Dapat bilik single, privacy pada penjaga. Alhamdulillah. Bilik dia biasa-biasa sahaja, tapi sangat bersih dan kedap bunyi. Ada dua kerusi, satu boleh dibuka menjadi katil single. Tapi dah namanya katil di hospital, tidaklah seselesa katil di rumah. Tapi, dah okey sangat berbanding perlu tidur secara duduk guna kerusi.


Tak sempat SR balik amir dah tertidur

SR bawa adam dan ayu balik rumah sebaik sahaja nampak semua dah settle di bilik amir. Zaimi kata, malam itu ada jururawat datang bagi sedikit orientasi pada zaimi dan amir. Dan malam tu juga amir mula dipakaikan drip air.

Makan pula, boleh pilih tau nak menu apa. Ada staf akan bagi kertas menu, pesakit atau waris boleh pilih nak makan apa untuk sarapan, lunch, minum petang dan makan malam. Ada beberapa pilihan, bagi SR best lah benda tu (noob sebab first time!)

Tak macam hospital kerajaan, amir tak perlu pakai baju hospital. Pakai sahaja baju sendiri. Oh ya, dalam bilik single ni ada bilik air sendiri. Lega, tak perlu berkongsi. Alhamdulillah.

Maka bermulalah kisah amir warded di Salam selama seminggu. Lama kan? Tapi memang kebanyakan hari amir di Salam, amir tak larat dan banyak tidur. Makan dan minum memang kita sebagai penjaga ni kena paksa dia untuk dia kekal hydrated.




Selain masuk air, amir memang on ubatlah macam antiviral, ubat demam, batuk... Siap neb lagi setiap 2 jam. Nak bagi kahak dia keluar kan. Selain tu, waktu siang ada juga sesi fisio. Amir akan ditepuk-tepuk untuk keluarkan kahak.


 Kalau diikutkan, amir selalu moody aje dalam wad. Tapi over time, dia semakin larat dan dia happy balik. SR dan zaimi memang gilir-gilir jaga dia dekat wad. Alhamdulillah, masa dia keluar, dia dah sihat dan cergas. Dah boleh makan dan senyum. Dah boleh main tablet. 

Doktor pakar yang incharge amir adalah Dr Zulfadhly, baik sangat doktornya. Lepas dia discharge amir, dia bagi air appointment follow up. Kena datang selepas seminggu discharge. Ubat memang banyak lah. Tak apalah, yang penting kembali sihat.

Kesimpulannya;

1. Kami tak tahu amir dapat influenza B tu dari mana. Kebetulan Sabtu tu pergi banyak tempat.
2. Bukan dapat dari sekolah.
3. Adam dan ayu tak terjangkit, alhamdulillah!
4. Medical card sangat penting. Serius korang. Pertimbangkanlah. Untuk diri sendiri, dan lebih lagi anak-anak. Ejen PruBSN kami adalah kawan zaimi, Hazazi. Siapa area Kelantan, atau di mana-mana kalau nak cari ejen, bolehlah hubungi beliau di 013-9105719. Ini bukan paid review, bukan iklan ya! Ini sharing!

Nanti SR ceritakan kisah amir discharge dari wad pula. Bil dia boleh buat SR pitam. Haha nasib baiklah ada PruBSN! Dan terima kasih sebab sudi baca kisah SR ni 😄 Semoga semua sihat-sihat selalu!

Post a Comment

3 Comments

  1. risau xtercerita kalau anak sakit sian amir pengalaman perit tu moga tiasa sht sjhtra seterusnya

    ReplyDelete
  2. Sayu pulak tengok dia terbarng kat katil tu....

    ReplyDelete
  3. Bila anak- anak warded semua kerja jadi tak sempurna..mana fikir anak..mana fikir kerja...jaga kesiahatan ye Amir, x mo la masuk ward lagi...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.