Anak Discaj Dari Salam Senawang Specialist Hospital

Assalamualaikum wbt

#throwback


Mungkin ada yang ingat, SR ada ceritakan tentang Amir masuk wad disebabkan oleh jangkitan Influenza B, dan pada ENTRY INI SR ada coretkan kronologi macam mana amir boleh jadi begitu. Dan ada juga beberapa entry lain yang pernah SR kongsikan pengalaman semasa SR menjaga amir di wad seperti:


Sambungannya, setelah 7 hari ditahan dalam wad, Dr Zulfadhli akhirnya membenarkan amir discaj. Alhamdulillah. Cuma, amir masih perlu teruskan pengambilan beberapa jenis ubat di rumah serta perlu hadir semula untuk follow up dengan Dr Zulfadhli.

Lega sangat bila amir dah boleh balik.
Habis sudah cerita amir warded sebab Influenza B masa tu.

Macam-macam yang amir hadap masa warded. Tangan drip air. Masuk ubat antibiotik melalui jarum di tangan. Sedut gas. Makan ubat antiviral dan antiradang. Ubat gastrik dan ubat sapu di bibir pun ada. Sebab bibir amir jadi kering sangat.

Kesimpulannya, banyak betul ubat yang amir perlu makan sepanjang di wad. Sebab itulah agaknya dia pun asyik mengantuk. Tak apalah, sekurang-kurangnya amir berehat.



Dapat saja makluman yang amir akan discaj, terus SR simpan semua barang-barang yang kami bawa sepanjang menjaga amir di wad Jasmine ni. Jururawat pun datang untuk buka semula jarum di tangan amir. Kami perlu tunggu di wad dahulu sehingga dapat surat discaj.

Agak lama juga, tapi tak apa sebabnya kami masih boleh menunggu dalam bilik amir. Masa tu, barulah amir berkesempatan bangun untuk meninjau ke luar tingkap bilik dia. Dari hari pertama, amir memang banyak baring sahaja atas katil.

Bergambar kenangan

Punyalah lama menunggu, sampai banyak gambar kami tangkap. Last sekali amir dan SR tertidur semula. Dalam pukul 2.30 petang, surat discaj dihantar ke bilik amir. SR terus telefon zaimi datang uruskan proses discaj dan bawa kami balik rumah. Mujurlah rumah tak jauh, dan zaimi pun memang dah standby di rumah.

Proses discaj pun tidaklah susah. Sama aje macam mana-mana hospital. Amir masuk hospital ini pun guna Takaful PruBSN. Jadi memang tak perlu keluar duit langsung. Ubat bekalan untuk makan di rumah pun tak ada bayaran dikenakan. Untuk follow up selepas seminggu itu pun boleh claim semula dengan PruBSN.

Berbalik pada cerita amir discaj, mula-mula tengok bil hospital amir, rasa tercekik jugalah kerongkong SR. Haha! Kalau tak ada PruBSN, memang menangis nak bayar. Terus rasa bersyukur sebab ambil takaful PruBSN ni. 

Rasa bersyukur juga hospital kerajaan kita masih ada tanggungan oleh kerajaan. Sebab kos perubatan ni boleh tahan juga mahalnya. Sama mahal dengan kesihatan itu sendiri.

Total bil hospital anak warded sebab influenza B


Ketar tangan sambut bil yang pekerja cashier tu hulur. Itu pun setelah dapat diskaun beberapa ratus ringgit. Diskaun apa entah, tak ingat pula SR. Tapi itulah, kalau nak bayar sendiri, ngeri 😅

 

Setelah selesai semua, sampailah kami ke rumah petang tu. Alhamdulillah. Amir pun masih lemah lagi sehari dua selepas warded tu. Tapi selera makan dia bertambah sampailah ke hari ni. Asyik lapar aje si amir! 

Moga anak-anak SR terus sihat. Risau bila anak tak sihat, badan pun jadi sakit-sakit sebab berulang-alik dan tidur menjaga anak yang sakit. 

Itulah pengalaman SR serba sedikit. Terima kasih sudi baca 😄

 

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah, dah discaj, semoga sembuh sepenuh....masa2 mcm ni, rasa berbaloi sangat beli medical insurance...akk dah 2x guna insuran bila kena warded di hospital swasta...

    ReplyDelete
  2. moga abang Mir terus sihat walafiat

    ReplyDelete
  3. Semoga dikembalikan keafiaatan Amir.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Dah boleh balik. Semoga bertambah sihat dan dijauhkan dari segala penyakit

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.