Search This Blog

Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Sunday, August 2, 2020

Ghostpital 2 - Dr Kamarul Ariffin | Review Buku


Sepertimana buku Ghostpital yang pertama, Ghostpital 2 ni memang tidak mengecewakan langsung!

Sunday, July 19, 2020

28 Hari Di NICU - Abdul Muhaimin | Review Buku


Satu lagi buku yang dah lama beli dan terperap dalam almari buku.
Rupa-rupanya, bila dah mula baca, aku boleh habiskan kurang dari 24jam!

Saturday, July 11, 2020

Misi Impossible - Ain Lutfi, Nurul Asma, Ana Rohani, Hassan Hasaa'ree Ali, Maizatu Hidayah, Zamri Shahri, Sakinah Said & Ahm Ahmad | Review Buku

Betapa ramai daa dia punya penulis.
Tapi, worth it!
Aku sangat recommend korang beli dan baca, why not kan?


Buku ni dah beli dari 2017, baru last week sempat baca.
Tapi, dek kerana penceritaan dan variasi situasi dalam buku ni, ditambah lagi dengan gaya bahasa yang bagus, buku ni aku habiskan baca dalam masa 2 hari sahaja.

Sunday, June 7, 2020

Pasca bersalin anak ketiga | Ayu Zafirah

Terima kasih diucapkan kepada reader yang sudi baca pengalaman bersalinkan Ayu Zafirah dalam entry yang lepas (SINI). :)

Jadi, macam yang aku cakap pada entry lepas, kisah bersalinkan ayu memang panjang, sebab walaupun dah selesai czer, ada episod lain pula menanti kami sekeluarga huhu..

Let's.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2 Mei 2018.

Setelah hampir 24jam aku czer, baby masih belum dapat discharge dari NICU. Doktor kata, insyaallah petang. Jadi, bila dah macam tu, zaimi pun uruskan tanam uri dan bawa abadam pergi klinik semua dulu. Aku pun hanya berehat je kat ward. Dalam tengahari, nurse datang cabut tiub kencing. Doktor dari HO, MO, student pun ada datang round ward, mesti singgah kat katil aku.

Ada sorang MO ni, dia macam nak ajar HO dia. Jadi, aku pun seperti biasa jadi subjek pelajaran la hahaha.. Ada yang kata parut aku terlebih panjang dari biasa, MO tu kata sebab baby besar, jadi diorang potong panjang sikit. Macam-macam lagi lah. Aku tak berapa rajin nak dengar sebab teringat kat baby.

Dulu masa czer abamer tu, alang dengan mak gilir-gilir jaga dekat ward. Masa baby ketiga ni, aku kata tak apa, biar aku sendiri je. Temankan aku pun, buat letih diorang je. Tidur atas kerusi, buat sakit badan. Aku ok je sorang-sorang. Nurse ramai, diorang boleh jagakan aku, insyaallah.

Lepas rasa dah berani sikit, aku mula slow-slow turun dari katil. Sorang-sorang. Jalan slow-slow ke bilik air, cuba untuk kencing walaupun rasa ngilu kat tempat jahit kan. Hadap je la. Bukan senang nak hapuskan dosa, pujuk diri sendiri macam tu je lah.

Dalam 11 lebih, nurse kata kalau nak pergi tengok baby, diorang boleh bawakkan. Apa lagi, mestilah nak! Maka aku yang gajah ni pun ditolak ke NICU dengan wheelchair. Kesian aku dekat akak nurse yang tolak tu, tapi aku nak jalan sendiri dia tak bagi.

Sampai je kat NICU, cari baby. Serius, rasa macam confuse gilaa.. mana satu baby aku daa? Sama je semua baby hahaha! Bila sampai je kat baby aku, rasa bahagia gila dapat bau dia.
Doktor dalam tu pun bagitau baby dah boleh discaj, tapi bukan dengan aku la, kena ayah dia yang setelkan documentation semua. Ayah pulak lambat baru boleh datang hospital, maka tinggallah baby dekat beberapa jam jugak dalam tu sorang-sorang lagi dalam baby cot dia. Dahlah malam tadi dia tidur asing. 

Petang lepas asar, baru baby discaj dari NICU, tapi ayah pulak dah kena balik, sebab dah habis waktu melawat. Jadi, bermulalah detik jaga baby sorang-sorang dalam keadaan diri yang sangat fragile, terasa bahagian perut dan rahim terbuai-buai pun ada, sebab baru nak biasakan diri tak ada baby dalam kandungan kan.

Baby memang tak lena tidur, sebab macam dua anak sebelum ni, susu aku belum ada. Masa adam aku panik, masa amir dah boleh relaks, masa yang ketiga ni, aku gigih cuba. Baby pun gigih! Tapi, rezeki dia belum ada. Tapi tak apa, nurse kata keep on bagi walaupun belum ada, nanti keluarlah tu katanya. Ok fine. Ikut saja.

Yang best czer ni, lepas bersalin boleh bersila. Keh keh.. jadi tak rasa seksa sangat. Cuma kesian kat anak, dia macam lapar. Malam tu jugak dah mula tingtong tak cukup tidur. Baby kan, dia sejam sekali bangun. Sumpah tak sabar nak balik. Memandangkan ini malam kedua selepas czer, doktor kata kalau everything is fine, esok aku boleh discaj sebab lepas czer, memang kena tahan ward dua malam.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

3 Mei 2018. Muka dan mata baby makin kuning. 


Ah sudah, ini mesti jaundice. Samalah macam abang-abang dia jugak ni. Penyebabnya adalah parents darah O. Doktor kata sebab ambil insulin masa pregnant pun sama. Dah dapat surat discaj ibu, tapi doktor dah perasan anak aku makin kuning. Terus paeds check semua. Zaimi pulak tak sampai lagi, sebab dia balik senawang pulak sekejap dengan abadam. Aku dah terfikir dah, silap-silap aku kena warded pulak lagi bersama baby macam masa dengan abadam dulu, tapi bukan kat sini, dengan Pusat Bersalin Risiko Rendah. Haih..

Tapi, jangkaan aku meleset. 2013 bukan 2018. Baby kena admit ke SCN, tapi aku discaj. Mula-mula aku tak faham. Rupanya, malam ni baby kena tidur di SCN sebab nak kena tidur bawah lampu biru, nak turunkan bilirubin dia. Aku? Aku tak dapat katil macam dulu tu dah, aku kalau nak, tunggu lah di kerusi-kerusi luar dan dalam ward. Tak boleh duduk sebelah babycot dia selalu pun, boleh ambil masa nak susukan je. Disebabkan zaimi sedikit lambat nak discajkan aku, makan dengan sayunya aku tengok je lah nurse tolak baby pergi dulu ke SCN..huhu.. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Puan boleh tunggu, tak ada masalah. Cuma kalau puan ada di sini, kami akan pastikan baby hanya minum susu dari puan. Formula milk tidak dibenarkan. Tapi memandangkan puan masih tak ada susu, dan puan juga masih letih dan sakit operation, kalau puan nak balik pun tak ada masalah, kalau puan tak ada, kami boleh back up formula milk"

Aku hanya mengangguk faham. Setelah pertimbang segalanya, kami buat keputusan tinggalkan baby. Doktor kata, nanti lepas dia minum dan kencing beberapa kali, insyaallah bacaan akan turun, dan boleh discaj. Maka, tinggallah baby, again. Sampai rumah mak, peluk abang-abang erat-erat. Sedih tengok abadam muka dan badan tompok-tompok sebab sapu calamine lotion. Terus dia tanya, mana baby? Lagi bertambah sedih sebab fikir esok, kalau dah bawak balik baby pun, dia tetatp tak boleh dekat, sebab kalau chicken pox dia tu jangkit kat baby, lagi parah. Tidurlah aku malam tu bertemankan abang-abang tanpa adik baby..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4 Mei 2018, hari Jumaat. Hospital belum call lagi kata baby dah boleh discaj, jadi zaimi kata nak pergi buat mykid baby dulu dan langsung solat Jumaat. Czer tahun 2018 ni, ada peraturan baru yang tak ada masa zaman czer abamer dulu, iaitu setiap pagi dan petang, selama 10 hari, kena pergi ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk cucuk heparin. Heparin dibekalkan, jarun tak dibekalkan. Kalau bekalkan pun belum tentu aku tau nak cucuk macam mana. Siap ada kertas log sebagai bukti, ibu pergi cucuk heparin tu. 

Allah.. sumpah, sangat leceh. Tapi follow jugak sebab nurse kata bimbang ada kes darah beku, sebab ada kes ibu mati darah beku dalam organ. Gulp! Jadi pagi tu actually kali kedua la aku ke KK Semenyih untuk cucuk, semalamnya masa on the way balik rumah, dah singgah. Lepas waktu pejabat pulak kan, kena sobar je la dengar 'keikhlasan' nurse yang panjang lebar bercerita tentang lecehnya da nak kena keluar dari rumah semata-mata nak cucuk patient. Maaflah nurse, bukan saya yang buat rules. 

Dalam pukul 3 hospital call kata dah boleh bawa balik baby Alhamdulillah. Maka pergilah ambil baby, balik tu singgah balik ke KK untuk cucuk yang petang pulak. Tapi kali ni nurse tu dah cool down, mungkin semalam tu gaduh dengan laki dia kot kih kih..



Sampai rumah dalam 7 lebih, abadam tengok dari jauh je. Nampak air mata dia bergenang, tapi abadam ni memang jenis anak yang taat. Dia tak datang pun. Dia siap cakap, "Nanti abang sihat, abang tengok adik ya". Malam tu jugak, zaimi bawak abadam balik Senawang...

Tinggallah abamer je dapat gomol adik dia..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas tu, untuk beberapa hari pulak aku, dengan bantuan abah dan nana, bawa baby pergi cucuk tapak kaki untuk dapatkan bacaan jaundice yang lambat gilaaa nak surut, cucuk aku punya heparin, kena bawa baby pergi check up pendengaran, tiba-tiba masa terdekat tu jugak ada PRU, cuti peristiwa, kena pergi hospital Kajang pulak untuk check jaundice..

Sumpah aku tahu sangat semua dalam rumah tu penat membantu aku. Hanya Allah dapat membalas. Zaimi memang kena kuarantinkan abadam, sebab tu kena minta bantuan abah dan nana.
Mak pulak jaga abamer, ayah tak berani nak bawak abamer balik Senawang sekali sebab risau abamer terjangkit. 

Tapi sesungguhnya kita hanya merancang. Lepas seminggu, abadam pun dah surut chicken pox dia, ayah pun datang. Sebab utama nak cukup kepala baby. 



Abadam dengan abamer pulak memang melepas rindu la, main sampai berpeluk-peluk. 
Tup-tup, esoknya, badan abamer pulak naik chicken pox hahahah

Maka, bergeraklah pulak 3 ketul AZ itu ke senawang semula sebab nak kuarantin abamer pulak.
Zaimi punya paterniti leave bersambung dengan 2 kali cuti kuarantin. Kesian dia. Masa tu jugaklah minggu-minggu akhir kuliah, ada sekali tu, dia kena bawak dua abang-abang tu tengok student FYP present proposal dan viva thesis huhu..


Dekat 2 minggu aku tak dapat jumpa abang-abang.. rindu Tuhan je yang tau.
Masa tu pulak bulan puasa, kesian zaimi berbuka sorang-sorang bertemankan abang-abang je..
Malam-malam mesti abadam call menangis sebab teringat mak.. Abamer pulak asyik kata nak naik atas, sebab dia ingat aku ada kat atas, dia tak percaya ayah dia kata aku kat rumah nenek dia masa tu.. mungkin sebab dia kecik lagi kan, dia tak faham lagi..

Macam-macam sangat jadi masa bersalinkan baby nombor 3 ni. Antara yang sadis, aku dapat jangkitan apa entah dekat atas kening masa pergi hospital kajang. Lama jugak nak surut weh, nasib baik parut hilang!


Dan lepas hadapi macam-macam cabaran dan cerita, akhirnya kami dah boleh balik Senawang untuk sambung berpantang sendiri..


Saja balik, sebab kesian dekat mak aku, tak senang dia nak berpuasa sebab kena jaga aku dan baby.. takpa, anak dah tiga, dah pandai sikit. Siang-siang, ayah pergi kerja, abadam ke tadika, abamer ke rumah pengasuh, tinggal aku dengan baby je. Baby girl memang tak banyak ragam, dia boleh ditinggalkan tidur atas rocking chair depan tv, jadi aku boleh masak dan kemas rumah semua lepas settle hal ehwal baby.

Abadam paling happy, paling jaga adik dia. Asyik berkepit dengan adik dia haha



Yang palik epik, tahun 2018, first tima pagi raya pertama kat rumah sendiri, bukan rumah mak atau mertua. 


Tapi tak sangka pulak rupanya tahun 2020 pun terpaksa raya rumah sendiri hahah..

Itulah cerita serba sedikit tentang bersalin anak nombor 3 ku, Ayu Zafirah :)

Terima kasih sudi baca ;)

Pengalaman bersalin ceasarean kali ke 2! | Pengalaman dengan Foley Bulb

Setelah aku belek-belek semula semua post yang ada dalam blog ni, aku perasan yang aku ada share pengalaman aku bersalin secara induced yang masuk ubat masa beranakkan abadam (SINI) dan pengalaman terpaksa akur untuk bersalin secara czer untuk abamer (SINI).

Jadi, why not mak share juga kat blog ni, pengalaman bersalinkan ayu. Hehe.. sebab, setiap pengalaman bersalin kesemua anak ni, tak sama! Mana nak sama, umur makin meningkat, makin matang, kehidupan pun makin berbeza. Kalau tak percaya, cubalah baca pengalaman bersalin abadam dan abamer tu, dua post tu pun dah cukup lain :))

Dari mana nak mula ya?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Betul ke boleh doktor?"

"Boleh cuba, ada yang berjaya. Sebab awak pun baru sekali czer. Scar awak pun saya tengok tadi ok, penjarakan anak pun betul, bolehlah nak cuba untuk bersalin normal. VBAC nama dia"

Aku senyum, tapi dalam kepala ligat jugak fikir sakit nak meneran kalau bersalin normal tu.

"Oh ya, cumanya, disebabkan awak ada kencing manis, awak tetap kena bersalin masa 38 weeks paling lewat ya. Jadi, andai kata masih tak ada tanda-tanda awak akan bersalin masa tu, kita akan induced"

"I see.. masuk ubat ikut jalan ya doktor?"

"Oh tak puan, sebab puan pernah czer, masuk ubat akan membahayakan puan, you know, rupture dan sebagainya"

Mak oi, seram sudah datang!

"Kalau puan memang nak teruskan dengan VBAC, kami akan induced guna Foley bulb."

"Apa tu doktor?", ya memang aku dengan laju dan tanpa segan-silu bertanya. Pelik bunyinya tu.

"Kita akan masukkan bola ikut jalan, dan bola tu akan trigger jalan baby untuk bukak"

"Ok set, boleh doktor. Asal dapat bersalin normal", keyakinan tu harus! Dalam kepala memang taknak czer. Pengalaman terasa benang tertarik-tarik dalam rahim lepas bersalin abamer pun masih segar. Ish ngilu!

"Tapi, kalau tak jadi, atau apa-apa jadi, kami tetap akan czer puan"

"Baik doktor..", aiseyman. Ya Allah, semoga mudah urusan aku bersalin. Mudahkan tanpa rasa sakit. Amin!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

28 April 2018, aku dah kena check in ke hospital.
Due bersalin patut 13 Mei, tapi sebab kena bersalin 2 minggu awal, kenalah menyerah.
Kalau dulu masa bersalin adam, menangis tinggalkan mak abah kat rumah.
Masa bersalin abamer, menangis teruk sebab nak tinggalkan adam.

Nak bersalin anak ketiga ni, lebih cool, tapi sayu sangat tengok muka adam amir.
Tapi, yang pasti dalam hati nekad nak bersalin normal.

Zaimi pun dah semakin terer bab-bab tunggu isteri bersalin ni.
Aku bawak 1 beg ke hospital, dia pun ada 1 beg bawak ke apartment sewa.
Gittew masa anak nombor 1, dia dengan aku sama-sama naif, dia tidur kat lobby hospital, kejap-kejap tidur dalam kereta.
Masa anak nombor 2, sebab memang dah soheh nak czer, dia pun dengan tenangnya balik tidur kat rumah mak aku kat Semenyih.
Ha masa anak nombor 3 ni, lebih chillex. Kami siap survey apartment (rumah transit) yang penjawat awam boleh sewa tu, pilih nak sewa bilik. Siap book 2 malam rasanya. Haha

Jadi, sesampai je di Hospital Putrajaya, ambil nombor untuk check in. Dalam kereta dah plan dengan zaimi, ambil giliran dulu, lepas tu nak pergi makan dan jalan-jalan kejap, sebab mengikut pengalaman lepas, tak pernahnya dapat katil terus. Mesti kena balik dulu, nanti dia call bila ada katil kosong.

Tapi nak jadi cerita, lepas bagi je dokumen-dokumen berkaitan, terus kena masuk ward T_T
Padan muka. Dahlah tak makan lagi huhu..

Lepas dapat katil, tukar baju semua, nurse, HO, MO semua dah datang, diorang bagitau akan masukkan Foley bulb tu seawal pagi esok. Makanya, dah tengahari sampailah ke malam, melengunglah aku.. zaimi pun dah bergerak ke rumah transut dia sebab nak check in. Apa lagi, aku pun bantai tidur la walaupun tak berapa nak lena. Takut ada, sakit belakang ada, yang paling tak best, tak selesa sebab kena pakai machine yang check jantung baby tu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


29 April, sebelum azan subuh aku dah tak boleh tidur, nurse pun dah datang ambik darah kat jari, pasang lagi machine tu semua. Settle, aku terus mandi dan solat. Nurse dah bagitau doktor akan panggil kejap lagi.

Dalam 7.15 am macam tu, dah kena masuk bilik prosedur. Berdebar jangan cakaplah!
Aktiviti check laluan yang tak best tu pun berlangsung. Haih.. betapa tak best!

"Ok puan, saya Doktor xxx (tak ingat nama) dan ni Doktor xxx (pun tak ingat nama), akan masukkan Foley ni ya, untuk induce. Ini dia ya puan"

Aku nampak dia macam belon kecik, ada tiub. Ok, dah mula berderau.

"Puan akan rasa tak selesa sikit ya"

Ok, bukan sikit la. Tak selesa sangat-sangat!! Mengalir air mata weh..huhu..

Lepas tu, dia selotep tiub yang terjuntai tu kat peha kanan aku.

"Puan boleh je buat apa-apa macam biasa, belon tu hanya akan jatuh kalau bukaan dah capai 4cm. Masa tu kami akan check jalan dan boleh ke labour room. Puan boleh la jalan-jalan untuk cepatkan bukaan"

Aku angguk je. Senak belum hilang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

30 April, belon tu masih belum jatuh.

"Puan ada rasa contraction?"

Aku geleng.

"Jalan belum bukak lagi. Doa banyak-banyak ya puan"

Aku dah mula cuak, zaimi pun sama. Cuak sebab foley tu belum keluar, dan pelik contraction langsung tak rasa. Sikit pun tak ada.

Dah lepas asar macam tu, baru foley tu terkeluar. Adalah bleeding pink-pink tu. Excited aku masa tu hahaha! Siap call zaimi suruh datang get ready, mungkin akan tolak ke labour room. Tapi lepas check jalan, masih 3.5cm. Sampai ke malam tak ada rasa sakit apa-apa, bukaan maintain 3.5cm.
Zaimi yang terkocoh-kocoh datang tadi, balik macam tu je haha

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1 Mei 2018, pagi tu ada la rasa sikittttt sangat, macam sakit perut nak berak je. Lepas check jalan, 4cm.

"Puan, saya minta izin nak bukakan sikit jalan ya"

Ah sudah, sakit tu weh. Tak sempat jawab, doktor dah buat. Mak datuk sakit!

T_T

Zaimi pun dah ready je kat bawah ward, doktor kata, insyaallah harini bersalin.
Aku dengan zaimi duk gelak-gelak je, ini mesti sebab ramai gila yang whatsapp aku cakap "beranak 1 May la, nanti birthday baby semua orang cuti!"

Kan dah betul2 tak dapat bersalin 3 hari sebelum tu. Aku pun dah bosan gila 3 malam kot tidur hospital. Rindu gila kat anak-anak tak payah cakap la, memang menangis je tengok video-video diorang yang neneknya hantar.

Kebetulan, abadam pulak kena demam campak hari yang sama.
Haru.
Pening kitorang memikir macam mana taknak bagi abadam dekat dengan adik nanti masa dah balik rumah.

Tengah borak-borak, doktor panggil lagi nak check jalan.
Dah 5cm.
Tapi memang tak ada rasa sakit apa pun.
Doktor decide untuk tolak aku ke labour room dah, walaupun tak ada pun ciri-ciri contraction. Just in case doktor kata.

Maka ditolaklah aku ke labour room.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam labour room, dalam 1pm. Pasang macam-macam tube kat tangan, insulin, air..
Masih chill je dengan zaimi. Pelik sebab tak sakit. Macam tak percaya dah masuk labour room, walaupun tak sakit sikit pun.

Ada nurse bagi macam kertas laminate. Dia kata, Hospital Putrajaya ni pain free hospital. Ibu yang bersalin boleh pilih method mana untuk kurangkan rasa sakit masa bersalin. Ada gas, ada epidural, dan ada apa lagi entah, tak ingat. Sebab bila nampak je epidural tu, terus rasa yasss i want this!

Datang pakar bius, dia tanya banyak kali, sure tak nak ambil?
Dengan penuh keyakinan.. yasss i want.. walaupun takde rasa sakit pun lagi :))

Maka, bermulalah sesi pasang memasang tiub epidural sambil diorang explain risks semua, cucuk pinggang semua tu. Lepas settle, aku pun baring la kan. Masa ni, dah mula rasa lain macam. Macam tak cukup nafas pun ada. Zaimi pun agaknya nampak aku lain macam, dia tanya aku ok ke tak. Tapi jadi macam tak mampu nak berfikir.

Tiba-tiba, kejadian yang sangat pantas berlaku, bunyi machine yang check jantung baby tu bunyi pelik. Machine check bp yang pasang kat aku pun bunyi pelik! Berbondong-bondong nurse bidan doktor semua masuk, termasuklah seorang doktor pakar, tak silap Prof Maria kot.

Check punya check, prof tu dengan lemah lembut dan sangat keibuannya kata dia risau untuk biarkan aku teruskan untuk cuba VBAC. Dia kata aku kena emergency czer jugak. T_T

Dengan pantasnya, aku disiapkan untuk operation. Laju gila staff dia bekerja. Sangat kagum dalam kepeningan. Prof tu bagitau, diorang akan top up saja epidural tu sampai aku rasa numb. Dah tak boleh bius spinal macam masa czer abamer sebab badan dah ada epidural. Masa ni menyesal pun ada.

Dan dengan lajunya aku ditolak ke bilik bedah. Sempat salam zaimi, dia senyum je suruh aku mengucap banyak-banyak. Ok tiba-tiba sebak masa tu. Huhu..

Sampai je dalam bilik bedah, dengan lajunya pulak diorang angkat aku atas katil kecik tu, letak penghadang atas dada yang dia lapis kain banyak-banyak tu, pasang segala equipment, memang laju gila!

Ada seorang doktor tanya sambil letak pisau dekat perut, "Puan rasa tak pisau ni?"

"Rasa doktor"

Ada beberapa orang duk top up lagi epidural. Doktor yang pegang pisau tu sambil-sambil dia bersembang dengan orang depan dia, dia gerak-gerak pisau tu. "Rasa tak puan?"

"Rasa...", masa ni aku dah start menangis..huhu.. Tak pernah kena hiris hidup-hidup..sakit!

Aku dapat rasa dia gerak-gerak lagi pisau dia, tapi dah makin numb la.

"Kalau bius epidural ni tetap tak jalan, kami akan bius puan penuh ya, puan akan ditidurkan"

Allah.. masa ni aku rasa macam rela perut kena kerat walaupun rasa kena kerat tu! T_T

Tapi Allah Maha Kaya, lepas tu bila doktor suruh gerak kaki, dah tak boleh, dia toreh pun dah tak rasa. Maka tergigil-gigilah aku kesejukan masa diorang bedah aku. Aku boleh nampak sikit-sikit perut aku kena belah ikut lampu. Ada sorang doktor kot, dia perasan, dia distract aku, ajak bersembang hahaha

"Ok tarik!", terasa perut kena rentap masa ni, doktor keluarkan baby. Tapi baby tak menangis pun.
"Besarnya baby ni!", ada sorang teriak. Terus dengar diorang bawak baby yang tak menangis tu ke mana entah, dengar bunyi suction.

Aku dalam hati memang dah remuk.
Aku bayangkan anak aku tak selamat masa tu.. sebab bacaan jantung dia pun problem tadi, start operation pun lambat sebab aku punya bius tu lambat effect..
Sesungguhnya ketika huru hara semua staff dalam tu, aku redha.
Aku pejam mata rapat-rapat. Sedih sangat masa tu.

Tiba-tiba, kuasa Allah, aku dengar baby menangis!
Ya, anak aku selamat! Alhamdulillah!

"Amboi, terbeliak mata baby ya, cari mama ya!", dengar ada staff laung, diorang semua ucap syukur beramai-ramai.

Datang sorang bawakkan baby, tunjukkan yang aku dapat baby perempuan yang sangat besar hahaha!

3.95kg.

Letak baby atas dada, wangi sangat bau dia, subhanallah. Syukur.

"Kami akan bawa baby ke NICU ya puan, puan ambil insulin masa mengandung, jadi baby perlu dipantau untuk 1 hari. Puan ambil kesempatan ni untuk rehat ya"

And just like that, baby terus pergi dibawa nurse. huhu..
Aku pula dibawa terus ke bilik pemulihan. Sejuk sangat-sangat, aku minta nurse selimut aku tebal-tebal dan dekatkan pemanas tu dekat dengan aku. Dan aku pun tertidur..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Settle semua di bilik pemulihan, aku ditolak semula ke katil aku di ward tadi. Nampak je muka aku, zaimi senyum sampai telinga.

"Tahniah nie", aku tak tau la kenapa, tapi aku memang rasa sangat high masa tu hahaha

"Anak kita comel, mata besar macam adam", kami bertukar senyuman. "Kalau ko pilih untuk czer dari awal haritu, kan senang. Tengok ni, kejap je dah settle semua, kalau bersalin normal tadi, entah-entah tak siap pun lagi", zaimi menyengih. Ada betul jugak cakap dia tu haha.. Nak buat macam mana, aturan Allah.

Memang dia tak bagi langsung aku rasa sakit contraction tu kali ni. Sakit pun masa kena toreh hidup-hidup tu sikit je tadi.

Maka zaimi pun kena la tolong nurse pakaikan stokin TED yang super ketat tu, tolong ikatkan rambut aku, sebelum dia tercongok sorang-sorang sebelah katil sebab aku dah tertidur, again hahaha

Tapi serius, antara kesan epidural pada aku adalah, gatal-gatal, asyik rasa miang, nak garu sana sini, nak tidur pun tak senang daa..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Esoknya, dapatlah tengok baby, itu pun dah petang. Tapi lambat boleh discajkan dia dekat nicu, sebab zaimi kena uruskan uri dan abadam yang kena demam campak.

Dan disebabkan itu jugak, aku kena discaj sorang-sorang, baby kena admit lagi sekali..

Ya, cerita pengalaman bersalin anak nombor 3 ni masih panjang.
Nanti aku sambung di post seterusnya ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Third baby of me, Ayu Zafirah Ahmad Zaimi :)



Sayang sangat bunga mak sorang ni..

To be continue ;)

Thursday, August 11, 2016

Pengalaman Bersalin Secara Czer (Csect)

"Semua besar, kepala besar, badan dia besar. You tak jaga makan ke?".

Aku pandang laki aku, yang kebetulan boleh cuti dan teman aku check up di Hospital Putrajaya hari tu. Dia macam biasalah, sengih sokmo. Aku senyum kelat je kat doktor pakar berbangsa Cina tu. Aku tau, memang kerja dia mengambil berat kat patient. Walaupun masa tu aku hangin la jugak, sebabnya aku memang kurang makan.

Orang lain mengandung makan macam-macam, aku mengandung? Tak boleh makan itu ini.

"You kena control lagi. Makan protein kalau lapar. Nasik? Nasik besar ini aje oh", kata doktor Cina tu sambil mengangkat penumbuk kecil dia ke muka aku. Bukan dia nak tumbuk, tapi dia nak tunjuk yang aku kena makan nasik, banyak tu je.

Aku telan air liur aje lah. Penumbuk dia dahlah kecik comel je.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Itu kisah dua minggu sebelum aku bersalin buat kali keduanya sepanjang hayat aku.

Sebab, masa mengandung, aku memang ada GDM. GDM ni ringkasnya, masa mengandung, ada kencing manis, padahal masa tak mengandung, tak ada pun kencing manis. Paham tak tu?

Jadi, bila dah detect aku ada GDM, doktor memang awal-awal dan bagitau, yang aku akan bersalin secara induce pada 38 minggu usia kandungan.

Sama macam masa aku mengandung anak sulung aku. Sama je ceritanya.
Penjagaan diri, penjagaan makan, semua aku adaptasikan dari pengalaman lepas tu je.
Cumanya, masa kali kedua ni, aku macam dah expert lah sikit dalam beberapa hal.
Contohnya, masa misi nak ambil darah aku, memang selalunya susah.
Macam-macam diorang cakap, urat kecik la, kulit tebal la, urat lari-lari la (ini selalu buat aku kerut kening), aku pun akan dengan selambanya bagitau diorang suruh ambil darah ikut arteri, sebab selalu ikut vein memang susah.

Hahah.
Sebabnya, misi KK Pilah yang aku selalu check up tu pesan suruh bagitau mana-mana nurse @ doktor yang lain benda ni, untuk kurangkan sakit aku jugak. Sebab aku, setakat jarum ambil darah tu keluar masuk 5,6 kali tu benda biasa. Mula-mula marah sebab sakit, lama-lama lali.

Ok berbalik kepada Czer.

Jadi, bila aku dah tau yang aku akan induce, sampai je minggu 37 macam tu, aku dah tanya doktor, bila tarikh nak kena masuk ward?

Doktor tulis 15 Oktober 2015. Hari Khamis.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ini pengalaman sedih gila. 15hb tu, aku dah siap-siap semua, aku nak pergi hospital.
Adam, aku tinggalkan dengan emak aku.
Subhanallah, perasaan nak tinggalkan adam tu, aku tak boleh gambarkan dengan kata-kata.

Macam-macam ada dalam kepala, dan yang paling utama, KALAU aku meninggal masa beranak, this is (was) the last time aku akan jumpa adam, dan kali terakhir adam cium emak dia yang masih hidup.

Gila bapak segala syahdu sedu sedan.

Lepas tu, aku dengan zaimi pun berangkat ke hospital nak check in ward.
Dan seperti dah agak pun sebenarnya, ward penuh. Dia suruh balik dulu.

Petang tu, baru hospital call, kata minta datang sekarang, sebab nak tak nak, aku perlu bersalin sebab aku GDM.

Selepas sekali lagi scene sedu sedan syahdu, aku pun pergi hospital putrajaya lagi sekali.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Ok, puan transit dekat sini dulu. Nanti bila ada katil kosong, kami akan maklumkan puan untuk pindah ke sana", misi tunjukkan aku katil yang ala-ala stretcher rupa dia. Bukan dekat wad, tapi dekat bilik menunggu yang selalu waris boleh lepak tengok tv dalam tu.

Terkebil-kebil aku dan laki aku.

"Jadilah, asalkan kau dah masuk wad", laki aku bisik. Walaupun aku tau, dia pun rasa pelik tengok katil aku.

Nurse hulur baju dan kain pink suruh tukar, baiklah, menurut perintah.

Lepas dah tukar semua, patut laki aku kena balik, dia tak boleh ada dalam wad tu, bukan masa melawat kan. Tapi sejurus ngam ngam sebelum dia nak balik, nurse datang dengan seorang perempuan berkain batik sambil dukung baby.

"Ok puan, boleh ikut saya ke katil puan. Puan yang ini (dia refer kat perempuan berkain batik tadi), malam ni puan tidur sini ya, puan tinggal nak discaj je kan?", perempuan tu angguk.

Maka, aku pun dapat katil.
Tapi, dalam bilik 4 orang.
Dan, walaupun bilik tu untuk 4 orang, hospital letak 6 orang, termasuk aku.
Benda ni terjadi sebab patient dari Hospital Serdang kena transfer ke Putrajaya sebab ada renovation kat labour room, macam tu lah yang aku dengar misi tu cakap. Maaf kalau salah ye.

Dan.....
Aku yang mengada-ngada masa tu, rasa tak best.
Sebab, aku kan layak dapat bilik seorang @ at least, dua orang.. keh keh keh

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas siap kemas-kemas semua, salam peluk zaimi segala, nurse suruh dia balik dulu.
Laki aku pesan, kalau ada apa-apa, terus call. Nanti dia datang dari Semenyih.
Masa anak first, situasi ini pasti akan jadi gelabah.
Tapi dah kali kedua, rilek je laki aku cakap nak balik rumah mak aku.
Nampak tak betapa tenang beliau masa tu? hahah..

Lepas dia balik, macam biasalah, doktor panggil nak buat ultrasound, lepas tu check jalan..

Ya Tuhan, sesungguhnya aku tak lupa lagi sakitnya kena seluk masa nak bersalin adam tu.
Dan, memang dari awal pregnancy, tiap kali aku lepas solat, atau terjaga tengah malam, aku akan mintak satu benda ni:

"Ya Allah, aku tak minta banyak, cuma sungguh-sungguh aku mintak, sepanjang aku bersalin nanti, aku nak semua doktor perempuan"

Ya, aku tau darurat dan tak cukup doktor, aku tak kekwat, kalau terpaksa, nak buat macam mana.
Cuma, bagi aku, tak salah kalau mohon kan?


Dan, sepanjang proses seluk menyeluk dan ultrasound, syukur, semua doktor perempuan je yang tengah bertugas. Lega sebab jari diorang kecik hihi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dua tiga kali jugak aku di scan, berselang-seli dengan pakai alat yang ikat kat perut nak bagi dengar bunyi jantung baby tu, apa namanya eh? Lupa.

Dan, doktor-doktor dah mula berbisik-bisik, kata diorang, anak aku besar.

Esoknya, bila cek jalan, masih 2cm.

Petangnya, doktor pakar datang cek perut aku.

"Besar ni. Ibu ni GDM pulak. See, asthma jugak. Jom puan, ikut kami scan lagi"

Kali ni diorang kata nak scan kat level bawah, kat klinik. Yang selalu aku check up every 3weeks tu.
Sebab katanya, kat bawah tu, mesin ultrasound dia lagi canggih dari yang kat atas ni. Diorang suruh aku naik wheelchair, mintak nurse tolak aku naik lif bagai. Actually, aku sangatlah larat lagi nak jalan, tapi diorang tak bagi. Ok fine, tolaklah badak ni..hehe..

Sampai kat bawah, dua doktor tu scan lepas tu sebut perkataan-perkataan yang aku tak faham pun iya jugak, dan lepas tu yang sorang tu blah.

"Puan, cuba tengok ni. Estimated weight anak puan ni dan 4.4kg. Selalunya plus minus 400g dari estimated ni. Kami memang tak berani nak galakkan puan bersalin normal. Kami cadangkan czer. Malam ni jugak. Puan pun tahu kan, puan ada GDM, asthma. Kami taknak buatnya puan tak larat nanti, 'atas bawah' kena potong".

Serius, seram tau bila doktor tu cakap dia nak czer aku malam tu jugak.
Aku tengok jam, dan 4,30 petang.

Aku iyakan ajelah, siapalah aku nak berdebat dengan doktor pakar.
Aku tau, untuk keselamatan aku jugak.
Hospital kerajaan yang tak mintak duit aku pun, bila dia nak czer, aku yakin this is not about money. This is about me, and my baby.
Doktor wajibkan aku puasa.
Dia ada sebut pasal risiko kalau tak puasa, gag reflexes semua, aku angguk je.
Buat-buat faham.

So, aku call zaimi minta dia datang.
Call mak, minta dia jaga aku malam ni selepas czer.
Nurse kata minta penjaga. Sebab aku mesti akan muntah, plus aku tak boleh gerak nanti lepas operate.

Dalam jantung aku, hanya Allah la yang tau betapa cemas dan rasa nak muntah terbelahak semua ada.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Around 6pm, laki aku sampai. Borak-borak, nangis-nangis.
Mau tak menagis, aku sangatlah cuak namatey!!
Sampai mak kepada patient katil depan aku datang.
Dia kata, tak payah takut. Tak ada apa-apa, insyaallah.

"Dio oyak toksey beranok doh pahni", bukan main laki speaking bahasa kebangsaan dia dengan makcik tu, sebab makcik tu orang kampung dia jugak rupanya, orang New Castle.

"Bakponyo pulok, takdok gapo eh. Tok key  nok 2 oghe jah", makcik tu senyum sambil cakap bahasa New Castle jugak dengan aku. Aku senyum je. Dah biasa dah, bila orang tau laki aku orang New Castle, mesti automatis aku pun orang ingat orang sana. Ah, itu cerita lain.

Fokus.

"Mak kata, masa ko dalam OT nanti baru dia bertolak datang sini. Dia nak mandikan adam, pastu kasi adam makan", kata laki aku lepas makcik tu pergi.

Kesian mak. Tapi, Nie sangat perlukan mak.

Lepas tu laki aku kena tunggu kat bawah.. Nurse kata apa-apa nanti, dia akan suruh aku call.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Proses biasa, pasang alat bunyi gedeguk gedeguk tu.
Dalam 8.30 malam, nurse datang.
Aku dah berdebar-debar gila.

"Ok puan, kita akan cukur perut, dan pasangkan tiub kencing ni.
Lepas tu, kita akan tukar baju. OT dah ready."

Sesungguhnya, aku sangat tak suka pemasangan tiub kencing tu T_T

Amatlah tak selesaaaaaaa!
Sumpah tak suka, TAK SUKA!!!!
TAK SUKAAAAAA!!!

Sekejap lepas tu, laki aku sampai.
AKu dah siap baring atas katil yang dia guna nak tolak aku pergi OT, kepala pun dah pakai serkup.
Mintak maaf semua dengan laki aku, konon nak macam drama la, laki ikut tolak katil sampai pintu masuk OT, sekali nurse dah arahkan laki aku pergi kemas barang aku, sebab aku dapat pindah katil dalam bilik dua orang.

Maka pasrahlah aku tengok laki aku berlenggang pergi, sebab beg kelengkapan baby pun nurse dah suruh dia tinggalkan je kat diorang.

Lepas tu aku kena tolak, naik lif, dan sampai kat ruang depan tempat OT tu.
Punyalah ramai team yang nak operate aku kejap lagi rupanya.

"Puan, saya bla bla bla (maaf lupa nama), saya pakar bius puan hari ni. Puan, ni tandatangan puan kan?" dia sua borang yang aku dah sain awal tadi, yang mengatakan aku bersetuju untuk dibius, dan dibius penuh sekiranya sepanjang proses pembedahan tadi, ada komplikasi. Lebih kurang macam tu la, kalau aku tak silap.

Aku iyakan.

"Puan banyakkan bertenang, dan ingat Allah ye. Kami akan cuba yang terbaik", seram gila punya ayat.

Lepas tu, diorang pindahkan aku naik atas katil kecik je, betul-betul bawah lampu yang selama ni, aku tengok dalam drama dan filem. Lepas tu, doktor bedah dan beberapa doktor dan nurse lagi duk perkenalkan diri. Pakar bius tadi suruh aku duduk sambil peluk bantal. Masa ni, geram je aku nak cabut tiub kencing tu. T_T

Lepas tu, dia sapu cecair sejuk kat tulang belakang aku, dia suruh aku tahan, dia kata akan sakit sikit masa jarum masuk.

Dub, rasalah ada jarum cucuk, tapi taklah sakit mana pun. Mungkin sebab aku dah selalu kena cucuk banyak kali masa abil darah kot. Dan, aku dibaringkan. Ada beberapa orang pakai baju biru sambil pakai mask, ambik jari aku dia pakaikan kelip yang bersambung dengan mesin yang aku tak tau mesin apa, ada yang pakaikan alat cek tekanan darah kat lengan kiri aku.

Aku rasa sangat cemas, sebab diorang semua sangat pantas!

"Puan, cuba gerakkan ibu jari kaki kedua-dua kaki"

Aku pun gerakkan. Masih boleh.
Lepas tu, aku seronok, sebab rasa tak selesa kat tiub kencing tu dah hilang!

"Puan, cuba gerak lagi"

Masa ni, memang dah tak rasa apa, ibaratnya, otak aku dan kaki aku dah tak berhubung.

Bila aku bagitau je dah tak rasa, diorang picit-picit kaki. Aku memang tak rasa.

"Puan akan rasa kami gerakkan badan, jangan panik ya?", aku angguk.

Lepas tu, diorang dengan pantasnya letak kain-kain kat dada aku, sampai aku tak nampak perut aku.
Tapi aku pandang kat lampu atas tu, adalah nampak sikit-sikit. Hehe..

Makin lama, makin ramai yang berdiri kat tepi perut aku. Terasa la goyang-goyang. Dan aku pulak, makin lama makin sejuk. Sejuk yang menggigil-gigil. Sampai rasa macam nak pitam. Aku panik sebab aku sejuk.

"Puan nervous ke? Puan bertenang ye, laju betul jantung puan ni", sapa entah yang cakap. Aku sengih. Haruslah aku nervous babe!

Lepas tu, pakar bius tadi datang sebelah aku ajak borak. Mungkin dia nak tenangkan aku. Dan, sejurus kemudian, terasa diorang yang ramai-ramai tadi menolak-nolak perut aku.

"Allahukabar! Alhamdulillah", sorang doktor perempuan berteriak.

Uwaakkk uwaakkk... aku dah dengan suara anak aku.. Aku senyum. Syukur. Settle. Cumanya, aku masih sejuk tahap gaban.

Aku nampaklah, diorang bawak anak baru aku masuk bilik tepi tu sambil anak aku menangis-nangis.
Indahnya...tak tergambar seronoknya mak dengar suara amir.. :')

Lepas dah cuci baby, ada sorang bawak baby letak atas dada aku. Kat bahagian perut, masih ramai lagi manusia berkerumun settlekan urusan jahit dan keluar uri.

Tapi kejap je, lepas tu diorang ambil balik baby, katanya nak bawak pergi NICU, nak pantau 24jam, sebab aku GDM. Bye baby..see you..

Dan bila dah settle kat perut, aku kena tolak masuk bilik pemulihan. Dahlah sejuk, dan kat bilik tu nurse selimut aku, dan letak aku bawah benda yang nak kasi aku panas.

"Misi, tak apa ke kalau saya tidur? Mengantuk sangat"

Sumpah, aku tanya sebab aku tak berani tidur kalau tak tanya, aku terbayang kalau aku tidur, nanti tidur selamanya..haha!

"Boleh, memang nak suruh tidur", nurse tu senyum.

Zzzzzz...........


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejam lepas tu kot, diorang tolak aku masuk wad yang laki aku dah angkatkan barang tadi. Tak lama lepas tu, laki aku masuk.

"Kesian ko Nie", aku sengih je.
Masa tu kaki aku tak rasa lagi.

Lepas dia cium dahi aku, dia kata nak turun, sebab mak dengan abah pulak nak naik. Diorang tak boleh naik tadi, sebab jaga Adam.

Malam tu, mak jaga aku. Kesian mak, tidur atas kerusi je.
Maafkan Nie mak. Terima kasih mak.
Sayang mak.

Dan, berapa kali jugak aku muntah, memang elok muntah nurse kata, keluarkan angin.
Malam tu, anak tak ada kat sisi.
Konon nak tidur, last-last aku borak-borak dengan mak je.
Gelak-gelak. Kejap-kejap je tidur.

Esoknya mak balik, Alang pulak jaga.
Terima kasih alang. Tak terbalas jasa alang jaga nie siang tu, siap mandikan, tukarkan pad semua.
Allah je boleh balas semua tu.

Esoknya, tengahari, dah boleh balik. Yeay!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Czer?

Czer pengalaman agak ngeri berbanding bersalin normal sebab (ini untuk aku la):

1. Susah gila nak bersin batuk gelak kencing.. T_T
2. Lama kena pantang, sebab kencing manis kan. 2 bulan jugak baru luka betul sembuh.
3. Susah nak bergerak, terasa benang dalam perut terenggut kalau salah gerak. Yang best, boleh bersila.
4. Gatal nak garu ngeri. Even selepas 10 bulan.
5. Pinggang dengan tulang belakang lenguh tak habis habis. Even selepas 10 bulan.


Itu sajalah yang aku nak share.

Amir Zahari, kalau amir baca ni nanti, ingatlah, bukan senang nak mengeluarkan amir, penuh drama air mata tau..huhuhu..

Amir Zahari Ahmad Zaimi | 16 oktober 2015


I love you Amir, dan of course Adam jugak.

<3

Friday, March 27, 2015

Pengalaman Mengandung Kedua

Serius lain betul yang ini dengan yang Adam dulu.

Ok mana nak start cerita ye?

Hmm..
Masa adam dulu, memang aku kena juga GDM, iaitu diabetes semasa hamil tu.


 Dalam sebulan lepas, aku mula syak badan aku rasa lain macam.
Aku agak, aku pregnant kot?
Aku cakap dengan zaimi, badan aku rasa lain macam.
Lain macam tu susah jugak aku nak ungkap dengan kata-kata, tapi once dah rasa, maybe korang semua akan automatik tau badan korang rasa tak macam biasa.

Beli urine pregnancy test strip tu, ada garis samar.
Masa tu happy nya rasa!!
Ye la, sebab aku ni irregular. Jadi, susah aku nak agak bila waktu subur aku sebenarnya.
Jadi bila tengok ada dua line, perasaan gembira tu bukan main..hehe


Cuma, sebab irregular tu, aku macam susah nak agak, kandungan aku dah besar mana.
Sebabnya aku last period bila pun aku tak ingat..huhuk


Masa aku decide nak bukak buku pink tu, doktor scan, nampak kantung kecik je.
Bila dia ukur, siap tak keluar tarikh edd lagi..haha.. sebab memang kecik sangat2 lagi.


Tapi seperti yang aku jangka, pregnancy kali ni harus ada GDM jugak.
Lepas minum air gula, memang result tinggi melampau.
Lagi tinggi dari result masa adam dulu agaknya.
Terus kena refer ke hospital.
Kena check dengan doktor pakar.




Dan dipendekkan cerita, kali ni aku kena injek 4 kali sehari insulin.
T_T

Masa adam dulu sekali je.

Dan doktor dah buat test, rupanya dia kata gula aku memang dah tinggi..bukan sebab mengandung je.. kiranya aku dah ada slightly diabetes.. masa dengar tu sedih pulak.. ye la, mengenang diri dah tak sihat.

Doktor kata, lepas bersalin aku kena follow up, kalau gula still tak cantik, aku kena start ambil ubat.
Dan dia kata lagi, faktor dia adalah berat badan..sobs..
Tu la, makan selalu tak ingat dunia.
Lepas ni, kena ada program diet dan sebagainya..

Takpelah, mungkin dah habis dah masa aku makan sedap2 selalu..
Lepas ni kena  berpantang la gamaknya..

Oh by the way, semalam scan, EDD aku katanya 30 Oktober 2015..
Sama pulak dengan birthday abah aku..hehe
Tapi, dah kata GDM kan, haruslah kena induced nanti tu..
Mesti kena bersalin awal dari EDD.. dahlah adik aku nak kahwin masa tu..
Macam manalah..

>.<

Belanja gambar adam sikit..hehe



Tuesday, March 3, 2015

Cuak

OK, sejarah mungkin berulang.
Dah ada ura-ura yang akan dimasukkan ke wad.

GDM oh GDM..

Semoga senang la semua urusan.

T_T



Ok tu gambar lama..hee

p/s: entry serabut jiwa. macam mana nak tidur tanpa adam ni? Allah :(

Friday, August 8, 2014

Pengalaman Bersalin Induce

Hai semua,

Gambar Hiasan


Ada juga yang bertanyakan pengalaman bersalin secara induce / bersalin paksa ni.
Ye itulah pengalaman bersalin aku dulu.

Aku ada cerita dah dulu, karang kalau cerita balik, sama je isinya.

Jadi, bolehlah klik sini untuk entry berkenaan bersalin induce aku tu.

::Bersalin Induce di Hospital Putrajaya::


Monday, November 11, 2013

Pengalaman Pertama Anak Demam Teruk

Serius.
Ini kali pertama sejak Adam lahir, adam demam teruk.

Actually ni kisah last week. tu yang seminggu gak aku tak update blog.

Start demam Jumaat 2 minggu lepas.. malam tu badan dia suhu lebih kurang 37.5..

Maka tidur malam tu aku bolengkan dia.. esoknya pergi klinik panel, suhu dah 38.5.



Asalnya aku dengan zaimi ingat taknak balik semenyih sebab baru je balik last weeknya..
Tapi last2 kitorang decide nak balik jugak.. sampai semenyih badan adam memang panas..
bibir dia merah macam cili.. dia pun dah tak nak senyum dah masa tu.. :(

jerlum dengan air daun bunga raya..
bolengkan..

tapi badan dia keep on panas..

last-last petang tu aku cek suhu, dah 39.5!




Ya Allah aku punya cuak sampai terketar-ketar..
Bila anak demam dengan suhu terlalu tinggi, risau dengan kemungkinan sawan.. :((

malam tu jugak, lepas maghrib, terus shoot ke hospital Kajang..
sampai2 je kat emergency dalam 9.15 pm, memang kena masuk terus kat dalam, tak payah tunggu kat luar dah..
terus kena duduk kat atas katil kat unit kecemasan tu bersama ramai lagi manusia dengan kes kes yang pelbagai.. katil yang kitorang dapat tu pun tak berapa bersih.. ada darah.. tah kes ape tah tak tau lah.. hmmm

nampak tak betapa seriusnya kes adam?

sampai2 doktor terus cek apa semua, doktor tengok tonsil adam bengkak teruk..
dan itulah antara punca dia demam..


dan doktor kata nak ambil darah adam.. kalau teruk, maybe kena tahan ward terus..

time MA nak ambil darah adam tu.. memang aku rasa menyesal bawak adam pergi hospital..
gila kan? dah tu tak kan nak bawak pergi jumpa pawang..hew hew..

korang bayangkan lah tangan adam yang kecik molek tu kena masuk jarum yang ada paip tu.. yang bila nak darah lagi, dorang akan pulas je punat kat jarum tu..

aku tanyalah, kenapa tak ambil darah guna jarum biasa je? katanya nanti senang nak drip air..

huwaaa.. anak aku yang kecik nak kena drip air :((

dan doktor tu suruh mandikan adam time tu jugak..
okey..jom lah mandikan..
dahlah pengalaman pertama, apa pun tak bawak!

pampers dengan susu je aku bawak.. towel ke, napkin ke.. semua tak bawak..
nak mandi macam mana tah? dahlah toilet dia...hmm. payah nak explain.
memang tak sesuai lah nak mandikan anak.. agak kurang hygenic. dengan tompok muntah sana sini.. ergggh.

Tak jadi nak mandikan. Aku terus susukan adam, dan masuk balik kat katil tu.
Zaimi bagitau kitorang tak mandikan sebab faktor2 yang aku cakap tu lah..
then doktor buat muka smirk.. mesti dia kata kitorang ni bajet.. toilet kotor sikit takleh.. tapi takmau bawak anak gi swasta..huhuhu..

then dia kata, jerlum je lah anak dengan air.. kebetulam depan katil adam tu ada sinki..

nurse pun datang nak drip air kat adam.. adam memang dah longlai.. lemah semacam..
kitorang bukak baju dia.. aku peluk dia.. tangan dia yang dah pasang jarum tu, selit bawah ketiak aku dan dijulurkan ke belakang.. dan nurse pun pasang drip..

zaimi tanyalah sampai bila nak drip ni? katanya sampai result darah tadi siap..
sambil aku peluk adam yang tengah kena drip.. zaimi pun keep on basahkan adam dengan lap lap dia dengan sapu tangan.. punya panas badan adam, bila lepas lap, mesti sapu tangan tu akan jadi panas..

sambil2 tu aku tengok keliling.. macam-macam kes. baby ada lagi 2 orang tak termasuk adam.. sorang asthma kot sebab neb, dan dijangka akan warded.. sorang lagi demam macam adam.. yang nenek tua ada dua tiga orang.. ada yang dah nampak sangat nazak pun ada..

ada pakcik eksiden, ada pakcik batu karang, ada lelaki india kena tetak.. ada lelaki cina peha terkopak..

serius. itu adalah malam menginsafkan bagi aku. T_T

dan dalam 10.45 macam tu, doktor datang dengan result darah..

jauh dalam hati aku, aku harap sangat adam tak perlu warded. sangat!

dan doktor pun kata darah adam memang ada kuman, tapi yang biasa dan not to worry.. kadar dehydration pun 4.7/5.. suhu lepas jerlum pun dah bawah 38.. jadi tak perlu warded.. phew.. alhamdulillah..

tapi doktor bagi antibiotik dengan ubat demam.. dan doktor kata kena keep on jerlum adam.. biar menggigil asalkan jangan panas..

ok maka baliklah..


malam tu memang adam hanya tidur pakai pampers.. menggigil-gigil.. aku pantau suhu dia setiap setengah jam.. kejap naik kejap turun.. aku cadangkan korang belilah termometer infrared yang cek kat telinga tu.. memang bagus..

dah 3-4 hari ulang antibiotik, demam pun kurang.. cuma suara adam tak keluar, hidung still berair dan batuk2.. moody tak payah cakaplah kan.. dia taknak senyum pun.. sedih :(



susut berat badan..

doktor kata memang kalau tonsil, suhu akan lambat sikit turun..



dah seminggu adam tak fully recover gak dari batuk selsema.. dengan banyak cerita menakutkan mengenai pneumonia apa semua.. last2 aku decide nak bawak anak aku pergi cek lagi sekali.. tapi kali ni kat klinik pakar kanak-kanak kat taipan senawang tu..



And alhamdulillah doktor kata paru-paru adam clear.. just bahagian tekak je..
so dapat lagi 1 antibiotik.. phew... dahlah nak bagi ubat bukan main susah woi!


balik dari klinik dan dan senyum2.. suka mak!

takpelah.. syukur adam dah sihat...



harini aku pergi kerja dah.. tapiiiiiiii sorang-sorang..
sebab ayah adam pulak dah demam teruk..
hmm..



semoga suamiku lekas sembuh..
sangat terasa kepayahan menguruskan rumah sendirian bila dia tak larat macam tu..

p/s: ni pun aku asik rasa nak balik je ni..

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Anak Warded Sebab Jaundice!

Anak aku Adam lahir pada 6 April 2013 haritu dekat Hospital Putrajaya, kondisi hospital memang tip top, sebab toilet dalam bilik..haha.. Layanan ok lah, nurse pun bukan dayang istana kan, kau nak harap dorang layan kau macam raja, dorang berwajah manis dan berbudi bahasa dengan kau pun dah cukup bonus la kat hospital kerajaan ni kan.

7 April dalam pukul 4 petang macam tu discaj, nurse siap bagi buku biru untuk check up anak, dan dia suruh lapor kelahiran kat klinik kesihatan berdekatan. Esok tu, 8 April, sebelum zaimi pergi buat myKid Adam, dia lapor kat klinik kesihatan semenyih, memandangkan aku berpantang kat rumah mak. Nurse cakap dalam tempoh 24jam nurse akan datang tengok aku dengan Adam untuk cek apa-apa yang patut.

Aku pun keep on la try untuk breastfeed (BF) kan adam, sebab kan kata konon nak fully BF, sepanjang check up masa mengandung, aku disogok dengan polisi penyusuan susu ibu je kan, WALAUPUN susu aku tak keluar-keluar lagi. Memang aku bagi adam BF, tapi macam dia sedut kosong je. Kan katanya, kalau anak keep on sedut, nanti susunya keluar. Ok takpe. Teruskan je macam tu. Mak tanya, dah susu tak ada, tak nak bagi susu formula dulu ke?

Dengan yakinnya aku cakap tak payah. Aku nak cuba jugak BF. Dengan sakitnya badan berjahit segala, duduk tak selesa langsung bagai, aku try BF dan try. Kiranya, adam tak dapat makanan lagi. Nak teruskan dengan impian fully BF lah konon. Malam tu, aku perasan hujung mata adam ada kuning-kuning.. Dah mula rasa tak sedap hati.

9 April, nurse datang dalam pukul 10 pagi. Sampai je, terus je nurse tu cakap adam kena kuning, baru tengok je, tak pegang lagi tu. Dia suruh pergi cek bacaan darah kat klinik kesihatan. Aduss..

Kau bayangkan, dengan keadaan aku yang tak berapa larat, sakit lagi, adam pun cinonit punyalah kecik, dah kena naik kereta balik pergi klinik. Kat klinik, adam kena ambik darah kat kaki.. Ya Allah.. perasaan masa tu sedih, sebab anak kau yang baru belajar nak hidup ni, melalak-lalak menangis kena cucuk jarum kat kaki.. Lepas cek semua, bacaan 14.7 mol. Doktor dah risau, dan merisaukan aku. Katanya, malam nanti sila pergi ambik lagi bacaan kat klinik kajang, kalau bacaan naik lebih dari 18, akan warded.

Aku ni dahlah ibu baru, mak aku pun nenek baru. Bila kat klinik tu, ada pulak yang bagi petua, suruh bagi adam minum susu kambing, katanya boleh turunkan bacaan. Dengan pantas, pergi beli. Balik tu, ada pulak yang call bapak aku, ajar cara nak bagi anak susu kambing tu macam mana. Titik kan kat mulut katanyaaaa.. Baik, aku dengan zaimi pun titik la kat mulut adam. Susu formula tak bagi jugak, nak fully BF kan? *mata ke atas*

Malam tu, pergi cek. Bacaan jadi 14.8mol. Ok ini tidak best. Walaupun 0.1, naik tu, tak turun pun. Esok kena pergi cek lagi, bermakna adam kena cucuk tapak kaki lagi. Hmm..

10 April, pagi tu aku beralah.. Susu aku tak ada jugak. Bagi lah susu formula, tu pun, aku bagi 10ml je. Lepas tu,  pergi cek lagi, bacaan jadi 17mol. Ya Allah.. naik! Doktor buat surat refer hospital, kena warded. Siap pesan jangan bagi susu kambing, sebab itu petua yang tak pasti kesahihannya, dan kadang-kadang boleh tinggikan lagi bacaan jaundice. Damn. Aku dah bagi pun. Bodohnya aku :((

Petang tu terus ke hospital putrajaya semula, adam terus ke NICU, habis dibogelkan dan duduk bawah lampu biru.. Bila dia dah cek bacaan, adam tak teruk sangat, jadi tak perlu duduk dalam NICU, kena transfer ke Wad Bersalin Risiko Rendah dekat precint 8.. Aku kena warded bersama adam, sebab nak kena BF kan dia, untuk turunkan bacaan..

Serius, aku dah menangis-nangis.. bodohnya aku.. Antara sebab adam kena kuning tu sebab aku tak bagi adam susu badan, kalau tak ada, patutnya kena bagi susu formula dulu sementara susu badan nak keluar.. aku tak bagi sebab aku bengap. Ditambah pulak dengan titiskan susu kambing, tambah pulak aku minum air lobak putih campur lada hitam nak bagi keluarkan susu badan.. Semua dek aku terpengaruh dengan petua-petua.. :(( Lagi-lagi pulak, aku ni darah O, dan jugak aku ambik insulin pulak masa pregnant.. Ha kau.. tak cukup jari aku list kan benda-benda yang buat anak aku sakit.. plus kebodohan diri lagi..

Malam tu, aku tidur dekat wad dengan adam. Kau bayangkan, hati sapa yang tak sedih tengok anak kau yang kecik tido tanpa baju bawah lampu biru, dahlah mata kena plaster. Yang tambah lagi kesedihan aku, aku asyik terfikir salah aku pada adam. kenapalah aku tak bagi je dia susu formula.. dan kenapalah aku buat petua-petua tu semua..

Adam, malam pertama di wad
Malam tu jugak mak mertua aku sampai dari Kota Bharu. Patutnya MIL aku dapatlah duduk dengan cucu dia 3 malam, tapi dah kena warded pulak.. tiket flight dah beli..

Tension sangat masa dalam wad ni, dengan susah hati kat anak, dengan sakit beranak tak hilang lagi, kena paksa untuk BF jugak kat anak walaupun tak ada hasil dan tak berapa reti lagi nak betulkan posisi BF anak sebab sakit jahitan, uruskan anak seorang diri TANPA sebarang pengalaman.. Kat rumah kan ada mak, dia leh tolong.. Ini, aku terkontang-kanting sorang.. Dahlah yang boleh melawat suami sahaja, suami pulak tak boleh nak datang melawat sebab MIL ada, tak kan  zaimi nak tinggal MIL pulak.. Dengan kena mandi air sejuknya.. Dan yang paling tragis sekali, makanan yang dia bagi kat aku, tak ada concern terhadap ibu dalam pantang langsung. Dia bagi ayam, dia bagi telur.. Ya Allah.. Tuhan je tau apa perasaan aku masa tu. Nasib tak meroyan je..huhu..

kesian anak emak..sobss..

wad dia macam apartment, tapi dah namanya wad, i dislike!


Selepas 2 malam warded, bacaan adam turun ke 12mol, dan doktor kata boleh discaj..phew..
Nasib boleh balik 12 April tu.. kalau tak, mau gila aku duduk dalam wad dengan keadaan macam tu lama-lama.. tapi tetap kena BF setiap 2jam, dan elakkan makan makanan berhalia, berkunyit dan sebagainya.. kena pastikan bacaan turun di bawah 5mol.. Hai kesian anak emak.. Disebabkan aku takut nak bagi dia susu formula, jadi sebab pulak kat kes ni..

mata sembab lepas akhirnya dapat bukak plaster mata


Mulai hari tu, aku memang tak exclusive BF la.. memang campur susu formula.. serik rasanya..

Aku sakit tak apa, ini anak yang sakit.. ralat dia lain macam tahu.. Dugaan sungguh.. :-\

Itulah sahaja kisah ngeri aku selepas bersalin..huhu..

Dan malam lepas discaj tu, dapatlah MIL tido dengan cucu dia.. Oh ye, malam tu jugak zaimi botakkan adam..kuang3..




nanti cerita lagi.. daa..

Wednesday, May 22, 2013

Apa cerita Syazni bersalin?

Dear Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi, anak sulung emak yang mucuk.
Entry ni untuk Adam.


Mana nak mula ye?
Hmm.. Kalau diikutkan, Expected Due Date (EDD) aku adalah pada 20 April 2013.
Tapi nak dijadikan cerita, aku ada GDM pulak masa mengandung ni. Makanya, masa check up dekat Hospital Putrajaya 14 Mac tu, doktor dah bagi arahan suruh masuk ward untuk induced pada 4 April, sebab 5 April genap kandungan aku 38 minggu. Katanya, baby GDM kena keluar pada 38 minggu tu jugak untuk elak sebarang komplikasi lain, samada pada baby, atau pada aku.

Masa mula-mula dapat arahan kena warded tu, aku boleh gelak-gelak lagi, siap duk cakap nanti anak aku ni birthday dia tak surprise sebab dah tau la apa la.. Tapi, makin dekat hari, makin cuak beb!

Aku start cuti 1 April, sebab nak siapkan marking dulu 1 kod *gigih tak? haha*
Zaimi keje lagi masa tu, so aku duduk rumah kemas-kemas apa yang patut sambil pujuk hati sendiri mengenang apalah rasanya induced tu nanti.. Dan segala kronologinya bermula pada 3 April..jeng jeng jeng..

Malam 3 April tu, lepas kemas2 beg semua, kami pun berangkat ke Semenyih, kiranya senangla esoknya nak pergi menyerah diri kat hospital kan? haha.. Malam tu, mata tak berapa nak lelap. Kepala ligat teringat cerita-ceriti orang lain bersalin. Ingat sakit. Ingat mati. Semua ada. Aku pandang je muka Zaimi malam tu. Kejap-kejap air mata meleleh.. Duk mengenang, andai ni malam last aku baring sebelah dia.. Sedih kah dia nanti? Ecewah..haha..

Tah pukul berapa baru mata terlelap.. Esoknya bangun, perasaan lagilah bercampur baur, tapi makan tetap lalu..haha

Then dalam pukul 11 macam tu, siap-siap nak ke hospital, sebab dapat arahan tu kena check in pukul 12 tengahari.. Maka bermulalah sesi salam menyalam dengan mak dan abah.. Mintak ampun atas semua salah silap.. serius syahdu sungguh moment itu ye kawan-kawan..huhu.. terasa banyak sungguh dosa aku dengan dorang berdua.. memang masa naik kereta tu mata dah bengkak la..

Sampai kat hospital dalam pukul 12 macam tu, lepas carik parking yang payah nak jumpa tu, terus ke unit hasil tu nak check in.. zaimi yang berurusan kat kaunter, aku duduk tunggu kat kerusi.. dup dap dup dap.. rupanya wad penuh..kah kah kah.. ada 6 orang lagi tengah beratur nak masuk wad bersalin sebelum aku *gila ramai yang tengah tunggu untuk menyerah diri rupanya*

Orang kaunter tu suruh balik dulu pulak.. kalau ada wad kosong dia akan call.. ceh! Penatnya nervous.. Dia kata kalau tak harini, esok. Aduss..

Dah angkut lah balik beg masuk kereta. Lepas tu decide nak gi jenjalan dulu lah..macam malu je nak balik rumah sebab dah nanges2 tadi..hahahah!

So, decide nak ke Mines.. Kiranya dating last la sebelum warded..
Sempat la round2 Mines tu, makan sizzling apa semua bagai.. tak dapat jugak call dari hospital..
Last sekali decide balik je lah rumah.. nak jalan lama-lama pun, dengan perut sarat tu tak larat jugak beb.. Memang nak tergelak pun ada bila sampai kat rumah balik.. tadi beria nanges.. hihik..

Kat rumah, sempat la aku tido dulu seround.. dalam pukul 5.30, hospital call zaimi. katanya bilik dah ada. sila check in. gulp! kelam kabut bersiap, sempat jugak bedal air kelapa yang mak aku pergi beli bila aku tak jadi masuk wad kononnya tu.. lepas tu salam-salam balik, then bertolak.

Dalam kereta zaimi pegang tangan aku.. sayu kot.. berdebar-debar!
Nampak je bangunan hospital tu balik, aku cakap kat zaimi, "This is it". Poyo tak? haha..

Lepas urus apa semua bagai, maka menuju lah ke  katil aku.. Aku dapat katil 6, wad 2B. Pheww.. sampai-sampai je, dapat baju pink. Kena salin. Perasaan masa dapat baju pink tu seronok tau! sebab kalau patient lain yang bukan nak bersalin, baju hijau. hee..

Lepas tukar semua, dalam pukul 7 macam tu nurse datang, orientasi semua, then dia pasang alat CTG kat badan. CTG tu alat untuk monitor jantung baby katanya.. Lepas siap pasang semua, kitorang tanya kat nurse tu, bila nak induce nya? Nurse tu kata esok lepas subuh baru masuk pil.. Malam ni CTG dengan tenangkan fikiran je.. gitu..

Makanya, malam tu rilek-rilek lagi salam dengan zaimi sebelum dia balik..

Tapi tak tenang jugak pun, sebab graf CTG aku tu nurse asik cakap tak cantik je.. Risau aku..
Kenapa tak cantik tah.. dahla aku pun asik bergerak-gerak je.. tak selesa sebab masa tu la asik rasa heartburn.. haih la dugaan.. selagi graf ko tak cantik, selagi tu la dorang tak nak cabut alat tu dari perut..   Dalam pukul 10 macam tu baru sudah.. tu pun asik cakap graf tak cantik lagi.. ish. Lepas tu after 12pm, dah tak boleh makan minum.. untuk induce esok tu.. okay.. redha.. aku dahlah selalu haus tengah malam..

Then dalam pukul 4 pagi, dah ada nurse kejut aku lagi.. nak CTG katanya.. baiklah.. ikutkan aje.. Lepas subuh, dah mandi apa semua, aku dah ready kat katil. Perasaan masa tu masih cool lagi. Debar2 sikit je..haha.. Lepas tu ada doktor datang, suruh pergi satu bilik ni.. huuuu.. seram!

Tak ada orang lain kat bilik tu, aku je. Doktor perempuan tu kecik je orangnya.. dia pun suruh aku baring, katanya nak cek bukaan dan masukkan pil induce. Serius. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku akan melalui proses tu. Malu beb, malu! Dahla kalau ikut pengalaman orang, proses seluk-seluk tu sakit.

"Ok, masa saya seluk, puan tarik nafas ye"

Mak oi.. neves! 1, 2, seluk! Eh, tak sakit pun. Eleh.. tak sakit rupanya.. Dengan bangganya aku rasa aku terer lah konon sebab tak rasa sakit sangat masa kena seluk tu.. dan doktor tu kata bukaan aku 0cm. Memang tak terbukak lagi..langsung! Pastu dia seluk lagi, letak pil, then suruh aku rehat kat bilik.. orait.. beres doktor!

Zaimi pun datang masa melawat, borak-borak, CTG, doktor pakar dengan doktor2 lain pun ada melawat semua bla bla bla.. Habis rileklah masa tu.. Takde rasa apa-apa pun lepas dah masuk ubat tu.. Gelak-gelak lagi dengan zaimi..haha.. Lepas tu dalam pukul 3, kena pergi bilik tu balik.. nak cek bukaan katanya.. kalau bukaan kecik, dia nak masuk lagi pil..

Disebabkan pengalaman seluk aku yang pagi tadi tu tip top, maka dengan pantas aku pergi bilik tu.
Kali ni, doktor lelaki cina. Aku pandang jadi dia, runcing je.. aku pikir, tak sakit sangatlah kot, macam tadi jugak.. Cuma seganlah nak kengkeng depan dia kan..

1, 2, seluk!

MAK OI!!!! Inilah yang orang cakap sakit tu rupanya!!
Serius, aku teraduh kuat, meleleh air mata lagi kau!

SAKIT!

"Bukaan 1 cm saje. Kita masuk lagi 1 pil tengok macam mana. Esok pagi kita cek lagi. Kalau tak buka juga, so u have to think about c-sect"

Hoh? 1 cm je?

Lepas tu jenuh tahan perasaan dia seluk lagi sekali untuk letak pil kedua.. homai homai..
Sakitnya tu tak boleh nak describe. huk huk.. :(

Lepas tu dengan laju dan terkengkang-kengkangnya aku balik ke bilik.. muka sendu je.. tapi tahan macho dengan akak sebilik.. konon cool lah tu.. ceh.. padahal tak sabar dah jumpa zaimi, kalau boleh nak balik rumah rasanya.. haha!

Petang tu cek lagi, still 1 cm lagi.. dan hari aku dihabiskan dengan penuh kesenduan dan CTG..huhu..
Dan esoknya, lepas subuh dorang akan cek bukaan lagi, dan kalau bukak tak banyak, masuk pil ketiga pulak. So, malam kedua ni tido dengan perasaan sendu lah ye.. zaimi pun tak sampai hati nak balik rumah tinggalkan aku kat hospital tu. lagipun dia stand by, kot-kot nak terbersalin nanti senang katanya.. malam tu zaimi pun tido kat kerusi kat ruang menunggu.. *sob sob.. terharu dengan pengorbanan suami*

Esoknya, macam semalamnya jugak, lepas mandi semua aku get ready atas katil dah.. Kali ni perasaan tak best. Sebab tau dah sakit seluk tu. Dalam pukul 7 camtu, ada nurse datang suruh pergi bilik yang semalam tu. Ok, pergilah. Tengok2 ada 3-4 orang lain lagi duk menunggu, dorang tengah borak-borak. Aku tak join sangat. Cuak kot. Aku tumpang dengar je lah. Sorang tu anak kedua, kena induce sebab apa tah. Sorang lagi tu anak sulung macam aku gak, sebab GDM gak. Yang sorang lagi tu, anak ke 9. Ye, 9. Aku tak salah taip, 9. Induce sebab dah 43 minggu, tak terberanak gak lagi. Kisahnya.

Lama lah jugak tunggu depan bilik tu, doktor lambat sikit. Tapi kali ni doktor perempuan. Mula-mula sekali aku tengok tang jari dia dulu..haha.. Dalam hati fikir, tak sakit sangat kot, sebab perempuan kan. Aku masuk last sekali lepas dorang semua. Masuk je, macam biasalah kena baring kat katil kecik giler tu.

1,2, seluk!

Ok, tak sakit sangat mula-mula.

"Masih 1 cm puan"

(-_-)"

Jari dia still dia tak keluarkan, sekali tiba-tiba aku rasa sakit yang amat-amat!!
 Sampai aku termenjerit adoi!

"Sabar ye puan, saya VE ni, nak besarkan laluan"

Gila sakit! Kot ye pun bagitau la dulu..boleh aku bersedia mental..huwaaa...
Sakit sampai terkeluar air mata.
Sakit ye, ini bukan cobaan, ini betul2..wuwu..

Lepas tu masuk pulak pil ketiga.. Serius dah rasa tak sabarnya nak beranak masa ni.. tak sanggup dah rasanya seluk-seluk tu :(

 Lepas pil ketiga, mula dah rasa senak2 kat perut, tapi lite lite je.. Boleh gelak-gelak lagi dengan zaimi, borak-borak lagi dengan mak abah.. Tapi petang tu dalam pukul 1, nurse suruh pergi lagi bilik tu. Nak cek lagi..adusss.. lemah rasanya..

Sampai je kat bilik tu, nampak pulak doktor cina lelaki semalam..bertambah lemah rasanya.. Redha je lah dengan sakit kejap lagi..huk.. dia cek, bukaan dah 4cm katanya, dan ada harapan untuk normal. Katanya, kalau ada katil kosong dekat dewan bersalin nanti, dorang akan panggil untuk pecahkan air ketuban dan boleh ready untuk bersalin.

Tak ke berderau darah kau dengar ayat2 tu? Waa!

Terus call zaimi suruh dia jangan pergi mana-mana..huhu..

Dalam pukul 4.30 macam tu, ada doktor lelaki datang, katanya dah ada katil kosong, jadi jomlah pergi pecahkan ketuban.

Gulp!!

Terketar-ketar jari tekan handset call suami.. Tak lama lepas tu, zaimi dah naik. Yes, muka kitorang berdua cuak tahap dewa, dalam hati apatah lagi. Aku peluk dia. Sebak rasanya. Aku nangis. Aku tak tau apa nasib aku nanti. Aku mohon dia ampunkan semua buruk perangai salah silap aku dekat dia. Ye, aku bukanlah isteri tahap bidadari syurga mahupun saidatina isteri para nabi. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kesalan. Amboi!

Then, kami berpimpin tangan ke bilik nak pecah ketuban tu lepas siapkan baju baby nak bawak sekali ke dewan bersalin tu.. Aku masuk, zaimi tunggu kat luar. Doktor cek, bukaan dah 4.5cm katanya.. Lepas tu dia masukkan macam lidi plastik. Yang ni serius tak rasa apa-apa, sedar2 rasa suam je.. Bertambah neves dah..

Keluar, tengok zaimi tengah peluk beg. Muka dia pucat. Cuak kot? Lepas tu nurse suruh aku naik wheelchair, dia nak tolak aku ikut jalan dalam, dan dia suruh zaimi ikut jalan luar. Sepanjang aku kena tolak atas wheelchair tu, aku rasa macam-macam. Dan aku sangat mengingati mati masa tu. Aku asik fikir, adakah ini saat-saat last dalam hidup aku? Macam mana sakitnya nanti? Boleh ke aku hadapi? Ok ke anak aku nanti? Akan ada komplikasi ke? Ye, yang banyaknya memang aku fikir bukan-bukan..huu..

Sampai je, aku disuruh masuk kat 1 bilik ni, dia tak ada pintu, langsir je. Waktu masa tu dalam pukul 5 petang. Dalam bilik tu yang bestnya ada toilet, jadi senanglah nak tukar pakai baju yang dia suruh. Kena pakai baju yang jenis ikat belakang tu. Seksi you..

Dah siap tukar baju, dia suruh baring nak get ready pasang itu ini kat badan aku.. zaimi pun sampai dalam 5.20 macam tu.. Datang pulak sorang doktor lagi nak pasang 1 jarum lagi.. dahlah memang nak carik urat kat tangan aku ni punyalah payah, sampai lebam-lebam sebab 2-3 kali cuba baru dapat masuk jarum.. ni nak nak masukkan jarum kat lengan pulak, sebab nak masuk insulin. Kiranya ada 3 cecair yang masuk dalam badan sepanjang aku nak bersalin tu. Air, insulin, dengan ubat bagi cepat contraction.  Berwayar-wayar.. bertambah neves mak, nok!

Dan, bermulalah era kesakitan..hua hua..

Contraction tu amatlah sakit ye kawan-kawan, rasa dia macam senggugut kuasa 10. Macam perut kau dirabak-rabakkan dari dari dalam. Tiap kali contraction aku mesti akan genggam tangan zaimi.. bila zaimi nak gi solat je aku mesti pesan suruh dia cepat..huhu..

Dan yang paling tak best, masa dah berwayar-wayar tu, dengan contraction nya makin kerap, time tu lah rasa nak terkencing sebab sejuk.. maunya diorang nak bagi aku turun katil dah.. terpaksa lah kencing cara hospital.. tak best! Dan lagi satu yang aku tak suka, bila tengah sakit-sakit tu, kebetulan zaimi keluar pergi solat asar dengan jumpa parents aku kat luar, datang pulak sorang ni, dia kata dia student medic, duk tanya macam-macam, umur berapa lah, berapa lama dah kena GDM lah, bla bla bla.. semua info yang kau boleh dapat dalam fail pesakit aku.. apesal kau tak baca je? Last sekali aku macam termarah dia.

"You baca je lah sendiri dalam fail tu, takde mood la nak jawab"

Maaf lah ye student, tengah berperang dengan maut kot masa tu. Huhu..

Mula-mula rasa nak ambik epidural. Yakin pulak tu, nak guna epidural. Sekali bila pakar epidural tu datang, dia tengok berat aku, aku pulak asma, dia bagitau andai kata aku tak dapat teruskan bersalin secara normal, dan dah amek epidural, maka aku akan masuk ke bilik bedah, dan terpaksa dibius 1 badan. Dengan kondisi berat badan dan penyakit aku tu, ada risiko aku akan diserang asthma masa dalam keadaan bius tu, dan seterusnya boleh mengakibatkan strok, atau mati. Tapi kalau amek epidural, dia kata akan bersalin dengan seronok.

Aku ingat lagi zaimi pandang je muka aku, dan he said no. Tanya option lain, diorang kata injek ubat tahan sakit je lah, morphine ke ape tah, sama macam ubat tahan sakit yang dia suruh aku sedut dalam bentuk gas tu. So kitorang cancel epidural. Dan nak injek ubat biasa tu je. Nurse kata kena tunggu doktor monitor jantung baby dulu. Kalau ok, baru injek. Tuhan je yang tau, betapa realnya sakit nak bersalin yang aku lalui tu..

Maghrib tu zaimi keluar lagi pergi solat kejap, aku punya contraction pun makin kerap. Bila zaimi tak ada tu, aku genggam je besi katil tu. Terketar-ketar. Then dalam pukul 8.40 macam tu, doktor perasan yang jantung anak aku dah mula lemah dalam perut.. bukaan pulak masih 6cm. Tapi harus teran! Tak sempat pun nak injek ubat tahan sakit tu, terus je dorang tegakkan aku, cabut separuh dari katil tu, kira macam aku duduk kat birai katil, dan dia tampung peha aku dengan tempat letak peha tu, dah terbukak macam tu je lah, dan diorang dah kelam kabut gila-gila punya!

Terpinga-pinga jugaklah aku, sebab tak sangka baru 6cm, dah nak kena teran. Sebab awal tadi diorang jangka aku akan bersalin pukul 11 malam. Zaimi pegang bahu aku, bagi kata-kata semangat, nurse pun ajar macam mana nak teran semua, serius pengalaman yang sangat menakutkan, tapi best ;)

Tapi aku kan ada asthma, aku cepat letih. Aku dah lemah lepas beberapa kali teran.. Aku dengar doktor suruh zaimi tunggu kat luar, sebab kepala anak dah keluar, aku pulak lemah, macam nak termasuk balik kepala anak tu, dorang decide untuk vacuum. Siap dengar lagi diorang sebut "cut cut"! Episitomi lettew.. tapi episitomi tu tak rasa apa pun dah time tu. Serius beb.

Aku dah terkulai dah masa dorang nak vacuum tu, aku pandang je langsir bilik aku tu, aku sedih sebab zaimi dah kena tunggu luar.. aku terfikir, andai aku mati ni? Suami aku tak ada kat sebelah? Sobss.. Aku dah tak rasa apa jadi kat 'bawah', aku asyik fikir nasib aku kalau zaimi tak ada masa aku hembuskan nafas terakhir..huhu.. over tak? Tetibe je aku rasa ada benda kat atas perut, sekali anak aku da! Tak berhenti aku sebut Alhamdulillah bila dah nampak makhluk tu atas perut.. Ya Allah, perasaan masa tu Allah je yang tau, lupa sakit segala. Nurse angkat budak tu bawak pergi sebelah aku.

"Puan, anak apa ni?"

"Lelaki.." Jawab aku sambil meleleh air mata.. suka kot! Tapi tak sempat nak pandang muka, nurse dah larikan anak aku, sebab dia dah terpancut kencing! haha! Notty boy.. Lepas tu tetiba terasa sesuatu kat 'bawah', rupanya tengah tarik uri. Anak keluar tak terasa, uri keluar, terasa pulak..huhu.. Masa jahit lagiiiiiiilah terasanya.. Jahit hidup2 kot..

Kiranya anak aku lahir pukul 9.18 malam, 6 April 2013. :D

Syahdu sangat masa dengar zaimi azankan anak aku kat luar.. Gembiranya rasa hati.. Cinta bertahun-tahun antara kami, dah ada hasil hik hik :')

Dan pengalaman menjaga anak selepas tu is a different story pulak.. ada masa nanti cerita..hihi..

Suami aku. Luka tangan beliau aku genggam masa contraction.


Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi : Day 1

Day 2

Day 45


p/s: it takes me 30 days to finish this entry! Homai.. pengalaman menjaga anak pertama, bukan senang.. tak ada masa pun untuk berlibur berjimba-jimba.. dia dah besar sikit ni baru ok sikit..pheww..

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me