Assalamualaikum wbt...
![]() |
Ketam 7 Ekor RM16 |
Hari ni pagi- pagi kami dah ke Zemart Senawang. Memang plan nak beli lauk. Pusing ambil ayam, sayur, ikan... Eh tetiba nampak ketam 1kg RM19.
SR terus ambil 7 ekor. Nak masak apa tak pasti lagi sebenarnya. Tapi, rasa hari ni nak ajar anak-anak makan ketam 🤣
SR kalau ikutkan, allergic juga. Mesti gatal-gatal nanti. Tapi rasa nak makan ketam juga dan rela menggaru. Haha!
Kalian masak apa hari ni?
Ketam masak apa sedap?
Bagi idea sikit!
😘
PS: Kepada yang termasuk ke blog ini untuk cari idea nak masak apa jika beli ketam, boleh tengok bahagian komen di bawah 👇👇👇👇
Banyak idea dari rakan-rakan yang drop komen! Nak tambah idea pun dipersilakan!😉
Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇
14 Comments
Kalau saya, rebus saja lepas tu cecah dengan air asam. Ratah begitu tanpa nasi.
ReplyDeleteKetam masak lemak! Peh... saya pun dah lama tak masak ketam. Last sekali masak, saya rebus je. Ratah begitu saja.
ReplyDeletekita suka black pepper ngan lemak cili api ehhehe
ReplyDeleteMasak butter!
ReplyDeleteMasak lemak cili api, sambal ketam or masak tiga rasa
ReplyDeletePn is3 biasanya masak lemak cili api
ReplyDeleteKalau kat rumah ni femes dengan masak lemak cili api laa. Kadang-kadang masak guna cili kering pastu campur telur tuu. Xpasti apa nama masakannya..
ReplyDeleteKalau emak dia suka masak Gulai Lemak Ketam. Kalau ibu pula Ketam Goreng Separuh Masak Lada Hitam.
ReplyDeletekalau MA ..memang masak lemak campur ngan nenas...memang layan
ReplyDeletemasak sambal pun best gak
masak lemak sedap...sweet sour pon sedap..Cuya pon alergik jugakkkk..tapi ku bedal jua. HAHA
ReplyDeleteSA biasanya akan masak lemak cili api dan masak sup...
ReplyDeleteTak pernah masak ketam , selalu nya saya beli supaya rasa tak failed kak 😅. Tapi kalo mama saya sering masak ketam di bikin sup atau masak blackpepper.
ReplyDeleteketam tu pun dah hilang dari radar ammi baru nak sibuk BW dan komen...
ReplyDeleteketam masak lemak
ketam masak kari
black pepper
chili crab yg pecah telur tu
masak halia
kukus
goreng saja pun ok...tp nanti isi dia melekat
ehhhh..ketam buat rassam pun sedap. ubat demam sakit badan tu (versi orang india)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)