Ketam Sedap Masak Apa?


Assalamualaikum wbt...

Ketam 7 Ekor RM16

Hari ni pagi- pagi kami dah ke Zemart Senawang. Memang plan nak beli lauk. Pusing ambil ayam, sayur, ikan... Eh tetiba nampak ketam 1kg RM19.

SR terus ambil 7 ekor. Nak masak apa tak pasti lagi sebenarnya. Tapi, rasa hari ni nak ajar anak-anak makan ketam 🤣

SR kalau ikutkan, allergic juga. Mesti gatal-gatal nanti. Tapi rasa nak makan ketam juga dan rela menggaru. Haha!

Kalian masak apa hari ni? 
Ketam masak apa sedap?
Bagi idea sikit!

 😘


PS: Kepada yang termasuk ke blog ini untuk cari idea nak masak apa jika beli ketam, boleh tengok bahagian komen di bawah 👇👇👇👇

Banyak idea dari rakan-rakan yang drop komen! Nak tambah idea pun dipersilakan!😉

Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇

Post a Comment

14 Comments

  1. Kalau saya, rebus saja lepas tu cecah dengan air asam. Ratah begitu tanpa nasi.

    ReplyDelete
  2. Ketam masak lemak! Peh... saya pun dah lama tak masak ketam. Last sekali masak, saya rebus je. Ratah begitu saja.

    ReplyDelete
  3. kita suka black pepper ngan lemak cili api ehhehe

    ReplyDelete
  4. Masak lemak cili api, sambal ketam or masak tiga rasa

    ReplyDelete
  5. Pn is3 biasanya masak lemak cili api

    ReplyDelete
  6. Kalau kat rumah ni femes dengan masak lemak cili api laa. Kadang-kadang masak guna cili kering pastu campur telur tuu. Xpasti apa nama masakannya..

    ReplyDelete
  7. Kalau emak dia suka masak Gulai Lemak Ketam. Kalau ibu pula Ketam Goreng Separuh Masak Lada Hitam.

    ReplyDelete
  8. kalau MA ..memang masak lemak campur ngan nenas...memang layan
    masak sambal pun best gak

    ReplyDelete
  9. masak lemak sedap...sweet sour pon sedap..Cuya pon alergik jugakkkk..tapi ku bedal jua. HAHA

    ReplyDelete
  10. SA biasanya akan masak lemak cili api dan masak sup...

    ReplyDelete
  11. Tak pernah masak ketam , selalu nya saya beli supaya rasa tak failed kak 😅. Tapi kalo mama saya sering masak ketam di bikin sup atau masak blackpepper.

    ReplyDelete
  12. ketam tu pun dah hilang dari radar ammi baru nak sibuk BW dan komen...

    ketam masak lemak
    ketam masak kari
    black pepper
    chili crab yg pecah telur tu
    masak halia
    kukus
    goreng saja pun ok...tp nanti isi dia melekat

    ReplyDelete
  13. ehhhh..ketam buat rassam pun sedap. ubat demam sakit badan tu (versi orang india)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.